Wednesday, 26 August 2015

Eksperimen Puding


dan salam sejahtera
*lambai tangan.

Buat apa uolls hari ni?
Ka ada yang baru bangun tidur.
Hihihi.

Beberapa hari yang lepas Mira dah buat satu ekperimen kat sejenis puding.

Tadaa!


Nama puding ni
"PUDING LAPIS OREO ROSE"

Sebenarnya Mira nak cari resipi Puding Oreo yang biasa. Tapi terjumpa pulak yang berlapis-lapis. So, tak tunggu dah terus screenshot dan simpan dalam henfon laju-laju.

Masa raya hari tu nak cuba buat. Tapi sibuk sangat sampai tak sempat. *sibuk apalah sangat penganggur macam Mira nii haa.

Punya nak try jugak. Keluar duit sendiri beli barang-barang nak buat puding ni. Eksperimen punya pasal sanggup cari bawah katil, bawah bantal, bawah tilam etc. hahaha. Okay, over.

Dah dapat semua bahan-bahan dia bolehlah mula eksperimen.

So, untuk eksperimen ni hampa perlukan.

***********
  • Satu bungkus agar-agar serbuk 10gm or 12gm
  • Satu liter air (4 cawan)
  • Biskut Oreo (ikut citarasa. Mira letak dua bungkus)
  • Gula 3/4 cawan (kalau nak kurang manis boleh letak 1/2 cawan ja)
  • Susu cair satu tin
  • Sedikit pati sirap ros
***********

Barang-barang ni semua hampa boleh pi cari kat Mydinn Mart ka, Tesco ka, Kedai Runcit Cinta Hati ka. Mesti ada punya laa.

So now, let's begin our experiment.
Ready?
Set!
Go!

***********

  1. Mula-mula sekali masak air satu liter dengan api sederhana sambil tu masukkan serbuk agar-agar tuu semua sekali.
  2. Kuatkan api kalau perlu. Pastu kacau perlahan dengan penuh kasih sayang.
  3. Agak kata dah sebati air dengan agar-agar tu masukkan gula dan kacau lagi. Masa nak masukkan gula tu make sure api hampa sederhana naa. 
  4. Kacau gula sampai larut dengan air dan agar-agar tu. Masukkan satu tin susu cair. Kacau lagi sampai sebati. Biar mendidih.
  5. Sediakan bekas. Basahkan bekas tu dengan air sikit. *petua takmau bagi agar-agar tuu melekat kat bekas.
  6. Asingkan agar-agar lebih kurang sukatan dua cawan dan masukkan dalam periuk lain. 
  7. Pastu letak pati sirap ros tu. Agak-agak ja naa. Jangan bagi kaler dia pekat sangat or suram sangat. Just nice ja. Kacau sampai warna sebati dengan agar-agar.
  8. Tuangkan satu cawan agar-agar warna pink dalam bekas. Biarkan sejuk dan separa mengeras sat. Hat agar-agar selebihnya tu jangan biar beku sama. Make sure dia still liquid in shape.
  9. Agak kata permukaan dia dah keras sikit tu boleh get ready untuk second layer. Guris sikit permukaan atas tu dengan garfu. Tujuannya nak bagi layer dengan layer nii melekat each other.
  10. Tuangkan sesenduk dua adunan warna putih dalam bekas pastu susun biskut oreo hampa tu. Ikut suka nak letak banyak ka sikit. Boleh jugak kalau nak patah dua biskut tu. 
  11. Lepas dah full susun boleh tuangkan secawan agar-agar putih lagi dan biarkan permukaan dia mengeras macam layer first tadi jugak. 
  12. Pastu ulang lagi step yang guris dengan tuang sesenduk dua agar-agar putih tu. Susun lagi biskut. Tapi kuantiti kurang sikit lari layer bawah. Kalau hampa bagi oreo tu hancur pun best jugak. 
  13. Tuang lagi baki agar-agar putih tuu dalam bekas dan biarkan mengeras. Kalau ada biskut-biskut yang timbul tuu biar ja. Jangan kacau.
  14. Bila permukaan tu dah separa mengeras bolehlah hampa buat layer last. Ambil yang lebih agar-agar pink tadi dan tuang ja dalam bekas tu. Make sure! Buat gurisan kat permukaan agar-agar putih tuu. Kalau dak nanti tak jadi tak tahu. Hehe.
  15. Biarkan dengan suhu bilik lebih kurang sejam setengah. Dan sejukkan dalam freezer. Bila sejuk lagi sedap makan. Nyum nyum.

**********

Puding ni best dimakan ramai-ramai. Sesuai untuk minum petang dan jamuan ringan. Nak buat untuk birthday party pun sesuai.

So, tu ja langkah-langkah untuk eksperimen ni. Mudah kan?

Kalau nak lagi rare boleh ja tukarkan pati sirap tuu dengan another jenis pati. Pandan ka, Coklat ka, Milo ka, Coffee ka, Keladi ka etc. Yang paling penting, masak dengan sepenuh hati, curahkan kasih sayang. Jangan lupa masak tu sambil selawat syifaa'. In sha Allah masakan kita menjadi dan sedap. Hehehe.

*Selamat mencuba


Nah, sebelum berundur Mira lanje lagi satu pic. Haa. Yang ni untuk adik. Bekas dia kecik so yang oreo tuu satu layer ja. Hehehe. Tata ^^



Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: