Friday, 10 July 2015

#Cabaran20Hari - Memori Raya 90-an Atau Zaman Kanak-kanak

Salam sejahtera.
 Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.

Hai semua. Buat apa tu?
Okay, mesti tengah baca post ni kan. Apa daa soalan. 
Hehe. Hari nii Mira rasa happy sikit.
Kenapa?

Hari ni Mira akan bawak hampa semua patah balik masuk zaman kanak-kanak Mira sebab....
Tajuk untuk hari ni...

"MEMORI RAYA 90-AN ATAU ZAMAN KANAK-KANAK" 

Kalau nak story yang masa tahun 90-an macam ingat-ingat lupa. So, Mira akan banyak fokus zaman millenium lah. Masa tuu pun kanak-kanak ribena lagi.

Sejujurnya hari raya zaman kanak-kanak Mira dulu memang sangat best dan meriah. Well said lah kan sebab dulu tak canggih macam sekarang nii. Okay, start cerita dari beberapa hari menjelang raya.

Seminggu sebelum raya tu macam persiapan dah buat. Beli baju raya, kasut raya, beg raya semua. Of course lah pi beli dengan my Mum and my Dad. Abah akan ambik cuti hujung minggu untuk bawak kami semua satu family beli kelengkapan raya. Kalau untuk my Mum memang nak kena beli barang dapur lah. Persediaan untuk tetamu yang mai berkunjung kat rumah.

Ragam memang tak payah ceritalah sebab Mira ni memang pesyen dia banyak ragam. Itu tak kena ini tak kena. Kalau tak bising takpa. Ini kalau tak kena kat mana-mana mesti duk merengek-rengek kat my Dad. Mujur beliau suka layan. Kalau dengan my Mum tobatlah kena marah pastu kena ignore 2-3 jam. Hahaha. (Mungkin sebab ni kut yang my parent ambik keputusan untuk hantar Mira tinggal kat hostel. Hehehe. Manja kategori melampau!)

Lepas tu bila dah balik rumah keja duk menerai (try) atau orang Kedah panggil "cewii" benda-benda yang baru beli tu. Mira dulu nakal sikit. Mira selalu kenakan adik Mira yang laki tu sebab dia cengeng. Dululah. Sekarang ni hati kering maa. Macam-macam Mira buat and salah satunya merendahkan apa yang dia dapat. Contohnya...

"Adik, kakak punya baju cantik warna-warni. Ada corak bunga-bunga."

Sekejap ja lepas tu confirm nangis! Suka betul and puas hati gila kalau bagi dia menangis sebab lepas tu dia akan mengadu kat my Mum and my Dad. Hahaha.

Okay, sekarang cerita MALAM RAYA.Yaayyy! Esok raya!

Malam raya selalu kami semua akan balik kampung di Kubor Panjang. Senangnya kampung sebelah my Mum. Sebab sebelah my Dad kurang meriah. Hehe.

Masa malam raya ni laa macam-macam perangai ada. Bila dah kumpul ramai-ramai mesti ada projek punya. Projek paling utama nak kena accomplish malam raya 'Projek Main Bunga Api dan Mercun.' Dalam takut-takut tuu nak jugak main mercun. Paling suka main mercun roket lah sebab dia punya memang 'win'. Bunyi kat atas.

Dah habis main semua dah letih pakat-pakat berehat bawah rumah. Ambik angin malam. Sambil-sambil tu tengok kaum-kaum ibu nii duk balut ketupat palas. Nak buat tak pandai so, hanya mampu tengok saja. Kaum ayah pulak sibuk jaga lemang yang dibakar. Takut nanti hangus pulak. Ada jugak yang busy kat bahagian dapur masa tu. Masak rendanglah, buat kuih raya lah, buat kek lah. Memang best betul suasananya. Paling Mira suka tengok orang buat kek or kuih raya. Sebab kadang-kadang tuu boleh curi sikit letak dalam mulut. Hehehe. 

Kalau dalam rumah pulak sibuk si kakak-kakak dengan si abang-abang ni tolong kemas rumah. Sapu sampah, mop lantai, tukar sarung kusyen, gantung langsir, gantung kad raya. Happening sangat tau masa tu. Bila ada pengumuman raya semua diam and fokus kat tokwan yang announce raya tuu. Lepas dia cakap ja tarikh hari raya semua pakat riuh balik sekampung. Yang main mercun sambung bakar mercun lagi.

Sampai ke acara kemuncak. Selalunya dalam pukul 12 tengah malam macam tu. Seorang tok menakan ni dia selalu cucuh bunga api besar yang macam hari merdeka tu. So, bila dah nak sampai masa untuk cucuh bunga api besar tuu semua akan kumpul depan rumah. Bunga api tuu depa cucuh kat padang depan rumah. Memang cantik sangat. Bila dah meletup bunga api tuu semua orang sama-sama berapa das bunga api tu. Yang muda yang tua yang kecik yang besar semua sama jaa.

Masa yang dinantikan PAGI RAYA.

Semua orang dah pakai baju raya dan bersiap-siap nak ke masjid untuk sembahyang raya. Family kami selalu jalan kaki ramai-ramai ke masjid sebab tak jauh pun. Dekat ja. Jalan ramai-ramai tak rasa penat and jauh.

Lepas tu mulalah sesi salam-bersalaman antara satu sama lain. Minta maaf minta halal apa lebih kurang semua. Habis semua selesai berangkatlah ke masjid. Tapi masa Mira kecik-kecik dulu kanak-kanak ni boleh bilang berapa orang ja pi masjid untuk sembahyang raya. Yang lain semua sibuk nak pi kutip duit raya termasuklah Mira and the gang.

Jalan dua tiga buah rumah mintak duit raya minum air lepas tu balik. Bila orang dah dekat nak habis sembahyang raya ni kanak-kanak nii semua pakat-pakat beratur kat luar masjid. Satu baris lelaki satu baris perempuan. Habis orang masjid keluar barisan ni pun geraklah nak ambil duit raya.

Masa zaman tu kalau dapat duit raya 2 ringgit macam dah banyak gila dah rasa. Malah ada yang sanggup tebal muka beratur dua kali. Mula beratur tak pakai tudung. Kali kedua nak ambik pakai tudung pulak.Okay, yang ni Mira tak buat naa. Hehehe.

Okay, lepas dah ambik duit raya tuu masing-masing melangkah ke kawasan kubur. Nak jumpa mak ayah masing-masing. Eh, jangan salah faham pulak. Jumpa mak dengan ayah sebab nak pi melawat kubur sedara-mara yang dah meninggal dunia sekali. Sebab kami yang kanak-kanak bukannya tau kubur sapa, sapa yang dah tak dak.

Lepas dah pi melawat kubur tu mesti lapar kan. So follow lagi parent pi beraya rumah dekat-dekat masjid tu. Maklumlah nak makan sedap. Kalau ikut kami kanak-kanak ni takda maknannya nak duduk lama-lama kat rumah orang. Misi kutip duit raya belum selesai. Tapi, lepas dah kenyang semua kami sambung kutip duit raya lagi.

Jalan sampai hujung kampung kutip duit raya punya pasal. Perut kenyang beg pun penuh duit raya. Balik petang tu rehat-rehat sat lepas tu masing-masing kira duit raya. 

Sekarang ni mana nak dapat moment macam ni. Masing-masing dah besar. Ada hala tuju masing-masing. Tak nakal dah. Semua baik-baik belaka. Suasana beraya tetap meriah tapi tak semeriah dulu.

Oh ya! Lupa nak mention pasal pelita.

Pelita ni selalu beberapa hari nak raya mesti nak pasang. Kalau boleh macam nak pasang keliling kampung. Masa tu memang stok minyak gas banyaklah. Nak save seminggu nak nyalakan pelita. Selalunya selesai solat maghrib tu pelita pun dinyalakan. Dulu-dulu lampu jalan boleh kira dengan jari berapa banyak. Nak pi terawih pun ketaq lutut. Tapi bila dah nyalakan pelita ni jadi terang benderanglah jalan ke masjid tuu. Takda lah takut nak jalan.

Okaylah. Mira rasa sampai sini saja Mira share moment-moment raya Mira masa zaman kanak-kanak ribena dulu. So, hampa macam mana? Mesti ada moment lagi best kan?
I hope so.

Tata^^

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKeempatBelas
#Day14th

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: