Tuesday, 23 June 2015

Minah COC. Gaya Tak Mau Kalah.


dan salam sejahtera.
Sihat semua?
Puasa ke tak?
Puasa? Bagus... Nanti mai raya kat rumah Mira bagi duit raya sorang singgit ok?
Hehehe.


COC which stands for Clash Of Clans.
Hampa semua mesti tau kan games ni. Yang banyak minggu mengungguli carta Top Free Games kat Google Play Store ni. 

Actually, Mira rasa macam dah berapa nak relevan nak story pasal COC ni.
Sebab dah ramai macam dah give up dengan COC ni.
Yelah, nak tunggu satu-satu benda upgrade punya laa lama.
Kadang tu makan berhari-hari.
Especially kalau dah naik Townhall yang tinggi-tinggi.

Macam mana Mira boleh terjebak dengan game ni? Panjang ceritanya....

Masa game ni tengah hot dulu yang iklan dia kat mana-mana ja tu, Mira tak terasa nak main pun game ni sebab lebih fokus dengan game GTA San Andreas dengan Candy Crush Saga.
Hehehehe.

Kebetulan dalam group 4.0 guys nii ada ramai KAKI GAMERS. Boleh kata semua pun kaki gamers kami ni. Sebabnya kalau ikut majoriti group 4.0 guys saja yang duk layan game COC nii. TAPI! Exclude Mira laa sebab masa tu tak layan lagi. 

Masa tu jugak Mira rasa macam terpinggir gila dalam kalangan depa semua ni. Even, Mira tak paham pun actually apa yang best sangat dengan COC tu. Tak pernah terfikir pun sebenarnya game tuu sangat-sangat menguji kesabaran dan mencabar kita cara menyusun strategi.
Cuba hampa bayangkan naa, hampa keluar lepak dengan kawan-kawan tapi macam lepak sorang-sorang sebab depa semua layan COC. Tipu sangat kalau hampa tak kisah. Btw, Mira orang last yang main COC dalam group 4.0 guys. Hehehe. Macam lame. Tapi biaq p laa. 

Ada satu masa tu keluar dengan kawan Mira kat Sungai Petani. Kawan Mira yang nii pun layan jugak COC. Gila jugak mamat dengan games. Mula tu sampai kat Amanjaya Mall Mira turun bawah dulu solat Zohor. Dia takpa laa baru selesai solat Jumaat. Sementara duk tunggu Mira habis solat tu sempat dia ni pergi raid kampung orang dulu. Geleng kepala ja Mira nii haa. Last-last Mira cakap ke dia, "Dah keluar sekali pun main COC lagi? Baik tak payah jumpa macam ni." Gaya macam nak marah tapi tak pun. Dia gelak pastu simpan henfon dalam poket rapat-rapat. Sat saja dia tinggal bunyi notification. Dia cakap, "Tengok, kampung orang dah kena raided." Mira blurr ja time tuu sebab memang tak paham and tak tau apa-apa pun. Mira perhati berlakang si Zihah dengan Azri gelak-gelak ja tengok keletah kami.

Masa on the way balik rumah Zihah lepas hantar kawan Mira balik, Mira tanya Zihah kenapa dia cakap kampung dia kena raid. So, Zihah pun sambil drive explain kat Mira yang still blurr2 ayam nii.
Itu satu hal. Lagi satu hal, weolss yang perempuan selalu lepak bilik Pijah semester 6 lepas sebab Pijah tak dak roomate. Senang nak sepahkan dan senang kemaskan. Takda orang nak kacau. Macam biasa laa, lepas dinner semua pakat pegang henfon masing-masing tengok COC masing-masing. Masa tu Mira macam pffftttttt! Bosan gila! Haduiii. Last-last decide je la nak balik bilik sebab bilik Mira satu aras ja dengan Pijah. Mira pulak selalu kalau nak ke bilik Pijah tak suka bawak henfon. Tinggal ja kat bilik bagi Aliah roomate Mira tuu jaga. Kadang-kadang tu sebab tengah cas. Mira bawak henfon pun kalau ada urgent matters tak pun Mira tengah mesej dengan kawan-kawan lain dalam What's App. 
So, panjang kan cerita dia? Sebenarnya panjang lagi. Tapi dah cut sikit. Hehehe.
Pada suatu malam, masa tu Mira tengah main game kat laptop ada mesej masuk kat fon.

"U, I ada buat akaun COC guna email U. Nanti U download tau COC tu. Kalau tak tahu main tak pe. Nanti I tolong mainkan. Sebab I malas nak buat email lain. Hehehe."

Mira masa tu malas nak layan. Lantak lah nak buat COC guna email Mira ke apa ka. At the end masa minggu balik tu Mira jumpa dengan orang tersebut dan dia ajar Mira main game tu. Hahaha. Macam lawak kan. Ajar main game. Kut lah nak ajar Maths ke Sains ke Sejarah ke. Dia tolong downloadkan pastu explain semua step by step.

Tak dinafikan Mira memang jenis lampi sikit terhadap benda-benda yang susah nak faham. Tapi dah dia willing nak tunjuk ajar dengar je la. Takda masalah. Settle yang tu balik malam tuu keja belek lah game COC tuu. Discover sendiri.

Dua tiga malam jugak Mira struggle nak paham apa goals COC ni yang sebenarnya. Malam lah. Sebab Mira selalu main game malam-malam lepas study. Tuu pun kalau study lah. Kalau tak study main before nak tidur. Lagipun COC nii kan guna internet. Kat bilik Mira masa tu nak kena tunggu lewat malam sikit baru connection laju.

Dah discover pun tak paham-paham jugak sampai dah rasa nak give up last-last Mira tanya Pijah. Lepas dinner kat bilik dia malam tu Mira stay up sampai Zihah, Pikah, n Syima balik ke blok depa. Masa tuu laa baru cakap kat Pijah yang Mira dah start main COC ni. Punya dia gelak jaa bila tau cerita macam mana Mira boleh terjebak main sekali. 

Bermula kat situlah Pijah jadi pengajar utama Mira dalam game COC ni. Dalam masa yang sama bestie Mira si Paan tu pun tolong jugak dapatkan loot semua tuu. Maklumlah kalau nak suruh buat semua tuu memang tak pandai laa. Last-last tak naik level COC tuu.

Mira join satu clan nii. Orang dia baik-baik dan suka menderma troops. Tapi, dah rasa macam awkward ja dalam clan tu Mira leave je laa. Pastu request masuk satu clan nii, dia accept tapi sombong sikit. Cakap pun mau kemas jaa. Last-last Mira kena kick dari clan. Hahaha. At the end Pijah ajak masuk clan dia dengan kawan-kawan dia plus kawan-kawan boyfren dia. Mira pun layan je laa masuk clan tuu. _Akatsuki. Hehe, Macam dalam cerita Naruto pulak. Start dari situ Mira banyak belajar dengan depa dari segi strategi nak serang. Mira tak mintak depa ajar tapi setiap kali clan war Mira tengok cara depa nii serang musuh, Tapi, Mira view yang 100% jaa. So, bolehlah nak try nanti masa farming.

Dan sampai sekarang nii arira masih bersama _Akatsuki. Tak lari p clan lain dah. Hahaha. Malas nak cari sama okay. So, this is my job masa cuti tanam anggur kat kampung ni. Tak COC, crafting. Tak crafting designing. Tu jaa laa. Sibuk memanjang. But, lately nii macam dah reti sikit main COC. Townhall pun baru lepas naik pangkat level 7. Kena kerja keras untuk farming. Maklumlah nak cari loot lebih nak upgrade macam-macam.

Okay, I think sampai sini saja kut entri ni. Hope to see yaa again thru' screen. Hahaha. 
Ayat game jugak nii. ]^^[ 
Good night.
Selamat bersahur.

Tata ^^

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: