Sunday, 12 July 2015

#Cabaran20Hari - Aktiviti Di Pagi Raya

Salam sejahtera.
 Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.
Jumpa lagi dengan hampa semua dalam entri ni.
Untuk entri kali ni Mira akan cuba buat seringkas dan sepadat mungkin sebabnya Mira agak busy sikit beberapa hari ni.
Okay, tajuk untuk hari ni
"AKTIVITI DI PAGI RAYA"
Aktiviti yang paling 'common' sekali pagi raya sudah tentulah aktiviti 'bersalam dan bermaafan sesama keluarga.' Hampa semua pun mesti buat kan aktiviti ni?
Lepas dah salam peluk cium semua mesti nak kena breakfast sat dulu sebelum masing-masing bergerak ke masjid untuk sembahyang raya. Kalau kat kampung Mira selalunya pukul 8.45 macam tu dah mula sembahyang. Best. Sebab masa ni laa nak kenal-kenal jiran sekampung. Masa ni laa nak terserempak dengan orang-orang jauh perantauan balik ke kampung.
Next, terus ziarah kubur. Yalah kan dalam kita duk happy-happy ni kena jugaklah ingat kat depa yang dah takdak. Bukan apa. Tuu pun sebagai satu peringatan jugak untuk kita yang nanti nii kita pun akan ke situ jugak.
Lepas dah ziarah kubur akan bermulalah aktiviti kunjung mengunjungi jiran tetangga. Masa ni lah nak jumpa makanan yang best-best pagi raya. Ketupat, lemang, rendang, serunding semua boleh nampak terhidang. Tinggal nak makan ja. Hahaha.
Dah kenyang perut mesti senang hati. Kita pun balik rumah berehat. Petang sambung berziarah pulak. Hehehe.
So, hampa punya aktiviti macam mana? Sama dak?
Okay, Mira mintak diri dulu. See yaa tomorrow for next challenge.
*END
#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKeenamBelas
#Day16th
Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: