Wednesday, 8 July 2015

#Cabaran20Hari - Bajet Raya

Salam sejahtera.
 Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.
Hai semua! Jumpa lagi hari ni untuk next challenge. Tajuk untuk malam ni 

'BAJET RAYA'

Amboii. Tajuk pun challenging aihh. Terutamanya untuk kaum wanita lah. Almaklumlah selalu kalau bab-bab nak berbelanja ni sila ja kat kaum ibu ni. Hehehe. Btw, I'm not a 'mother' yet. Muda lagi okay.

Sebut saja pasal bajet terus dalam otak ni terfikir...
'BAJU RAYA nak tempah mana? Kain nak beli mana? Ke nak beli yang dah siap terus?'
'KUIH RAYA. Aduh, bahan tak beli lagi. Tunjuk aje lah.'
'LANGSIR RAYA. Alamak! Langsir yang tempah hari tu tak bayar lagi.'
Dan macam-macam lagi lah. Puas jugak kalau nak detailkan senarai orang perempuan ni.

Okay, jom baca Mira punya bajet raya untuk tahun 2015.
Check it out!
Scroll sampai bawah naa. Hehe.

KAIN PASANG

Kain pasang untuk buat baju kurung. Tahun ni macam malas sikit nak berfesyen gitu. Lagipun baju untuk event poli hari tu pun baru sekali pakai. Untuk kain pasang ni bajet dia lebih kurang RM60 untuk 4 meter kain. Bajet lebih takpe. Kalau kurang boleh tampal yang lain. Campur dengan upah tukang jahit RM30 untuk sepasang. Okay, memang buat sepasang pun. Warna? Rahsiaa.

TUDUNG

Tahun ni pun malas nak cari shawl halfmoon ka halfstar ka aidijuma ka apa ka. Tahun ni kita sebat tudung bawal crepe kat pekan sehari ja. Bajet below RM50 untuk beberapa helai tudung. Harap maklum, seorang Mira sangat obses bila nampak tudung plain yang murah. Susah betul!

KASUT RAYA

Bajet untuk kasut below RM100. Minggu lepas masa keluar dengan kawan-kawan tu ada jugak singgah kedai yang selalu Mira beli kasut ni. Cadang macam nak window ja. Tapi 'terbeli' pulak. Alang-alang tu itu ja lah kasut raya Mira. Memandangkan Mira ni memang penyegan sikit kalau bab-bab kasut. Bab paling laju sekali mestilah plain scarf. Yang tu tak payah nak window. Hehe. And guess what... Kita dapat diskaun amoi tu bagi sebab kita selalu beli kasut dengan dia. Jimat sikit.

BEG RAYA

Memandangkan dah bertahun-tahun tak beli handbag untuk jalan-jalan. So, alang-alang raya ni terasa keperluaannya untuk membeli sebuah beg tangan. Sebenarnya yang tak beli sebelum-sebelum ni sebab tak jumpa yang berkenan di hati. Mira nii jenis kalau nak beli beg mesti nak cari beg yang boleh masuk semua benda dalam tu. Henfon, purse, powerbank, kunci kereta, kunci rumah, bedak, barang-barang kosmetik lagi, perfume. Bak kata orang nak yang 'all in one'. Senang. Disebabkan beg yang lama pun macam dah nazak sikit dan macam bagi hint nak suruh beli ganti so, kita masukkan je lah sekali dengan bajet raya tahun ni. Hehe.

MAKE-UP

Untuk make-up ni jimat sikit sebab Mira memang jenis pemalas bab-bab nak menempek-nempek kat muka ni. Cuma untuk bajet tahun ni Mira letak RM30 untuk beli celak dengan make-up remover. Bila tah nak pergi Watsons. Bolehlah murah sikit. Bedak kompak ada lagi. Lipstik tak pakai. Foundation pun tak pakai. Maskara? Tak perlu. Blusher. Cubit pipi sikit ja bagi merah. Hahaha. Lip balm ada lagi. Tu ja laa kot. So, untuk dua barang tu harap-harap cukuplah dengan bajet. Kalau kurang lagi jimat.

KUIH RAYA

Yang ni tak payah risau. My mum akan aturkan. Oh ya! Raya nanti sapa-sapa nak mai rumah mai la. Tapi raya kelima dan keatas ya. Raya pertama sampai keempat busy sikit.

So, ni ja kut bajet raya untuk tahun ni. Bajet orang bujang nama pun. Hehe. Hampa punya macam mana? Tinggi macam Mira punya dak bajet? Okay, sampai sini dulu entri Mira kali ni. See ya!

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKeduaBelas
#Day12th

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: