Wednesday, 1 July 2015

#Cabaran20Hari - Pengalaman Pahit Di Bulan Puasa


Salam sejahtera.
Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.

Hai! Jumpa lagi yer dengan hampa semua. Alhamdulillah dah masuk hari kelima #Cabaran20Hari ni berlangsung dan Mira masih diberi peluang untuk berkongsi cebisan-cebisan kenangan yang ada dalam lipatan kenangan Mira ni dengan hampa semua.

So, kenapa Mira mention pasal kenangan? Okay, sebab tajuk untuk hari kelima ni ialah

"PENGALAMAN PAHIT DI BULAN PUASA"

Anyhow, anyway.
Mira tak tau lah nak labelkan pengalaman ni pahit ke tak. But, I really think that benda ni banyak berlaku kat students especially yang jauh di rantauan. Kalau bukan kat student pun maybe ada pekerja-pekerja yang berbakti jauh dari keluarga. Yang Semenanjung pi ke Sabah Sarawak and vice versa. Tak guna cakap panjang lebar. Hampa pun mesti dah tak sabar nak tau kan apa pengalaman yang dikatakan pahit tu.

Pengalaman ni berlaku pada bulan puasa tahun lepas and for more accurate masa Mira semester 5 kat Politeknik. Ada satu minggu ni Mira tak sihat. Demam, batuk, selesema, sakit kepala, sakit tekak bagai sampai tak larat nak bangun. Yang mampu buat pun baring, tidur. Tuu ja. Nak taip mesej pun jari alahaii macam tak makan dua bulan. Longlai sangat.

Memang orang cakap biasalah sakit masa bulan puasa. Tapi, hampa tau dak dia macam ada rasa kesunyian sikit kat situ. Selalu bila sakit mesti nak rasa manja-manja dengan your Mum right? Tapi, kali hampa nak kena survive sendiri. Dahlah dengan roomate tak boleh harap mintak tolong. Tenggelam seminggu muncul sehari tenggelam balik seminggu.

The thing is Mira memang liat nak makan ubat. Macam mana Mira liat nak makan sayur macam tu lah Mira liat nak makan ubat. Ada Mira mesej kat sorang kawan Mira ni. Mintak dia tolong belikan makanan kat Mira. Itu pun gagah giler dah taip mesej. Paling rare masa sakit-sakit tu masa tu jugaklah Mira ada exam MUET. Masa jawab exam tuu dah lah otak kosong, perut kosong, hati lagilah kosong. Takpa. Jawab jaa. Result belakang kira. Mujur bukan speaking test tau. Kalau dak mau nak menangis kat situ jugak.

Dah exam hari Sabtu memang tak terasalah kan nak balik. Habis ja exam Mira balik ke bilik nak rehat jap. Puasa lagi even tak larat tahap gaban tu. Kononnya tak mau manjakan diri. Sampai ja kat bilik tunggu azan Zohor. Sudah solat tuu terus pengsan atas katil sebab sakit kepala sangat-sangat. Maybe sebab angin. Gatalkan nak puasa dah tau kata tak mampu. Last-last tidur ja sampai terdengar azan Asar kat henfon. Bangun lah dengan malasnya. Rasa macam dah sihat sikit. Terus solat Asar.

Masa dah habis solat tu tiba-tiba rasa macam nak balik rumah pulak. Dah alang-alang rasa macam dah kuat sikit nak drive. Decide je laa nak balik. Tapi yang tak boleh belahnya boleh balik sehelai pinggang. Laptop ke, beg baju, buku semua tak bawak balik pun. Macam nak pergi outing ja.

Sebelum nak bertolak balik tu ada bagitau kat my Mum cakap nak balik. Dia pun macam terkejut. Sebab tak pernah-pernah anak dara dia ni buat perangai balik bermalam kat rumah hari Sabtu. Selalu nak balik petang Jumaat tu dah tercongok kat rumah.

Memandangkan jarak dari Arau ke rumah Mira takdak jauh sangat. Lebih kurang sejam setengah ja kalau dengan cara pemanduan 'berhemat' Mira nii. Haihh. Bila fikir balik gila betul Mira buat kerja macam tu. Dah demam boleh pulak tekan 110 km/j. Mujur tak ada apa-apa jadi masa tu.

Mira sampai elok-elok lagi setengah jam nak buka puasa. Bila dah balik rumah tiba-tiba rasa segar pulak. Environment kot. Hahaha. Boleh selamba ja lagi melawak dengan my Mum kat dapur. Macam sihat sejahtera je la.

Esok pagi bangun sahur dah rasa fully recovered from a fever yang dah berlarutan selama berhari-hari tu. Cuma selesema and batuk sikit ja. Macam ajaib gila bila balik rumah hampa jumpa family berbuka sama-sama dan terus kebah demam. Petang nak balik ke Arau tu my Mum masakkan sup kaki ayam bagi bungkus buat lauk berbuka. Sedapp! Air tangan seorang ibu penawar paling mujarab.

So, tuu ja laa cerita Mira nii haa. Memang macam tak berapa nak pahit. Tapi agak pahit untuk dia berada di sanubari Mira ni.. Hahahahaha. Puiiii. Madah pujangga bagai. Pulun betul! Okay, jom! Keluar cari kasut raya jap. Daaa.

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKelima
#5thDay

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: