Tuesday, 30 June 2015

#Cabaran20Hari - Menu Wajib Bulan Puasa

Salam sejahtera.
Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.
Post ni Mira buat autopublish sebab Mira agak busy sikit.
So, aci tak aci tak? Okay, aci!
Hehehe.

Tajuk untuk hari keempat
"MENU WAJIB BULAN PUASA"

Mira nak share 10 menu wajib ada masa bulan puasa untuk Mira. Tapi bukan makan setiap hari. Kalau hari-hari hadap yang pun jemu jugak ye dok?
By the way, bulan puasa ni banyak betul juadah-juadah rare yang dijual di Bazaar Ramadhan. Kat Kedah nii saja puas pusing satu bazaar dua bazaar tiga bazaar untuk cari menu feveret Ramadhan untuk iftar. Kan33?
Bukan nak cerita susah nak cari menu wajib ni. Senang sangat. Even kalau pergi bazaar yang dekat dengan rumah ni pun ada. Tapi apa yang bezanya 'QUALITY'. Sedap or tak. So, for short. Mira nak list out menu-menu wajib untuk Mira sepanjang bulan puasa ni. Hopefully, entri kali ni boleh jugak bagi idea kat hampa yang nak pi Bazaar Ramadhan sat lagi.
Check it out!

*before tu, entry ni elok hampa baca lepas bukak puasa sebab I'm going some picture here. Sat lagi ada yang terliur kurang pulak pahala puasa hampa. Tapi, kalau hampa boleh tahan sekadar melihat gambar, jom scroll entry nii sampai habis!


1. ROTI JOHN MUTIARA
*gambar ni hiasan ja

Okay, so far the best roti john ever kat area Alor Setar ni Roti John Mutiara by Mutiara Burger Jalan Sultanah. Apa yang best pasai roti ni? Roti John Mutiara nii memang best makan masa moreh. Ada dua jenis which is daging ayam and daging lembu. Tapi Mira prefer daging ayam lagi. Tak taulah kenapa. Inti roti john Mutiara nii tebal lepas tu banyak bahan. Roti dia lembut, mayonis tak banyak tak sikit. Tapi kalau nak lebih boleh request. Kalau area sini susah nak cari roti john yang ada sayur. Roti John ni ada sayuran tau. Memang best makan. Once bite rasa macam makan burger McD.

Menu nii memang wajib untuk setiap kali bulan puasa. Maybe once a week. Sebab kalau nak cari Roti John ni kena ke Stadium Darul Aman.

2. MURTABAK SYAKIR

*gambar sekadar hiasan ja

Murtabak pun mesti kena ada jugak bulan Ramadhan nii. Sedap terangkat ke awan. Mira mention Murtabak Syakir ni sebab murtabak Syakir is one of my favorite murtabak. Kenapa favorite? Sebab inilah kali pertamanya Mira jumpa murtabak besar gedabak yang intinya 100% kentang dengan ayam or daging. Kalau murtabak lain selalu mesti ada letak bawang dengan kubis. Mira dah liat sikit bab-bab nak makan sayur. Cuma makan in certain situation ja. Tapi kalau dah letak dalam murtabak memang kuranglah nak makan.

Sama jugak, menu nii boleh didapati di Bazaar Stadium Darul Aman. Tapi kalau balik ke kampung pun ada jugak dia punya cawangan. Kat Bazaar Pekan Kubor Panjang.

3. AIR KATIRA

*gambar sekadar hiasan ja

Okay, gelak dulu. By the way, gambar ni sebenaqnya seledup kat FB Hot FM. Hahaha. Rare kan. Hampa jangan duk salah faham dia kata kat mak hampa pulak. Hehehe. Dia ambik dari video viral budak-budak bergaduh tu ja. Hahaha, Macam-macam betul para peniaga letak nama juadah nak bagi nampak rare. Air katira atau orang Kedah panggil ayaq Katigha nii banyak kat Johor sana nuu. Tapi belah Utara tanahair pun ada juai. Cuma susah nak dapat. 

Setakat ni ayaq katigha yang best kat belah sini dekat Bazaar Ramadhan Pekan Langgar. Selalunya Mira pi cari akak tu jaa beli ayaq katigha ni. Sedapp!

4. KUIH TEPUNG PELITA/TAKO

*gambar sekadar hiasan ja

Kuih tepung pelita ni susah nak jumpa kalau bukan bulan puasa. Area Mira laa. Area hampa mana nak tau kan kut senang nak jumpa. Mira suka lapisan bawah kuih nii. Yang warna hijau perisa pandan tuu. Sedap ja kalau boleh makan yang tu. Dahlah bau wangi. Nikmat betul dapat sesudu pun. Tapi sekarang banyak yang buat kuih tepung pelita atau setengah orang panggil kuih tako nii dalam bekas plastik bulat kecik-kecik tu. Mira kalau nak beli Mira suka cari yang memang asli balut guna daun pandan. Baru best nak makan.

Menu nii Mira jumpa kat Bazaar Stadium Darul Aman, Bazaar Pokok Sena, Bazaar Langgar. Tapi yang best makan kat Bazaar Pokok Sena.

5. NASI DAGANG TERENGGANU

*gambar sekadar hiasan ja

Nyum nyum! Sedapnyaa! Menu nii agak susah nak dapat kalau bukan bulan Ramadhan. Nak-nak pulak kalau kat sebelah utara ni. Sebab nasi dagang nii resipi dari Terengganu. Selalu kalau nak makan my Mum yang akan masakkan. Tapi kalau bulan puasa macam ni lebih prefer beli kat bazaar sebab kalau masak kat rumah takut nanti tak habis makan pulak. Sebab yang makan nasi dagang ni cuma Mira dengan my Mum ja. My Dad, my Sis and Bro kurang sikit dengan nasi dagang nii. Most important part untuk nasi dagang nii mestilah Gulai Ikan Tongkolnya. Kalau sedap gulainya sedaplah nasi dagang tu. Miralah kata. Hehe.

So, Nasi Dagang yang best area sini kat Bazaar Langgar. Tapi, yang jual kat Bazaar Stadium Darul Aman pun boleh tahan sedap jugak. Hehe. Asal boleh.

6. PUDING KARAMEL

*gambar sekadar hiasan ja

Aduhai puding karamel.......... Okay, ni pun salah satu menu wajib for Ramadhan. Dapat sekali dalam bulan Ramadhan nii pun jadilah. Asalkan ada merasa. Seriously, kalau bukan bulan puasa susah benor nak jumpa puding karamel ni. Bulan puasa rata-rata ada jual. Sedap-sedap pulak tu. Memang tak susah nak buat puding ni. Tapi, biasalah kalau dah nama pemalas penyegan tu memang ke Bazaar jugaklah carinya.

Puding karamel area sini yang best kat Bazaar Stadium Darul Aman jugak. Hehe.

7. NASI BRIYANI

*gambar sekadar hiasan ja

Ehh! Hampa dah scroll sampai sini dah? Wah! Boleh tahan kuat hampa semua ni naa. Hehe. Pun sama. Agak susah nak jumpa nasi briyani kalau bukan bulan puasa. Kalau ada pun satu set saja dah cecah harga 20 ke 30 ringgit untuk satu set. Nasi briyani bulan puasa ni murah sikit dan pilihan pun banyak jugak. Senang nak cari. Dalam satu bazaar mesti akan ada satu tuan jual nasi briyani. Nasi briyani kalau ikut setnya macam dalam gambar kat atas tu. Ada papadom bulat, kuah nasi, acar buah, nasi briyani dan ayam rendang. Sedap bohhh makan bukak puasa.

Area sini nak makan nasi briyani best boleh cari kat Bazaar Taman Wira, Mergong. Tapi, tahun ni tak sure ada ka takdak sebab tak jejak lagi Bazaar situ.

8. SOTO JOHOR

*gambar sekadar hiasan ja

Soto Johor nii memang the best ever lah. Mira prefer makan soto lagi instead of bihun sup. Sebab bihun sup bulan tak puasa pun banyak ja orang jual. Soto Johor nii memang wajib makan dalam satu hari bulan Ramadhan. Sekali ja. Cukup. Setengah soto cincai ja buat. Itu takdak ini takdak. Tapi Mira dah discover satu soto yang memang full set. Ada bihun sikit, nasi impit empat lima potong, kacang tanah, taugeh, suhun, hirisan ayam, bergedil, daun sup dan sepotong telur. Sup pulak memang asli soto punya resipi.

Mana nak cari? Of course jugak Bazaar Stadium Darul Aman.

9. AYAM BAKAR

*gambar sekadar hiasan ja

Aduh! Seducing gila gambar ayam nii. Hahaha. Sabar ye sabar. Inikan puasa. Kehkehkeh. Kalau rasa tak tahan nanti lepas bukak puasa datang sambung baca. Hehe. Yang ni memang betul menu wajib untuk berbuka. Selalu makan dengan nasi putih panas-panas. Fuhhh! Memang terangkat. 

Okay, ayam ni merata bazaar ada ja jual. Tapi paling win setakat ni kat Pokok Sena ler. Hahaha.

10. AIR TEMBIKAI LAICI

*gambar sekadar hiasan ja

Last sekali air tembikai laici. Tapi kadang-kadang blend tembikai bagi jadi jus pastu letak dressing laici sikit, Sedapp. Just nice, Banyak jenis resipi kalau search pasal air tembikai laici ni. Tapi kalau ikut resipi Mira nii simple je. Buah tembikai, potong dadu lepas tu blend bagi betul-betul hancur lumat. Tambah ais sikit lepas tu blend lagi. Dah siap blend tuang terus dalam jag air pastu tambah buah laici tin dalam jag tuu kacau sikit letak ais. Dah siap untuk diminum. Kalau hampa nak ummpphhh sikit lagi lepas tuang dalam cawan, potong dadu buah tembikai letak dalam air tu sekali dengan laici then tambah serbuk asam satu sudu. Woww! Refreshing gila. 

Sorry, Mira memang suka perosak resipi pun. Hehehe. Yang nii ja made in home. Tak beli kat bazaar. 

*************
So, ini saja yang Mira nak share untuk #Cabaran20Hari pada #HariKeempat ni.

See ya in my next entry! Tata ^^

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKeempat
#FourthDay

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: