Sunday, 28 June 2015

#Cabaran20Hari - Pengalaman Sahur

Salam sejahtera.
Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.
#Cabaran20Hari hari ni bertajuk
"PENGALAMAN BERSAHUR"
So, bagi Mira, Sahur ni makan sebelum waktu terbit fajar means sebelum waktu Imsak iaitu 10 minit before waktu Subuh. Sebelum kita nak puasa kita kenalah bersahur dulu ataupun orang utara cakap "Bangkit Soq"

Mira ada pengalaman yang hampir-hampir terlepas waktu sahur.
Kisah ni terjadi masa Mira berumur 10 or 11 tahun macam tulah. Weolls satu family memang akan harapkan my Mum untuk kejutkan sahur setiap hari. Okay. Setia hari. Sebab selalunya my Mum akan bangun awal nak masak apa semua.

Dijadikan cerita satu hari ni my Mum masak awal sikit so that pagi esok tu tak payahlah dia nak susah ke dapur perang dengan sudip belanga pagi-pagi. She just prepared some food for our sahur malam tu lepas tu masa bangun untuk sahur dia cuma masak nasi and panaskan lauk-lauk.
Malam kejadian tersebut, jam loceng my Mum rosak ke tak bunyi ke lupa kunci tah. Tah ingat pulak. hehehe. So, entah macam mana my Dad boleh terbangun. Guess what? My Dad terdetik nak tengok jam masa tuu. Dan jarum jam dah tunjuk tepat ke pukul 5.20 pagi.

Oh my!!!!

Lagi 10 minit je waktu imsak nak habis.
So, dengan kelam kabutnya my Dad kejut my Mum and me untuk bangun sahur. Dalam kalut-kalut tu my Mum boleh terfikir how come jam loceng dia tak bunyi hari tu.
 
Mira pulak memang bab-bab nak bangun sahur ni memang suka buat perangai.
(dululah... sekarang tak dah)

Dalam masa 5 minit tu kami bertiga just makan apa yang sempat ja. Alhamdulillah. Nasi my Mum dah masak sekali malam tu. Tetiba ja. Macam dah boleh predict yang kami semua akan lewat hari ni.
Bayangkan dalam masa 5 minit tu nak makan nasi. 5 minit tu nak minum air. Mujur niat dah baca sebelum tidur. Memang parah tak ingatlah. Dahlah esok tu ada keceriaan kelas kat sekolah. I bet kalau tak makan memang boleh pengsan separuh hatiku pergi lah time keceriaan tu. So, makan jugaklah.

Masa tu jugaklah Mira nii boleh merengek-rengek kat my Dad nak itu ini. My Dad pulak macam bertabah ja layan perangai mintak penampar Mira ni. Salute lahh! Mana dia nak makan mana dia nak suap Mira. Hehehe. Mira tak berani rengek ke my Mum sebab my Mum garang sikit. Tambah-tambah time tuu dia buat muka ketat. Lagilah tak berani.

So, dah habis makan laju-laju dalam masa tu, memang rasa tak selesalah perut ni. Rasa something ja. Sebab makanan tu tak dihadam betul-betul.

So, nii lah pengalaman bersahur Mira. Salah satu. Tapi yang paling best nak share untuk cabaran ni. 
Korang pulak macam mana?

Done entri untuk #HariKedua #Cabaran20Hari

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKeduaCabaran
#SecondDay

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: