Sunday, 5 July 2015

#Cabaran20Hari - Kenangan Terawih di Surau/Masjid Zaman Kanak-kanak

Salam sejahtera.
 Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.
Macam mana puasa hampa hari ni? Letih? Ka biasa-biasa ja?
Mira rasa lama gila hari ni sampaikan terlajak tidur. Aduh, Tidur lepas Zohor ingat sebelum Asar nak bangun sekali terlajak dekat pukul 6 baru bangun.

Okay, kita proceed untuk tajuk hari ni

"KENANGAN TERAWIH DI SURAU/MASJID ZAMAN KANAK-KANAK"

Jap nak recall. Rasa macam masa kanak-kanak dulu berapa kali ja pergi terawih kat surau. Selebihnya kat tempat mengaji al-Quran. Sebab lepas bukak puasa terus pergi ngaji Maghrib kat sana. Lepas tu ngaji. Habis ngaji semua kena solat terawih dulu. Selalunya 8 rakaat ja 1 witir.

Habis solat terawih masing-masing semua kelam kabut nak balik. Tapi ada mak ayah yang mai jemput lambat tunggu rilek ja laa. Sambil-sambil tu main ligan-ligan or dalam bahasa mudahnya (kejar-kejar). Main sampai peluh. Mak ayah mai jemput balik. Tapi, best sangat masa tu sebab ramai kawan dan kawan pun tak memilih umur. Tak kisah hang kecik ka hang besaq ka hang tua ka hang muda ka. Asal mau join jalan. Okay, Out of topic. Hahaha.

Kat tempat ngaji tuu laa pengalaman first Mira terawih. Pengalaman belajar kat situ bawak sampai sekarang. Alhamdulillah.

Sampai sini saja entri untuk cabaran hari ni. See ya! Tata.

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKesembilan
#Day9th

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: