Tuesday, 14 July 2015

#Cabaran20Hari - Nostalgia Kad Raya

Salam sejahtera.
 Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.
Hai semua. Sebut ja pasal raya macam-macam duk berlegar-legar dalam otak kan? Tapi ada satu benda yang ramai orang dah tak buat zaman sekarang dek diulit dunia yang serba canggih di hujung jari.
Okay, berkenaan dengan tajuk hari ni..
"NOSTALGIA KAD RAYA"
Hampa semua mesti pernah dapat kad raya kan?
Alahh. Masa sekolah dulu takkan tak pernah buat? Hehehe. Sanggup mintak duit lebih sebab nak beli kad raya and hantar kat kawan-kawan. Lagi best, lepas hantar tu kita dapat balasan balik dari kawan kita. Sweet kan?
Tapi tu lah. Zaman sekarang ni orang dah jarang nak hantar kad raya bagai. Renyah, lambat, banyak kerja, membazir dan macam-macam alasan lagi.
Seriously, Mira tak rasa semua benda tu patut kita fikir. Ya, memanglah nak jimat kos. Sebab pos sekarang pun dah 60 sen tak macam dulu 20 sen or 30 sen ja sekali hantar. Tapi, kalau hampa nak tau sangat-sangat rare dalam zaman laa ni nak dapat kad raya. Orang sibuk, buat kerja last minit. Dekat nak raya kerja lagi banyak bertimbun-timbun sampai tak sempat pun nak buat and hantar kad raya. Yelah, faham nak cuti kan kerja kena habiskan. Hehehe.
gambar ni hiasan ja

Budak-budak yang membesar zaman 90-an mesti ada banyak nostalgia pasal kad raya ni. Termasuklah Mira ni haa.

Masa masuk bulan puasa ja mesti dah start simpan duit sikit-sikit sebab nak bagi kad raya. Tak susah pun nak cari kad raya dulu. Pergi ja pasaraya mesti ada jual. Masa tu lah nak pilih kad raya untuk kawan biasa, kawan baik, cikgu, and ada jugak tau yang pilih untuk 'musuh' kononnya. Hahaha. Tak lupa jugak untuk crush.

Sebelum nak beli kad raya tuu dah bajet siap-siap. Lepas tu mesti nak kena ada list nama kawan-kawan yang kita nak bagi kad raya. Bukan apa, takut nanti ada yang tak dapat kecik hati pulak dia. Tak best lah kan. So, bagi adil semua dapat.

gambar ni hiasan ja

Nak diikutkan dulu macam nii lah kad raya disusun. Dan selalunya kad raya yang satu-satu macam ni dibeli untuk diberikan kepada orang-orang yang istimewa. Sebab design dia menarik dan cantik lepas tu ada sesetengah tu tulisan timbul, design 3D, bau wangi sikit dan lupa ada jugak yang bermuzik bila dibuka.

Kalau untuk member-member yang berderet-deret tuu selalunya beli kad raya yang paket punya. Dalam tuu selalunya ada lebih kurang 10 keping kad raya berserta sampul. Satu paket kalau tak silap dulu harga dia RM4.50 ke RM3.50 macam tu lah. Tak sampai RM5 pun kan? Tapi ada jugak yang cantik-cantik bawah harga RM5 cuma paket kuantiti dalam tu kurang la sikit. Selalu yang 10 keping tu design kartun-kartun jenaka.

gambar ni hiasan ja

Bila dah beli maka bermulalah sesi nak mengarang ayat-ayat untuk dituliskan dalam kad raya tu.

Antara ayat-ayat femes masa tu:

"Baju raya dah beli ka? Warna apa?""Kuih raya buat ka beli?""Raya ni jemputlah mai rumah.""Mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.""Kasut raya dah beli?""Rumah dah cat?"

Dan macam-macam lagi.

"Nak bawak rombongan meminang boleh?"

Okay! Yang ni tipu! Hahaha.

gambar ni hiasan ja

The moment masa hampa nak hantar kad raya tuu lagi best kan?

Kalau kat kawan sekelas tak pakai pak cik posmen dah masa tu. Terus by hand ja. Hehehe. Jimat 20 sen. Tempat paling rare nak letak bawah laci meja sekolah, dalam beg sekolah, antara timbunan buku, celah-celah fail, selit sana sini. Kononnya macam surprise jugak lah. Tapi selalunya menjadi. Hehe.

Bila dah hantar mesti buat muka tak tahu ja bila orang yang dapat kad tu dah discover kad yang hampa hantaq ke dia. Pastu dia pun mulalah sesi membalas kad raya tuu. Kaedah yang sama jugak digunakan. Comel je.


gambar ni hiasan ja

Masa hampa bukak kad raya mesti ada situasi macam ni.

"Wah! Ada duit rayalah!" Walaupun 5 sen."Uhukk! Bedak ka ni? Wangi!" Padahal bedak Johnson Baby ja."Cantiknya kad ni!" walaupun sekadar gambar ketupat dan pelita.

Dan macam-macam lagi. Tapi tiga nii yang common lah.

Memang excited gila nii nak habaq ke hampa bila dah dapat kad raya. Bila bukak baca gelak sorang-sorang tersengih-sengih. Okay, tuu kad yang crush bagi. Hahaha.

Lepas dah baca semua mesti ada jumpa pantun kadang-kadang kan? Even kita sendiri masa tulis kad raya tuu ada terfikir nak letak pantun.

Meh sini nak habaq ke hampa pantun yang Mira suka guna dulu.

"Pecah kaca pecah gelas
Dah baca harap balas"
Pernah kan guna? Jangan tipu. Hehehe.

Lepas tu kad raya yang dapat banyak-banyak tu selalunya Mira simpan. Raya tahun depan baca lagi. Tak pun memang buat koleksi ja. Tapi, since dah pindah ke rumah lain ni tak ingat dah mana letak khazanah kenangan tu. Serius rindu nak baca balik kad raya semua tu.

Oh ya! Btw, tahun ni Mira start balik hantar kad raya.
Dan design yang Mira buat kali ni amatlah simple alam gila sebab nak jimat ink printer. Hehehe.

Nak tengok?

Jap.

Tunggu.

Tadaa!


Heee. Simple alam kan?
Tapi, pecah peluh nak gaduh jugak dengan photoshop tuu.
Design simple sebab untuk printed version. Kalau nak buat crowded nanti tak cantik pulak. Hehehe.

Okay, sampai sini dulu kisah nostalgia Mira dan kad raya.
See ya next entry!
Dua hari lagi nii.

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKelapanBelas
#Day18th
Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: