Thursday, 2 July 2015

#Cabaran20Hari - Pengalaman Manis di Bulan Puasa


Salam sejahtera.
Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.

Hari ni dah hari keenam. Yay! Masih diberi peluang untuk jari-jari ni berlegar-legar di keyboard nii. Kalau semalam kita dah story morry cerita pahit-pahit tu hari nii kita tambah gula sikit kasi ada manis. Sikit ja tau. Jangan lebih pulak. Sat lagi ada yang kena kencing manis pulak. Hehe.

Tajuk entri hari ni

"PENGALAMAN MANIS DI BULAN PUASA"

Hari ni tak mau cerita panjang-panjang. Biaq short and sweet gitu. Simple is easy kan?
Okay, pengalaman manis. Apa ek? Macam banyak. Tapi...

Okay. Dipendekkan cerita Mira dari form 1 lagi tak duduk kat rumah. Cuma stay masa cuti ja. Form 1 sampai form 5 Mira memang ada kenangan bukak puasa dengan kawan-kawan kat sekolah. Kami masing-masing dah memang khaskan tempat tu untuk kami punya. Sebab masa berbuka semua akan berkumpul sekali dan berbuka sekali. Dari yang adik sampailah ke kakak abang. 

Masa di asrama tu kami semua diajar untuk saling menghormati antara satu sama lain, cara menjaga ukhuwah sejati, Masa tu jugak kami masing-masing share macam-macam perangai and hadap marah warden sama-sama. Tapi marah para warden bersebab. Tu tandanya warden sayang. Dan daripada asrama tuu lah kami mencintai hati budi masing-masing sampaikan wujud satu ikatan persahabatan yang tersimpul rapi dan dikunci dalam hati masing-masing.

Berpaksikan ukhuwah tu jugak kami semua berjaya mengadakan majlis reunion a.k.a berbuka setiap kali menjelang bulan Ramadhan. Lepas habis zaman persekolahan itu saja cara untuk kami bersua muka. Melepaskan rindu yang terpahat di buku hati ni. Setiap kali berjumpa pasti akan ada cerita itu ini. Tambahan pula ramai antara kami tercampak ke tengah dan hampir ke selatan tanahair.

Okay. Done mukadimah. Ini baru cerita apa yang manis tu.

Bukan mudah tau nak jaga persahabatan ni. Kadang-kadang tu ada yang sampai lost contact. Tapi, alhamdulillah bagi kami GENG LAGHOIANS selalu akan dapat berkumpul dan beriftar sama-sama. Bayangkan yang study jauh-jauh sanggup balik awal nak plan buka puasa kat mana. Manis sangat masa tu.

Tahun pertama kami caca marba sikit. Sebab baru first time nak berbuka sekali setelah hampir setahun tak berkumpul. Tahun pertama kami cuma beli makanan kat bazaar Ramadhan lepas tu balik berbuka di rumah sorang kawan nii, Hasnul. Memandangkan rumah dia tak ada orang, so memang kami semua buat rumah tu macam rumah kami sendiri. Tak malu dah!

Itu cerita tahun pertama.

Kali kedua plan buka puasa dah makin sado sikit. Siap ada yang tolong booking tempat makan lagi. Masa tu makan dekat Restoran Jeragan, Mergong. Mira pula kebetulan masa tarikh yang dijanjikan tu tak dapat nak pastikan dapat berbuka ke tak dengan depa semua. Alhamdulillah. Sempat.

Mula-mula kami semua berkumpul nak cukupkan ahli. Dalam pukul 6 petang macam tu kami berkonvoi ke Restoran Jeragan tu. Macam awal gila. Tapi saja p siap-siap nak tengok meja yang kami booking tu. Sambil-sambil tu ada sesi menangkap gambar a.k.a wefie. Jap nak lekat setempek.


Nii just sebahagian ja. Masa ni tengah femes sebatang kayu yang boleh dilaras iaitu monopod. Tak jumpa pulak gambar sebelum berbuka ramai-ramai.

It was just sweet to memorize every single thing we've done together. Masa ni la duk naikkan market kisah lama-lama. Rindu betul.

Lepas dah berbuka puasa masing-masing ke surau untuk menunaikan solat Maghrib. Habis ja solat Maghrib semua pakat excited nak bergambar lagi. Semangat betul bila dah saing ajak gambar. Meh nak gam lagi setempek.


I'm not so sure dalam gambar ni cukup ke dak. Tapi bolehlah nak share bagi hampa tengok. Depa nii lah teman yang dah bersama mengharungi suka-duka sepanjang di SMKDSO. Bila dapat reunite dengan depa macam ni. Wahh! Best gila! 

So, macam tahun-tahun lepas jugak. Tahun ni pun ada jugak program ni. Nak buat bila tak decide lagi. Tunggu semua dah cuti baru jalan. Sekarang ni student yang degree nii depa tengah exam maa. Susah sikitlah nak ajak meeting pun. Hehehe.

DONE for entri hari keenam. See you again! Daa.

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKeenamCabaran
#6thDay

Luv ya . . 
Mira 

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: