Saturday, 27 June 2015

#Cabaran20Hari - Apa Erti Puasa Pada Anda

Salam sejahtera.
Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.

Untuk #Cabaran20Hari Episod 1 Mira nak kongsikan pasal

"APA ERTI PUASA PADA ANDA"

Masa zaman kanak-kanak dulu, dalam lingkungan umur 4 ke 5 tahun Mira tak tahu pun puasa tu apa yang sebetulnya. Cuma ada perasan ada satu masa my Mum tak sediakan breakfast dengan lunch. Malah masa pergi tadika pun cikgu tak sediakan makanan. Masa tu jugak my Mum just sediakan makanan masa nak dekat-dekat azan dekat TV. Acah-acah lepas azan tu ada kartun Doraemon kat NTV7.

Pernah juga my Mum dengan my Dad cakap pasal puasa. Katanya puasa tu TAK BOLEH MAKAN, TAK BOLEH MINUM, TAK BOLEH KACAU ORANG (sebab masa Mira kecik-kecik dulu Mira suka kacau orang a.k.a buli orang. Hehehe.) So, dalam otak dah set, okay, dalam masa 30 hari tak boleh kacau orang, tak boleh makan dan minum waktu siang tak boleh buat tu tak boleh buat ni.

Bila dah masuk darjah 1 baru tahu apa puasa tu yang sebetulnya. Masa tu la nak belajar puasa betul-betul. *sebab hari-hari ustazah yang ajar Pendidikan Islam mai kelas tanya setiap orang. Daripada menipu cakap puasa baik puasa betul-betul. Hehehe. Ada jugak niat tu.

Even masa tu tak pandai nak puasa penuh lagi tapi ada jugak mencuba. *tepuk tangan
Memang masa tu puasa main celup-celup ja. Rasa nak puasa, puasalah. Kalau rasa nak bukak, bukaklah.

...TAPI...

Since dekat sekolah ramai cikgu-cikgu bimbing untuk puasa penuh tanpa sebab untuk ditinggalkan puasa tu, masa tu lah baru betul-betul puasa.

So far, 21 tahun hidup nii akhirnya Mira tahu apa erti puasa yang sebenarnya.

"Puasa ialah menahan diri daripada lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa dari terbit fajar hingga terbenam matahari."

Bertambah terror hafal maksud puasa nii bila Kumpulan Raihan buat lagu pasal puasa. Semangat betul hafal sampaikan masuk soalan dalam exam kat sekolah smooth je jawab pasal puasa. Yakin betul dengan jawapan tu.

Sampai sekarang tulah pengertian puasa bagi Mira.

Done entri #HariPertama #Cabaran20Hari

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariPertamaCabaran
#FirstDay

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: