Monday, 29 June 2015

#Cabaran20Hari - Resipi Hidangan Sahur Paling Ringkas


Salam sejahtera.
Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.

Guys, jumpa lagi kita hari ni untuk #Cabaran20Hari untuk hari ketiga.
Tajuk untuk hari ketiga 

"RESIPI HIDANGAN SAHUR PALING RINGKAS"

Okay, yang sesungguhnya Mira memang kurang pandai nak masak-masak bagai ni.
Alaa. Setakat masak nasik goreng telur letak kicap. Done!
Siap untuk di makan.

Tapi hari ni Mira nak share satu resipi mudah ringkas dan padat untuk waktu sahur masa Mira study kat Politeknik dulu. Almaklumlah, Mira ni stok-stok penyegan jugak nak turun kafe beli nasi and lauk untuk sahur.Resipi ni Mira 'reka' masa semester 5. Semester yang paling sedih sebab ada roomate tapi macam takdak roomate.

Nama resipi ni SANDWICH CACA MARBA MADE IN ARAUSTRALIA. Yang pastinya sejenis sandwich. Why Araustralia? Sebab Mira kan study kat Arau. So, acah-acah macam perantauan overseas gila-gila kaw punya letak je laa nama 'Araustralia'. Hehehe. Mudah, cepat, ringkas and yang paling penting tak payah pun susah nak cari bahan-bahannya.

Untuk sandwich ni kita perlukan

BAHAN-BAHAN

Roti Putih 2 Keping
Cheesedale 1 keping
Sosej 1 Batang (kalau nak letak dua batang pun okay jugak)
Telur rebus 1 biji
Mayonis
Sos cili
Sehelai salad
Tomato
Timun (Mira tak letak timun ekceli sebab Mira x makan timun. Hehehe)

Dah tahu bahan mesti nak tahu cara buat pulak kan?
Okay macam ni je.

CARA-CARA

Pertama sekali rebus sosej tuu sampai masak. Tak pun hampa boleh goreng ja. Kat hostel takdak dapur so, rebus je lah guna kepakaran heater. Hehehe. Lagipun kalau rebus nii sihat sikit sebab tak guna minyak. Lepas dah siap rebus toskan air then ketepikan sekejap.

Next step rebus telur pulak. Make sure betul-betul masak. Jangan buat half-boiled pulak. Karang tak menjadi resipi caca marba nii. Disebabkan nak rebus sosej dengan telur nii macam makan masa jugak, selalunya Mira buat awal-awal before tidur. Sebab selalu malam Mira stayback untuk study and tengok movie. So, sambil-sambil tu buat dua benda nii dulu.

Oh, before terlupa. Precaution untuk resipi nii. Jangan buat selalu kalau you all tinggal kat hostel yang cuma boleh bawak heater ja. Sebab kalau buat selalu heater hampa yang mahal tu boleh rosak. And make sure, lepas rebus sosej and telur tu nak basuh biar cermat takut terkena kat bahagian komponen elektrik dia tu karang ada jugak yang kena renjatan elektrik. Hehehe. Kalau duduk rumah nak buat hari-hari pun boleh. Guna periuk tau.

Okay, sambung balik.
Lepas tu ambil sosej dengan telur yang dah dikupas kulitnya letak dalam satu mangkuk. Hancurkan kasar-kasar dengan menggunakan garfu. Yang nii kena buat penuh kasih sayang. Petua masakan sedap. 

Lepas dah hancur-hancurkan sosej dengan telur tu hampa masukkan mayonis sikit-sikit. Sambil tu hampa kacau laa sosej, telur, dengan mayonis tadi sampai mesra antara satu sama lain. Kalau hampa rasa nak sedap sikit letak lebih mayonis tu. Tapi untuk orang-orang yang badan comel macam Mira ni letak just untuk buat syarat ja okay. So, kalau kata tak mau letak mayonis boleh try letak sos Thousand Island. Lagi umphhhh! Tapi sebab kesuntukkan masa time shopping tu Mira tak dapat cari Thousand Island. Mayo pun bolehlahh.

Lepas dah memang rasa betul-betul mesra tiga-tiga bahan tu boleh ketepikan sekejap. Prepare untuk roti dia pulak. Untuk kepit sandwich ni mudah jaa. Roti tuu tak payah nak buat apa-apa. Keluarkan dari plastik masuk dalam pinggan. Letaklah salad sehelai, tomato dua tiga hiris, timun dua tiga hiris lepas tu boleh letak bahan-bahan yang hampa gaul dengan mayonis tadi.

Kalau pesyen Mira, Mira suka letak tomatoes banyak-banyak. and stok tomato memang selalu ada kat bilik especially kalau baru balik dari kampung. Mira suka makan tomato. Sedap. Kalau boleh masak apa-apa pun mesti nak letak tomato.

Oraite untuk pengakhirannya kita just letak sos cili sikit pastu kepit dengan cheseedale sekeping and roti lagi sekeping. Siap. Senang dimakan.

SELAMAT MENCUBA!

**********
Okay, nii resipi Mira main taruk jaa. Macam renyah tapi sebenarnya mudah dan sedap. Tambah-tambah pulak untuk orang-orang stok penyegan nak turun kafe lewat-lewat.

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKetigaCabaran
#ThirdDay


Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: