Tuesday, 7 July 2015

#Cabaran20Hari - Lagu Raya Pilihan

Salam sejahtera.
 Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.

Alhamdulillah. Dah masuk 10 malam terakhir kan kita di bulan Ramadhan.
Terasa pantas benar masa berlalu. Tak berapa hari lagi dah nak berpuasa. Tak berapa hari lagi dah nak bangun sahur. Mungkin ini Ramadhan terakhir buat kita? Mana nak tau kan.

Huhuhu. Maaf lah terasa sebak sikit malam ni.

Okay, jom kita sambung cabaran kita. Tajuk hari nii

"LAGU RAYA PILIHAN"

Nak buat macam cartalah. 4 lagu pilihan Mira.
Hehehe.
Boleh kan?

1. SALAM AIDILFITRI AYAH BONDA

Lagu ni nyanyian Kumpulan Raihan featuring Kumpulan Hujan. Lagu ni macam catchy sikit walaupun dia dalam kategori lagu raya baru. Suka gabungan suara antara Nazree Raihan dengan Noh Salleh. Mantap habis.

2. SELAMAT HARI RAYA

Lagu ni paling win sekali. Lagu dendangan Puan Sri Saloma. Memang win lah setiap kali raya nak main bunga api mesti nak kena nyanyi lagu ni. Tapi dah besar-besar ni macam segan pulak nak main bunga api cucuh keliling kampung sambil nyanyi lagu ni. Masa kecik-kecik dulu tuu laa keja Mira and the Gang.

3. SEPULUH JARI AIDILFITRI

Kenapa suka lagu ni? Sebab lagu ni kumpulan Forteen yang nyanyi. Btw, Mira suka vokal Izzue dengan Ameer dalam lagu ni. Dengar macam ada kelainan sikit. Hehehe.

4. DENDANG PERANTAU

Sapa tau lagu ni? Sedih tak sedih nii laa lagu pilihan Mira masa dekat-dekat raya tapi still tak balik sebab ada kelas lagi. Malam-malam ja mesti nak bukak lagu ni. Kadang-kadang tu karoks jugak dengan kawan-kawan. Maklumlah perantau sangat even duduk Perlis ja pun. Perlis dengan Kedah bukan jauh mana pun. Haha.

Okay. That's all. See yaa. Tata.

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKesebelas
#Day11th

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: