Sunday, 2 March 2014

New Experience. Thank you.


dan salam sejahtera.

Hari ni Mira ikut Kak Mona & Bang Di ke Pejabat ADUN Pedu kat Naka.
Siapa ADUN kawasan Pedu?
YB Puan Kama Noriah laa.
Ishh3. Buat tak kenal pulak.
Tak pa laa. Tak penting pun.
Yang penting Mira nak story kat korang kenapa Mira ke situ.

Sebenarnya office Mira ada anjurkan satu program.
Nama program tersebut ialah
MARA TURUN PADANG.

Okayy~
Bukan turun padang main bola ke apa.
Turun padang kat sini means MARA akan buka kaunter perkhidmatan kat Pejabat ADUN tersebut dan dua orang staf dari PMD Padang Terap akan tunggu di kaunter tu.
So, bila ada orang mai bolehlah dapatkan apa-apa informasi berkaitan study, loan and so on yang ada kaitan dengan MARA.
Kalau nak bayar pinjaman pun boleh. Sebab setiap minggu akan ada sorang staf yang boleh sain buku resit akan turun tunggu kat situ.
So that penduduk sekitar tu tak payah laa nak ke Kuala Nerang pastu nak panjat tangga tinggi-tinggi semata-mata nak ke Pejabat MARA.
Eh! Jangan salah faham.
Bukan tak bagi datang office.
Tapi, orang dah sediakan kemudahan jadi kita cuma gunakan saja.
Tapi, kaunter tersebut just buka hari AHAD saja.
Sehari ja.

Mira buat apa tadi?
Mira melepak, tengok TV then makan.
Yelah duduk dekat kaunter tuu nampak TV. TV terpasang baik tengok dari membazir.
ASTRO kot. Rumah Mira mna nak ada ASTRO bagai.
Tambah pulak Bang Di memang dah buat TV tersebut macam TV dy.
Jadi nak kata apa lagi? Join saja.
Pastu yang kerja makan tuu bukan apa.
Kakak yang kerja kat situ. Kak Ida namanya.
Kejap-kejap buat air jamu.
Pastu beli roti canai laa, apam balik laa. Cendol lagi.
Fuhh! Memang macam ulaq sawa kenyang laa duk kat situ.

Office tuu best sebab ada dapur.
Mira suka office yang ada pantry and dekat pantry tuu ada dapur.
At least boleh jimat duit. Masak je.
Tak payah nak beli or makan luar.
So, Mira harap sangat satu hari nanti kalau Mira jadi PA or setiausaha kat mana2 firma, akan ada pantry yang ada dapur gas so that bolehlahh masak.
pun bolehh kan?
Memang bukan selalu.
Sebab setiausaha nii selalunya sibuk.
Mana nak kisahkan bos, mana nak kisahkan diri dy lagi, family lagi.
Tapi, sekali sekala tuu bolehlahh memasak kan?

Lari topik sikit.
Sebab sesungguhnya Mira dah tak larat nak celik mata dah.
Excited sangat nak menaip kat belog nii.
Lagipun esok ada typing test.
Untuk buat label fail pentadbiran.
Fail yang banyak dan memerlukan kecekapan untuk menaip.
Jadi, bingkisan nii Mira share dengan korang malam nii dan juga sebagai salah satu practice untuk esok.
"PRACTICE MAKES PERFECT"


Nii laa rupa kaunter perkhidmatan tersebut.
Sebelah Mira tu Abang Di (ex-player bola Kedah dulu)
Sekarang dy keja dengan MARA as a bill collector.
Sekian.
Nyte. Sweetos Candidos~ Adiosa!
Tata ^^

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: