Tuesday, 1 September 2015

Pencarian Bloglist September 2015 di Blog Lyssasecret.Com


dan salam sejahtera.
Okay, hari ni 1 September 2015.
Jom join bloglist kat Blog Lyssasecret.Com
Macam mana nak join?
Jom baca entri ni sampai habis.

PERTAMA

Hampa kena buat satu entri kat blog hampa pasal segmen ni. Letak tajuk "Pencarian Bloglist September 2015 di Blog Lyssasecret.Com.

KEDUA

Lyssa ada buat satu banner untuk segmen nii. So hampa kena paste kan banner tu dalam entri hampa macam yang Mira buat bawah ni. Jangan lupa untuk backlink kan entri tu ke entri Blog Lyssasecret.Com

*boleh klik banner untuk join

KETIGA

Hampa kena letak 3 link post Lyssa kat blog hampa. Lyssa kata tak kisah entry mana-mana pun. Entri tips ka tutorial ka pasal Lyssa pi mana-mana ka etc. So, Mira decide untuk 3 entri yang menarik perhatian Mira nii.

  1. http://www.lyssasecret.com/2015/08/rahsia-kelahiran-anda-mengikut-bulan.html?m=0
  2. http://www.lyssasecret.com/2015/08/jalan-jalan-di-batu-ferringhi-walk.html?m=0
  3. http://www.lyssasecret.com/2015/08/parking-sensor-paling-comel-abad-ini.html?m=0
KEEMPAT

Dah settle semua? Kalau dah publish dan copy link post entri hampa paste jump ke comment form segmen ni. Dah? Okay, paste link tu laju-laju kat situ. Done! 

*Sapa nak join tu mohon cepat. Sebab masa dah suntuk. Kurang dari 2 jam lagi ja yang tinggal. Okay? Nice.




Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Wednesday, 26 August 2015

Eksperimen Puding


dan salam sejahtera
*lambai tangan.

Buat apa uolls hari ni?
Ka ada yang baru bangun tidur.
Hihihi.

Beberapa hari yang lepas Mira dah buat satu ekperimen kat sejenis puding.

Tadaa!


Nama puding ni
"PUDING LAPIS OREO ROSE"

Sebenarnya Mira nak cari resipi Puding Oreo yang biasa. Tapi terjumpa pulak yang berlapis-lapis. So, tak tunggu dah terus screenshot dan simpan dalam henfon laju-laju.

Masa raya hari tu nak cuba buat. Tapi sibuk sangat sampai tak sempat. *sibuk apalah sangat penganggur macam Mira nii haa.

Punya nak try jugak. Keluar duit sendiri beli barang-barang nak buat puding ni. Eksperimen punya pasal sanggup cari bawah katil, bawah bantal, bawah tilam etc. hahaha. Okay, over.

Dah dapat semua bahan-bahan dia bolehlah mula eksperimen.

So, untuk eksperimen ni hampa perlukan.

***********
  • Satu bungkus agar-agar serbuk 10gm or 12gm
  • Satu liter air (4 cawan)
  • Biskut Oreo (ikut citarasa. Mira letak dua bungkus)
  • Gula 3/4 cawan (kalau nak kurang manis boleh letak 1/2 cawan ja)
  • Susu cair satu tin
  • Sedikit pati sirap ros
***********

Barang-barang ni semua hampa boleh pi cari kat Mydinn Mart ka, Tesco ka, Kedai Runcit Cinta Hati ka. Mesti ada punya laa.

So now, let's begin our experiment.
Ready?
Set!
Go!

***********

  1. Mula-mula sekali masak air satu liter dengan api sederhana sambil tu masukkan serbuk agar-agar tuu semua sekali.
  2. Kuatkan api kalau perlu. Pastu kacau perlahan dengan penuh kasih sayang.
  3. Agak kata dah sebati air dengan agar-agar tu masukkan gula dan kacau lagi. Masa nak masukkan gula tu make sure api hampa sederhana naa. 
  4. Kacau gula sampai larut dengan air dan agar-agar tu. Masukkan satu tin susu cair. Kacau lagi sampai sebati. Biar mendidih.
  5. Sediakan bekas. Basahkan bekas tu dengan air sikit. *petua takmau bagi agar-agar tuu melekat kat bekas.
  6. Asingkan agar-agar lebih kurang sukatan dua cawan dan masukkan dalam periuk lain. 
  7. Pastu letak pati sirap ros tu. Agak-agak ja naa. Jangan bagi kaler dia pekat sangat or suram sangat. Just nice ja. Kacau sampai warna sebati dengan agar-agar.
  8. Tuangkan satu cawan agar-agar warna pink dalam bekas. Biarkan sejuk dan separa mengeras sat. Hat agar-agar selebihnya tu jangan biar beku sama. Make sure dia still liquid in shape.
  9. Agak kata permukaan dia dah keras sikit tu boleh get ready untuk second layer. Guris sikit permukaan atas tu dengan garfu. Tujuannya nak bagi layer dengan layer nii melekat each other.
  10. Tuangkan sesenduk dua adunan warna putih dalam bekas pastu susun biskut oreo hampa tu. Ikut suka nak letak banyak ka sikit. Boleh jugak kalau nak patah dua biskut tu. 
  11. Lepas dah full susun boleh tuangkan secawan agar-agar putih lagi dan biarkan permukaan dia mengeras macam layer first tadi jugak. 
  12. Pastu ulang lagi step yang guris dengan tuang sesenduk dua agar-agar putih tu. Susun lagi biskut. Tapi kuantiti kurang sikit lari layer bawah. Kalau hampa bagi oreo tu hancur pun best jugak. 
  13. Tuang lagi baki agar-agar putih tuu dalam bekas dan biarkan mengeras. Kalau ada biskut-biskut yang timbul tuu biar ja. Jangan kacau.
  14. Bila permukaan tu dah separa mengeras bolehlah hampa buat layer last. Ambil yang lebih agar-agar pink tadi dan tuang ja dalam bekas tu. Make sure! Buat gurisan kat permukaan agar-agar putih tuu. Kalau dak nanti tak jadi tak tahu. Hehe.
  15. Biarkan dengan suhu bilik lebih kurang sejam setengah. Dan sejukkan dalam freezer. Bila sejuk lagi sedap makan. Nyum nyum.

**********

Puding ni best dimakan ramai-ramai. Sesuai untuk minum petang dan jamuan ringan. Nak buat untuk birthday party pun sesuai.

So, tu ja langkah-langkah untuk eksperimen ni. Mudah kan?

Kalau nak lagi rare boleh ja tukarkan pati sirap tuu dengan another jenis pati. Pandan ka, Coklat ka, Milo ka, Coffee ka, Keladi ka etc. Yang paling penting, masak dengan sepenuh hati, curahkan kasih sayang. Jangan lupa masak tu sambil selawat syifaa'. In sha Allah masakan kita menjadi dan sedap. Hehehe.

*Selamat mencuba


Nah, sebelum berundur Mira lanje lagi satu pic. Haa. Yang ni untuk adik. Bekas dia kecik so yang oreo tuu satu layer ja. Hehehe. Tata ^^



Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

WORDLESS WEDNESDAY #3

Mom knows better.
Kan?


Luv ya . .
Mira 

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Wednesday, 12 August 2015

WORDLESS WEDNESDAY #2


It's Wednesday!


A troll poster made by MimahMomon.
Dah banyak kali tengok poster troll nii dah banyak kali jugak gelak.
Ubat tension.


Credit picture: Mimah
Location: Rumah Aiza 
Mangsa: Pnut 

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Wednesday, 15 July 2015

WORDLESS WEDNESDAY #1


Auto publish!

My first Wordless Wednesday by me.


"HEAD STRAIGHT AWAY. DON'T LOOK BACK. YOU'LL GET HURT"

*Original photo #NuwraJauhari

Photo by: AliaRodzi
Scene; Puasa Hour
Location: Garden Stadium Darul Aman
Camera: Oppo R1L Beauty Mode

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

#Cabaran20Hari - Senarai Kuih Raya Pilihan Hati

Salam sejahtera.
 Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.

Hai semua! Hari ni dah hari ke-19 dah untuk cabaran 20 hari ni.
Sedihnya cabaran dah nak habis. Puasa pun dah nak habis.
Bila hujung-hujung puasa nii ramailah duk story pasai hari raya. Yalah, tajuk cabaran hari ni pun berkenaan hari raya jugak.

"SENARAI KUIH RAYA PILIHAN HATI"

Okay, kita kembali ke carta kuih raya kita. Kalau hari tu Mira buat Top 5 ja. Hari nii Mira up kan jadik Top 15. Hehehe.

So, bersabarlah scroll entri nii. Dan jangan lupa, nanti raya boleh cuba kuih raya nii semua kalau hampa terjumpa masa jalan beraya.

"TOP 15 KUIH RAYA PILIHAN HATI"

15. Biskut Cornflakes


gambar ni hiasan ja


14. Biskut Makmur


gambar ni hiasan ja


13. Kuih Kapit/ Sepit


gambar ni hiasan ja


12. Bahulu


gambar ni hiasan ja


11. Maruku


gambar ni hiasan ja


10. Kuih Siput


gambar ni hiasan ja


9. Cakar  Ayam


gambar ni hiasan ja


8. Almond London


gambar ni hiasan ja


7. Shortbread


gambar ni hiasan ja


6. Kuih Sarang Semut


gambar ni hiasan ja


5. Chocolate Chips

gambar ni hiasan ja


4. Biskut 'Y'


gambar ni hiasan ja


3. Biskut Kacang (Mazola)


gambar ni hiasan ja


2. Biskut Samperit


gambar ni hiasan ja


1. Cornflakes Madu


gambar ni hiasan ja


****************

Okay, dah habis dah TOP 15 Mira hari ni. Hehehe.

Sekarang ni Mira nak out dulu sebab nak siap-siap. Nanti Alia and yang lain mai jemput nak jalan-jalan beli barang hari ni...
Tata ^^

*END

p/s: excited sebenarnya nak kluar ni sebab boleh cari bahan nak buat puding oreo sekali. Yummy! First try. Kalau jadi Mira kongsi dengan hampa naa. Kalau tak kongsi kat sini tuu means tak jadik lerr... Hahaha


#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKesembilanBelas
#Day19th
Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Tuesday, 14 July 2015

#Cabaran20Hari - Nostalgia Kad Raya

Salam sejahtera.
 Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.
Hai semua. Sebut ja pasal raya macam-macam duk berlegar-legar dalam otak kan? Tapi ada satu benda yang ramai orang dah tak buat zaman sekarang dek diulit dunia yang serba canggih di hujung jari.
Okay, berkenaan dengan tajuk hari ni..
"NOSTALGIA KAD RAYA"
Hampa semua mesti pernah dapat kad raya kan?
Alahh. Masa sekolah dulu takkan tak pernah buat? Hehehe. Sanggup mintak duit lebih sebab nak beli kad raya and hantar kat kawan-kawan. Lagi best, lepas hantar tu kita dapat balasan balik dari kawan kita. Sweet kan?
Tapi tu lah. Zaman sekarang ni orang dah jarang nak hantar kad raya bagai. Renyah, lambat, banyak kerja, membazir dan macam-macam alasan lagi.
Seriously, Mira tak rasa semua benda tu patut kita fikir. Ya, memanglah nak jimat kos. Sebab pos sekarang pun dah 60 sen tak macam dulu 20 sen or 30 sen ja sekali hantar. Tapi, kalau hampa nak tau sangat-sangat rare dalam zaman laa ni nak dapat kad raya. Orang sibuk, buat kerja last minit. Dekat nak raya kerja lagi banyak bertimbun-timbun sampai tak sempat pun nak buat and hantar kad raya. Yelah, faham nak cuti kan kerja kena habiskan. Hehehe.
gambar ni hiasan ja

Budak-budak yang membesar zaman 90-an mesti ada banyak nostalgia pasal kad raya ni. Termasuklah Mira ni haa.

Masa masuk bulan puasa ja mesti dah start simpan duit sikit-sikit sebab nak bagi kad raya. Tak susah pun nak cari kad raya dulu. Pergi ja pasaraya mesti ada jual. Masa tu lah nak pilih kad raya untuk kawan biasa, kawan baik, cikgu, and ada jugak tau yang pilih untuk 'musuh' kononnya. Hahaha. Tak lupa jugak untuk crush.

Sebelum nak beli kad raya tuu dah bajet siap-siap. Lepas tu mesti nak kena ada list nama kawan-kawan yang kita nak bagi kad raya. Bukan apa, takut nanti ada yang tak dapat kecik hati pulak dia. Tak best lah kan. So, bagi adil semua dapat.

gambar ni hiasan ja

Nak diikutkan dulu macam nii lah kad raya disusun. Dan selalunya kad raya yang satu-satu macam ni dibeli untuk diberikan kepada orang-orang yang istimewa. Sebab design dia menarik dan cantik lepas tu ada sesetengah tu tulisan timbul, design 3D, bau wangi sikit dan lupa ada jugak yang bermuzik bila dibuka.

Kalau untuk member-member yang berderet-deret tuu selalunya beli kad raya yang paket punya. Dalam tuu selalunya ada lebih kurang 10 keping kad raya berserta sampul. Satu paket kalau tak silap dulu harga dia RM4.50 ke RM3.50 macam tu lah. Tak sampai RM5 pun kan? Tapi ada jugak yang cantik-cantik bawah harga RM5 cuma paket kuantiti dalam tu kurang la sikit. Selalu yang 10 keping tu design kartun-kartun jenaka.

gambar ni hiasan ja

Bila dah beli maka bermulalah sesi nak mengarang ayat-ayat untuk dituliskan dalam kad raya tu.

Antara ayat-ayat femes masa tu:

"Baju raya dah beli ka? Warna apa?""Kuih raya buat ka beli?""Raya ni jemputlah mai rumah.""Mohon maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.""Kasut raya dah beli?""Rumah dah cat?"

Dan macam-macam lagi.

"Nak bawak rombongan meminang boleh?"

Okay! Yang ni tipu! Hahaha.

gambar ni hiasan ja

The moment masa hampa nak hantar kad raya tuu lagi best kan?

Kalau kat kawan sekelas tak pakai pak cik posmen dah masa tu. Terus by hand ja. Hehehe. Jimat 20 sen. Tempat paling rare nak letak bawah laci meja sekolah, dalam beg sekolah, antara timbunan buku, celah-celah fail, selit sana sini. Kononnya macam surprise jugak lah. Tapi selalunya menjadi. Hehe.

Bila dah hantar mesti buat muka tak tahu ja bila orang yang dapat kad tu dah discover kad yang hampa hantaq ke dia. Pastu dia pun mulalah sesi membalas kad raya tuu. Kaedah yang sama jugak digunakan. Comel je.


gambar ni hiasan ja

Masa hampa bukak kad raya mesti ada situasi macam ni.

"Wah! Ada duit rayalah!" Walaupun 5 sen."Uhukk! Bedak ka ni? Wangi!" Padahal bedak Johnson Baby ja."Cantiknya kad ni!" walaupun sekadar gambar ketupat dan pelita.

Dan macam-macam lagi. Tapi tiga nii yang common lah.

Memang excited gila nii nak habaq ke hampa bila dah dapat kad raya. Bila bukak baca gelak sorang-sorang tersengih-sengih. Okay, tuu kad yang crush bagi. Hahaha.

Lepas dah baca semua mesti ada jumpa pantun kadang-kadang kan? Even kita sendiri masa tulis kad raya tuu ada terfikir nak letak pantun.

Meh sini nak habaq ke hampa pantun yang Mira suka guna dulu.

"Pecah kaca pecah gelas
Dah baca harap balas"
Pernah kan guna? Jangan tipu. Hehehe.

Lepas tu kad raya yang dapat banyak-banyak tu selalunya Mira simpan. Raya tahun depan baca lagi. Tak pun memang buat koleksi ja. Tapi, since dah pindah ke rumah lain ni tak ingat dah mana letak khazanah kenangan tu. Serius rindu nak baca balik kad raya semua tu.

Oh ya! Btw, tahun ni Mira start balik hantar kad raya.
Dan design yang Mira buat kali ni amatlah simple alam gila sebab nak jimat ink printer. Hehehe.

Nak tengok?

Jap.

Tunggu.

Tadaa!


Heee. Simple alam kan?
Tapi, pecah peluh nak gaduh jugak dengan photoshop tuu.
Design simple sebab untuk printed version. Kalau nak buat crowded nanti tak cantik pulak. Hehehe.

Okay, sampai sini dulu kisah nostalgia Mira dan kad raya.
See ya next entry!
Dua hari lagi nii.

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKelapanBelas
#Day18th
Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Monday, 13 July 2015

#Cabaran20Hari - Menu Wajib Pagi Raya

Salam sejahtera.
 Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.

Dalam sedaq tak sedaq duk ada lagi tiga ja nak habih cabaran ni kan?
Hmmm.. Sedih dih dih..
Tapi malam ni sekali lagi Mira nak ajak hampa semua scroll down entri ni sampai habis sebab hari ni Mira nak cerita pasal

"MENU WAJIB PAGI RAYA"

Okay, selalu hampa semua makan apa pagi raya?
Nasi minyak? Nasi lemak? Ketupat? Rendang? Kuih samperit?

Kebiasaannya kalau hari raya menu wajib yang my Mum akan sediakan before kami semua keluar rumah is ''AIR MILO'' yang akan memberikan tenaga kepada kami semua untuk berjalan-jalan sekitar kampung nanti.

Ekekekeke.
Melawak sikit ja. Tak mau gelak pun ok je.


gambar ni hiasan ja dari encik Google.


Actually selalunya setiap kali pagi raya "WAJIB" ada 'BIHUN GORENG' hasil air tangan my Mum. Sebab kalau nak harap Mira yang buat memang tak merasalah nak pergi sembahyang raya hari tu. Bukan apa, salah satu benda yang Mira tak pandai buat ialah menggoreng bihun.
Well, dengar macam simple. But the thing is, setiap kali nak masak bihun goreng mesti jadi apa-apa. Contohnya, terlebih masin, terlajak gula, terlalu pedas tahap tak hengat, dan paling obvious sekali sakit perutlah. That's why Mira tak mau ambik risiko goreng bihun pagi raya.

Hampa nii. Jangan duk salah faham pulak! Kalau suruh buat benda lain tau laa. But not, bihun goreng. Request yang lain please. Macaroni goreng ka kueyteow goreng ka mee goreng. Yang tuu boleh jalan masak. Hehehe.

Lagi satu my Mum kalau buat bihun goreng resipi dia lain sikit. Sebab tuu lah anak dia nii yang dah memang suka bihun goreng nii kadang-kadang makan lajak tak hengat. Makan sikit sebelum ke masjid dah balik untuk lunch time pun still makan bihun goreng lagi instead of nasi.

So, sampai sini saja entri untuk kali nii.
Sorry sebab macam rushing sikit update this entry.
See ya!

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKetujuhBelas
#Day17th

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Sunday, 12 July 2015

#Cabaran20Hari - Aktiviti Di Pagi Raya

Salam sejahtera.
 Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.
Jumpa lagi dengan hampa semua dalam entri ni.
Untuk entri kali ni Mira akan cuba buat seringkas dan sepadat mungkin sebabnya Mira agak busy sikit beberapa hari ni.
Okay, tajuk untuk hari ni
"AKTIVITI DI PAGI RAYA"
Aktiviti yang paling 'common' sekali pagi raya sudah tentulah aktiviti 'bersalam dan bermaafan sesama keluarga.' Hampa semua pun mesti buat kan aktiviti ni?
Lepas dah salam peluk cium semua mesti nak kena breakfast sat dulu sebelum masing-masing bergerak ke masjid untuk sembahyang raya. Kalau kat kampung Mira selalunya pukul 8.45 macam tu dah mula sembahyang. Best. Sebab masa ni laa nak kenal-kenal jiran sekampung. Masa ni laa nak terserempak dengan orang-orang jauh perantauan balik ke kampung.
Next, terus ziarah kubur. Yalah kan dalam kita duk happy-happy ni kena jugaklah ingat kat depa yang dah takdak. Bukan apa. Tuu pun sebagai satu peringatan jugak untuk kita yang nanti nii kita pun akan ke situ jugak.
Lepas dah ziarah kubur akan bermulalah aktiviti kunjung mengunjungi jiran tetangga. Masa ni lah nak jumpa makanan yang best-best pagi raya. Ketupat, lemang, rendang, serunding semua boleh nampak terhidang. Tinggal nak makan ja. Hahaha.
Dah kenyang perut mesti senang hati. Kita pun balik rumah berehat. Petang sambung berziarah pulak. Hehehe.
So, hampa punya aktiviti macam mana? Sama dak?
Okay, Mira mintak diri dulu. See yaa tomorrow for next challenge.
*END
#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKeenamBelas
#Day16th
Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Saturday, 11 July 2015

#Cabaran20Hari - Gambar dan Ucapan Raya

Salam sejahtera.
 Salam Ramadhan.
Salam. Salam. Salam.

Weehuu! Short and sweet entry untuk malam ni. Cabaran hari kelima belas dah. Tajuk?

"GAMBAR DAN UCAPAN RAYA"

Erk! Nak post gambar mana haa?

Hampa tengok naaa. Jomm!


Okay, nii gambaq raya Mira dengan budak kecik alauyah masa raya tahun lepas. Nii sebenarnya dah petang tapi dia punya semangat nak bergambar tuu still pakai lengkap lagi. Hahaha.

Comel tau budak nii.



Hehehe.
Comel dak? Baik cakap comel.
Nii kad raya by Nuwra Jauhari version 2015.
Most of my friend and colleague dapat yang printed version punya.
*doodle tuu ada orang kasi. Mira kaler balik ja bagi kena dengan tema. 

So, dikesempatan ni Mira nak ucapkan
"SELAMAT HARI RAYA"
Maaf Zahir dan Batin
Dari hujung rambut sampai hujung kaki sekiranya ada terkasar bahasa, terlepas laku dan ter macam-macam lagi dengan hampa semua.
Salam kosong-kosong naa.

*END

#Cabaran20Hari
#PuasaRaya2015
#KelabBloggerBenAshaari
#ExchangeFeedGroup
#KBBA
#EFG
#LurveLifeMoments
#LLM
#HariKelimaBelas
#Day15th

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^