Friday, 3 July 2015

#Cabaran20Hari - Kuih Kegemaran di Bulan Puasa

Salam sejahtera.
 Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.

Hai. Hai. Hai. and Hai semua.
Alhamdulillah. Cukup 16 hari dah bulan Ramadhan dan cukup 7 hari cabaran ni berlangsung.
Hoorayy!

Today's tittle...
(okay, speaking sikit ea lepas berbuka)

"KUIH KEGEMARAN DI BULAN PUASA"

Sebut pasal kuih kegemaran nii sebenarnya banyak yang Mira suka. Ada yang mudah nak jumpa ada jugak yang susah benor nak jumpa. Apa-apa pun kali ni jom kita tengok 10 kuih kegemaran Mira di bulan puasa.

Check it out! Scroll sampai habis tau.

1. KARIPAP

gambar just hiasan ja.

Okay, gambar ni gambar spiral curry puff atau BMnya karipap pusing. Sebenarnya boleh dikatakan semua jenis karipap Mira suka. Tak kisahlah karipap sardin ke karipap ayam ke karipap ubi ke karipap inti kelapa or most of people called it spera ke. As long as nama dia karipap I just like it.
*p/s: jangan inti angin sudah. hehehe

2. TEPUNG BUNGKUS

gambar just hiasan ja.

Kawan-kawan. Ni namanya kuih tepung bungkus. Selalu kalau Mira pergi ke bazaar tanya mak cik or akak jual kuih selalu salah faham. Sebab kuih ni berbungkus daun pisang so dia seakan-akan kuih lepat liat or lepat pisang. Dah ingatkan betullah akak tu cakap tepung bungkus beli ja la. Balik nak makan tengok-tengok lepat. Hmmmm. Sedih. By the way, kalau kawasan sini susah amat nak jumpa kuih tepung bungkus ni.

3. SAMOSA

gambar just hiasan ja.

Sedappnyaaaa samosa. Especially yang inti ubi. Selalu jugak cari kuih ni untuk pencuci mulut lepas berbuka. Senang ja nak cari kuih. Mana-mana pun boleh dapat. Bezanya rasa dan kepuasan. Hehe.

4. PUTERI AYU

gambar just hiasan ja.

Kuih ni pun favorite okay. Sedap. Rasa pandan campur dengan kelapa parut tuu. Duhh! Meletop! Tambah-tambah pulak kalau kuih ni dia jenis yang gebu gebas punya. Fuhh. Boleh cair hati time tengah makan kuih ni. Okay, hiperbola!

5. BENGKANG

gambar just hiasan ja.

Dalam banyak-banyak keluarga bengkang ni Mira paling suka bengkang pandan. Tak tahu ke bengkang tu apa? Okay belah utara memang panggil KUIH BINGKA dengan nama BENGKANG. Bengkang tau bukan 'Bengkak'. Ada banyak jenis lagi kuih ni contohnya bengkang ubi, bengkang roti, bangkang susu, bengkang keladi dan sebagainya.

6. PUDING 

gambar just hiasan ja.

Kalau hampa nak tau Mira ni ada satu jenis penyakit yang tak boleh tengok puding mesti nak. Suka sangat bulan puasa sebab boleh terjumpa dengan macam jenis puding yang rare. Kalau puding yang biasa-biasa tak suka sangat. Macam yang kat atas ni. Puding coklat. Kalau bulan tak puasa susah betul nak cari. Bila bulan puasa pejam mata pun dah boleh dapat. Tapi dalam banyak-banyak keluarga puding paling win sekali Puding Karamel. Nyumm nyumm. Sedapnyaa.

7. LOMPAT TIKAM 

gambar just hiasan ja.

Lompat tikam ni memang menu wajib jumpa kalau ke bazaar Ramadhan. Kuih tradisi Kelantan ni memang best kalau makan. Suka tau dak bila dapat makan kuih ni. Tambah-tambah pulak kalau dapat yang pure Kelantanese masak punya. Memang best.

8. QASIDAH

gambar just hiasan ja.

Kuih kasidah ni pun suka jugak beli time bulan puasa. Tapi, kalau nak makan Mira selalu asingkan bawang goreng kat atas tu sebab kurang suka. Kadang-kadang ikut mood jugak. Rasa nak makan, makan je la. Rasa tak mau makan letak tepi.

9. APAM


Lembut lahhaii kuih apam ni. Sedap dimakan panas-panas. Tapi kalau dah bulan puasa nak makan panas-panas tak bolehlah unless kalau hampa masak kuih ni waktu malam. Hehehe.

10. KUIH TALAM


Yang ni penutup untuk perkongsian Mira hari ni. So, kuih ni pun senang ja nak jumpa bulan tak puasa pun. Tapi still menjadi pilihan masa bulan puasa. Tekstur yang lembut menjadikan kuih ni perfect untuk dinikmati. Yemmehh.

***********
Okay done perkongsian Mira tentang kuih kegemaran di bulan puasa. Ini cuma 10 jenis ja yang Mira kongsi. Kalau ikutkan banyak lagi yang nak ditempek dalam entri ni. Tapi nanti kesian kat hampa duk kena scroll panjang-panjang. Hehehe. Till we meet again. Tata.

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKetujuh
#Day7th

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: