Saturday, 4 July 2015

#Cabaran20Hari - Amalan Berbalas Juadah Di Bulan Puasa

Salam sejahtera.
 Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.
Salam Nuzul Al-Quran.

Menarik tajuk hari ni. Berkenaan dengan amalan masyarakat sekeliling kita.

"AMALAN BERBALAS JUADAH DI BULAN PUASA"

Sesungguhnya lah kan pada pandangan mata kasar Mira ni, Mira dah jarang nampak amalan berbalas juadah ni. Almaklumlah, zaman sekarang ni kalau nak apa-apa ja bazaar ja laa tempat nak cari. Jarang dah nak buat sendiri.

Kalau dulu sorang buat kuih karipap contohnya yang lagi sorang buat kuih donat, sorang lagi buat cucur badak. Lepas tu masing-masing bertukar-tukar juadah biar sama merasa. Hidup berjiran ni memanglah macam tu adatnya. 

Tapi sayang betul amalan nii makin lama makin pupus dalam kalangan masyarakat zaman sekarang ni. Bukan apa, keadaan masyarakat sekarang ni yang terlalu sibuk macam-macam membuatkan amalan nii terus ditelan arus zaman.

Sebenarnya Mira pun teringin nak teruskan amalan ni balik. Seronokkan kalau dapat berkongsi juadah dengan jiran-jiran. Tahun ni rasanya tak ada lagi yang nak bertukar juadah dengan kita. Yelah, kita nak mulakan pun tak tahu nak hulur kat sapa. Kiri kanan macam bawak haluan masing-masing ja. Pernah bertegur tak diendahkannya. Sedih.

Seriously, kalau amalan berbalas juadah ni masih diteruskan pada zaman sekarang ni, hubungan antara kita dan jiran akan menjadi semakin akrab. Oleh itu, dapatlah kita mengenali jiran kita dengan lebih dekat lagi. Bukan apa kalau andai kata kita dalam kesusahan sapa tau jiran tu lah yang nak tolong kita. Nak harapkan adik beradik yang jauh tu lambatlah nak tolong. Especially kalau ada kes-kes kecemasan ka mana nak pi tau kan.

Aduh! Dah macam karangan pulak entri kali ni.

Sebelum nak mengundurkan diri, Mira nak kongsi harapan Mira dengan hampa semua. Mira sebenarnya harap sangat amalan berbalas juadah ni kembali diteruskan dalam zaman yang serba moden ni. Biar sesimple-simple juadah asalkan dapat sama-sama merasa.

Pernah jugak Mira dengar ustazah punya kuliah kat sekolah dulu katanya,

"Kita kalau masak ni baunya sampai ke rumah jiran dan dalam masa yang sama jiran tu menghidu bau masakan kita, kita kenalah hulur sikit kat depa, Biar sama merasa. Takdak lah nanti duk meredap dalam hati si jiran tu maki kita. 'Hai, orang sebelah ni masak bau bukan main sedap. Tapi tak reti nak hulur bagi merasa sikit.' Haa. Seeloknya hulur sikit bagi kat dia. Cuba kita bayangkan kita kat tempat dia. Mesti kita pun rasa benda yang sama. Kan?"
Okay, dengan ni berakhirlah entri Mira untuk hari kelapan ni. Alhamdulillah. Walaupun macam karangan tak cukup sifat hampa sudi baca sampai habis. Semoga kita jumpa lagi dalam next entry. Daaa...

*END
#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKelapan
#Day8th
Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: