Wednesday, 19 November 2014

Hello YJH!

Salam sejahtera semua!
Okay, hari nii nak cerita ceriti pasal ke'crazy'ian Mira terhadap K-Pop dua tiga menjak nii.
Lebih simple starting from awal November lepas.
Yang boleh start crazy tuu sebab tension jawab paper exam.
Lalalala.
Nak lepas tension punya pasal ter'crazy' lahh pulak kat K-Pop nii.
Padahal bukannya gila sangat kat K-Pop pun.
Sekadar nak dengaq lagu jaa.
Habis ja jawab exam hari last tuu, balik bilik bukan nak kemas barang tau.
Balik bilik bukak laptop terus connect internet pastu bukak Youtube.
Kehkehkeh.
Kena ketuk kepala sekali baru tau.
Kat ruangan search tuu Mira taip laa keyword nii
"YONG JUN HYUNG"

Dan tak sampai beberapa minit macam video latest dia keluar.
Wahhh! Banyak giler..
Termasuklah "MV FLOWER" iaitu lagu dia sendiri.
Solo debut okayy.


Kenapa Mira taip Yong Jun Hyung?
Sebab dalam enam orang anggota BEAST tuu Mira bias kat YJH.
Karakter dia unik okayy.
And dia seorang komposer lagu.
Setakat nii yang daebak ialah lagu "GOOD LUCK" nyanyian BEAST sendiri.
Waaaa! Matured beb lagu nii. Hmmm.

Nii wallpaper desktop lappy Mira. Hehehe.
Ohh ya! Lagu GOOD LUCK nii lagu yang BEAST buat comeback hari tuu.
Bulan Julai kalau tak salah.
Seriously, MV Good Luck pun daebak kali nii.
The next week bila Mira dah balik rumah.
Lagi lerr teruk demam YJH melanda.
Hahahaha.
Dah macam kemaruk gila nak tengok YJH.
Almost all video YJH dengan BEAST Mira tengok.
Kalau jumpa yang best tuu Mira download laa.
Storage banyak lagii~
Seminggu pertama di rumah jangan laa ada sapa2 ajak keluar jalan or jumpa.
Pasti akan ditolak mentah-mentah.
Okayy~ POYO Mira POYO!
Dua hari Mira menghadap laptop sambil siapkan felt keychain kawan2 adik.
Mira tengok YJH berlakon laa dalam cerita MONSTAR!
Dalam Monstar YJH pegang watak Yoon Seol Chan.
Seorang artis yang agak annoying+ego.
Dia suka kat heroin Min Se Yi tapi tak mau mengaku.
Masa dia masuk sekolah dia duduk sebelah Se Yi and sekelas dengan childhood friend dia dulu Jung Sun Woo. Comel sangat bila Seol Chan jealous dengan Sun Woo yang rapat dengan Se Yi.
Anyonyonyoo~


Habis cerita Monstar Mira tengok Weekly Idol pulak.
Banyak group jugak yang Mira tengok.
Weekly Idol 2014.
First, of course laa tengok yang YJH solo. Pastu Beast, Infinite, GD, Teen Top and so on.
Best sangat2 sangat~ 


This week Mira tengok cousin Lee Gi Kwang debut.


Twitter LGK~

Cousin LGK debut as group ZPZG.
Group yang baru sesangat debut.
Ada masa kat M-Countdown tapi Mira sempat tengok akhir-akhir jaa.
So, nak tengok sungguh2 cousin LGK nii terus laa search kat youtube ZPZG nii.
Ohh btw, sebelum tuu.



ZPZG is stand for Zest Play Zest Grow.
Terdiri daripada empat orang ahli.
Nanti kalau rajin Mira buat entri pasal ZPZG nii. 
Lagu debut depa tajuknya "GO CRAZY".
The best part is dah ada MV punn.
Cepat kan?
Tajuk lagu macam tajuk lagu 2PM punya tapi rentak dia berbeza.
Mira rasa this group will be the next feveret group Mira kot.
Tapi apa-apa pun BEAST tetap yang teratas laa. Hehe.
Mana boleh campak YJH punya grup ke bawah.
Huhu ^^
Junhyung's derp photo masa kena denda kat Weekly Idol 2014. Hahaha. Too cute, too funny.

Since dah masuk minggu ke-3 Mira bercuti nii kenalah slow balik fever tersebut.
Tapi not say goodbye laa to YJH.
YJH selalu kat henfon. Hahaha.
Anyway, Mira kan soulmate dia. Hehehe.
Okay, sampai sini dulu ye cerita gila K-Pop Mira.
See yaa!
Tata ^^
Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

#Title Please


dan salam sejahtera kepada semua pembaca LLM...

Semalam tengah bosan sengsorang Mira blogwaking laa kat blog orang.
Cari inspirasi dan idea untuk mantapkan hobi sampingan Mira..

Dalam pada tuu, Mira sempat jugak godek balik entri2 Mira yang lepas.
Ya ampunn!!
Malu pulak bila baca balik entri zaman memula nak blogging dulu.
Everything nak share dalam nii.
Pasal crush, putus cinta, patah hati, sad moment, happy moment, unacceptable moment...
Alaa~ Semua laaa.
Dan secara tak langsung Mira dapati...
[Setelah berhasil menggodek2 kat belog lain sama]

Mira dapati bahawa kita sebenarnya boleh jugak mengukur tahap kematangan seseorang itu melalui gaya penulisan dia.
Come to talk on it..
Yeah, kalau memang pembaca setia Mira, mesti perasan yang gaya entri post Mira sedikit lain dari setahun ke setahun..

Contoh:

Masa tahun 2011, masa nii Mira baru start blogging.
Memang masih buta lagi pasal dunia blog,.
Tak sempat nak selam dah tenggelam hanyut..
Terkapai-kapai meraih trafik..
Mira ambil SPM sama tahun nii..
Masa tuu, gaya post Mira tak dak nak eja panjang2 macam nii...
Semua guna bahasa SMS time tuu..
[Contoh ayat: Sye ska hidop yg bhgia!!]

Masa 2014, [sekarang]
Sekarang Mira dah ada ilmu sikit pasal dunia blogging nii..
Kekadang tuu sampai obses..
Pantang ada assignment yang boleh cerita pasal blog, mesti nak taruk jugak cerita pasal blog as a selingan..
Bukan nak cari trafik ke nak kejar followers tapi faham tak when you are being obsessive about something you never stop talking about it,
Eleh.. Macam kalau kita minat sesuatu contoh macam minat kat kucing, yeah! Every second semua pasal kucing jaa.
Then, macam tuu laa Mira sekarang nii.
Memang laa Mira akui yang Mira amat jarang nak update kat blog sekarang pasal semua Lurve, Life and Moments Mira..
But then, don't worry...
Every moment tersimpan kemas dalam otak nii...
Kecuali kalau ter'amnesia' laa...
Hehehe.

I just think that I'm gonna end this entry...
Nak sambung drafting new project yang akan launch next year.
Tapi, tak tau lagi nak launch bila..
Mira ada banyak masa free next year..
Since Mira pun dah nak grad tak lama lagi! [April 2015]
Tashaaamanshaaabarrrrrrrnyaa~

Nite..
Tata^^

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Thursday, 6 November 2014

Comeback!


Hola hola hola yaribba!
Haa~ Ambik kau.
Berbulan-bulan tak berupdate.
Kut laa nak bwt schedule post ka apa ka.
Hahaha.

Fuuhhh fuuhh fuuhhh~
Kasi hilang itu suma sawang-sawangan and habuk-habukkan.
Okehh.
Ready for comeback!

Err~
Nak cerita pasal apa ea?
Hmmm.
Ada idea dak?
Mira tak tau nak cerita apa.
Ohh btw, Mira kena stopkan kejap JunaSara sebab second blog Mira ada problem sikit.
Klaw ada nampak update tuu semua entry autopost.
Lurve, Life, Moments? Hmmmm.
Cerita pasal moment boleh kut?

Okayy.
Nak cerita pasal moment Mira masa seminggu lepas.
Lebih tepat, masa exam week.
Perghhh~ Sadis cek oiii.
Bukan sadis apa pun.
Salah sendiri sebab tak manage masa dengan betui. (padan muka)
Akibatnya, hmmmm~
Tanggung laa. 
2 jam memerah otak yang dah kering dengan jawapan.

First day,
Paper Law.
Paper yang killer bagi Mira sebab Mira tak suka baca fakta.
Tapi, disebabkan nii ilmu, tak suka pun kena belajaq suka laa.
Punya sakan fokus yang nii.
Seminggu tuu asyik menghadap Law jaa.
Hangout pun dengan Law jaa.
Madam Izzati punya penangan. terngiang-ngiang leteran berbaur nasihat beliau.
Malah, masa jawab tuu duk teringat jaa apa yang beliau pesan dalam kelas.
Secara jujur, Mira suka beliau mengajar subjek tuu.
Hopefully bolehlah nak lulus.
Memang tak letak harapan tinggi sebab sekadar yang Mira tau saja jawab pun.
Carry mark pun membantu jugak laa walaupun carry mark tak sampai markah lulus pun.
Lepas habis jawab rasa lega sebab dah terlepas satu beban.
Rasa macam Lawyer letak jawatan pun hado~

Second day,
Hari kedua pulak jawab paper akaun.
Jadi accountant seketika.
Oh yeah!
Nak kata killer pun tak tak killer pun tak.
Sedang-sedang laa.
Overall memang boleh jawab dengan jayanya.
Mana nak sangka, kebetulan soalan pulak memang lebih kurang jaa dengan past year.
Yang tak boleh blahnya, ada yang sama dengan latihan yang Mira duk buat masa self-study.
pfffttt~
Boleh jawab? Hmmm. Entahlahh.
Yang nii harapan sampai A jaa. Tak sampai A+ pun.

Last day,
Ini paling sadis~
Records Management.
Ku fikirkan paper nii mudah.
Jadi ku ambil mudah.
akhirnya!! Padan muka.
2 jam dalam dewan serupa duk nganga macam tak pernah belajar subjek tuu.
Pengajaran untuk semester depan~ 
Jangan pernah ambil mudah walaupun subjek tuu sesimple alam.
Hmmmm~
Bukan nak kata.
Objektif tuu boleh laa nak hentam baling dadu.
*tapi x da laa Mira buat. Mira pikir betui2 sebelum jawab.
Masuk subjektif jaa. Alahaii~
Sedikit penyesalan mengenangkan soalan yang naik mirip dengan past sem question. Hesyyyy~ Rasa cam nak ketuk kepala yang boleh melupakan benda tuu.
Bukan x baca~ Baca jaa.
Tapi, mungkin rezeki tak dak kut nak ingat semua benda2 tuu. 
Jadi, 2 jam yang amat sadis berakhir dengan satu soalan subjektif tiada jawapan.
Bukan apa~ Dah tak tau nak goreng apa dah.
Semua benda tak kena.
So, untuk mudahkan lecturer yang marking, tinggal je kosong.
Takde susah hati dia nak mark. Keh3.

Btw, sampai sini dulu kut pertemuan kita.
*Next week nak vacay sampai lebam. Tanpa sebarang electronic device. Hopefully, menjadi~ lalalala
Tata ^^

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Wednesday, 8 October 2014

Budak Merajuk

hai hai hai!
<lambai tangan>
Salam Aidil Adha.
haaa. Sapa buat korban nii? Angkat jari!
Oraite. Hahaha.
Hari raya pertama yang lepas my abeoji buat korban.
Untuk adik Mira yang lelaki tuu laa.
Bila dapat daging korban tuu terus perasing yang mana nak sedekah yang mana nak makan.
Sebab yang kita boleh makan 1/3 bahagian dari bahagian korban tersebut. Kalau tak salah laa. sila rujuk balik, and kalau salah tolong bertulkan. =)
Lepas bahagi2 semua tinggallah daging bahagian kami semua nii.
Jadi, bawak balik kampung kat Kubor Panjang.
*okay sapa tau kat mana? 10 markah.
Nak buat kat rumah takda air.
Lagipun memang ada plan nak buat kenduri adik beradik kat kampung pun.
So, angkut semua pergi proses and bersiang kat kampung.
Masa duk kampung, punyalah ramai sanak saudara balik.
Tak sangka pulak. Ramai sungguh. Yang jauh-jauh pun pakat balik memenuhi rumah Tok Usu.
Lagipun rumah tok usu tuu memang tempat berkumpul paling strategik laa wa cakap luu.
Luas!
Jadi kenduri yang sepatutnya raya kedua dianjakkan ke raya pertama.
Dijadikan cerita, si Alauyah, mak sedara Mira paling muda nii pun balik jugak.
Asyik berkepit jaa dengan Mira.
Masa orang lain sibuk kat dapur, Mira kalut main dengan budak-budak kecik tuu.
Maklumlahh babysitter terlatih, Hehehe,
Pastu, dalam masa yang sama, ada orang baru dalam family besar kami.
Alia Aleesha.
Baby lagi. Mira takut nak jaga sebab kecik sangat. Dia tahu nangis all the time.
Takut sikit. Kekok pun hadoo. Tapi lelama tuu biasa la. keh3.
Mira ambik si Alia Aleesha tuu nak mengasuh.
Si Alauyah pun apa lagi.
Tayang muka cute dia laa. Comeyy jaa.
Masa Mira duk layankan si kecik tuu, Alauyah sikit pun tak bercakap dengan Mira.
Jealous laa tuu.
Last-last mak Aleesha mai balik sebab nak bagi Aleesha tidur.
Mira pun kembalilah melayan keletah Alauyah.
Surprisingly dia cakap, "P la main dengan tuu."
'Dia maksudkan Aleesha'
Dalam hati, Mira fikir. 'Oh, dah pandai jealous Alauyah nii.'
Puas gila Mira pujuk dia, sampai last sekali baru dia okay.
Siap tak mau balik lagi lepas makan tu.
Letih betul layan keletah budak kecik nii.
Nak nak pulak yang baru nak membesar.
Kena tapis betui2 dos and donts.
Btw, Alauyah dah pandai selfie.
Mengalahkan Mira kut dia selfie.
Comey betui.

Okayy, jum hakak lanje satu gambaq Alauyah.
Tapi nii mira tangkap masa besday dia hari tuu.

Tadaa!


*Taken by using ASUS ZenFone Camera mood Normal.

Hoyeahh! Muahh.
Okay~ Sampai sini dulu ea. Nanti Mira tulis lagikk~
Tata ^^

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Sunday, 5 October 2014

Selamat Hari Raya Aidil Adha!

First of all, 
Mira nak mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam tak kira di mana sahaja anda berada.
Selamat menjalani ibadah korban.
Ketika ini, Mira agak sibuk.
Mana nak urus hal rumah. (tolong parents apa yang patut)
Mana nak study.
Mana nak siapkan order.
Banyakkan.
Uwaaa!! Final dah nak dekat.
Hari nii Mira ber'korban' masa untuk 3 papers yang ada final tersebut.
Harap-harapnya membuahkan hasil.
In sya Allah.
Amiin.
Semoga bertemu lagi.
aumm auummm.
Tata^^
Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Wednesday, 24 September 2014

Oh! Jadual Exam. (---_____---)


Hari nii kelas Mira pukul 2 petang.
Sepatutnya ada kelas Note Taking pagi nii. Tapi disebabkan lecturer cakap dah habis syllabus terus beliau tak nak buat kelas.
Suka~ Sebab ada laa boleh curi-curi masa nak study untuk final.
Macam yang Mira cakap, semester nii ada 3 papers untuk final.
Dengar macam mudah, simple.
Tapi yang sesungguhnya, 3 papers tuu pun rasa berat gilosss.
Agak-agak camna bebudak yang ada 7-8 papers tuu?
Urgghhh. Tak sanggup.
~uwaaaaa~ nangis sesaat.

Okay, beberapa minggu yang lalu, draf jadual peperiksaan akhir politeknik Malaysia telah di'release'kan.
Mira berasa sedikit aman melihat draf tersebut.
Sebabnya paper Records jatuh pada hari 24 Oktober.
Next ada gap plus minus seminggu jugak laa before paper Business Law and kurang 24 jam untuk paper Business Account.

Fuhh! Legalah hati sebab ada masa untuk fokus.

Namun begitu!
Beberapa hari yang lalu, jadual sebenar telah dikeluarkan.
Guess what?
3 papers tuu berturut-turut!


Sadis betul bila tengok jadual exam nii.
Rasa macam~ Alahaiii~ 
ummmm.


Rasanya emoticon nii boleh kut menggambarkan 'shock face' Mira bila tengok jadual tersebut.
Omo~
Hahaha.
Okay, nak bersiap ke kelas Akaun nii.
Petang nii encik nak buat test.
Redha je laa.
Mira dah tak tahu nak study hape.

So, see yaa!
Doakan Mira ya awak2 semua~
Tata ^^

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Thursday, 18 September 2014

This Is Me


Helo!! Lama dop ketemu ye dok?
Hoorayy! Final dah dekat.
So, Mira saja nak update short entry malam nii.
Ngada-ngada jaa.

Rindu laa anda semua.
Alahhaiii~
Sibuk kan life as a student.
Mira dah nak final tau.
First paper 24 haribulan kalau tak salah.
Ayyooo! Manyak takuitt maa.
Ada sapa-sapa nak ganti tolong jawab exam?

Okay, semester nii ada 3 papers untuk final.
All killer paper!
Records Management. Tak baca memang tak boleh jawab. Even nak merapu sekalipun kena jugak baca.
Business Law. Kalau tak menghafal kes memang K.O cerita dia. Alahhaiii~
Lastly!
Business Accounting. Yang mana kena buat akaun bagi balance cepat-cepat. Subjek mengira wa cakap luu. Alahaaii~ Ingat keluar form 5 dah takda subjek kira mengira nii haa. Ada jugok~ 

So, korang semua WAJIB! Doakan Mira supaya boleh jawab exam dengan tenang dan lapang dada.
Paling penting nak skor AKJ lagi semester nii! 
Hopefully.
I hope! I hope! I hope!

Okay, ciao!
Nak tidoq dulu noo.
Tata^^

Oh! Before that. Akak lanje satu gambaq naa.
Hihi~
Menjeling menjeling ku ditendang~ #Ehhhhh
Tata^^ guys!
<Lambai tangan>


Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Wednesday, 28 May 2014

Nak Benda Ni. Boleh?

Olla my readers and friends!!
Kabare? Haaa. Jowo sikit nii.
Isnin minggu lepas Mira dah meluangkan masa berjalan-jalan dan berlegar-legar sekitar ruang legar UTC Kedah.
Niat asal cuma nak pergi cari buku masakan dan jahitan kat Pustaka Union City Plaza.
Oh ya! Before tuu Mira melawat ke SMKDSO dulu.
Tanya khabar cikgu-cikgu yang dirindui.
Berbalik kepada title malam nii.
Nak Benda Ni. Boleh?
Benda apa laa Mira nak nii kan?
Mira nak nii.


Haa. Yang nii laa.
Masa tengah tunggu Aliaa beli casing baru untuk Quatro nya Mira usha hand phone.
Mira usha sebab nak survey and seriously nak beli.
Memang sayangkan Samsung nii.


Tapi, 
Smart phone nii selalunya bila dah lebih dari jangka hayat warranty dy, mula laa nak macam-macam.
Eh! Gila tak sayang. Mira guna duit gaji sendiri tau beli benda nii.
Sayang sangat-sangat.
Memula tuu ingat nak tanya uncle tuu pasal harga Xperia C macam yang classmate Mira guna tuu.


Uncle tuu cerita habis pasal specs hand phone tersebut.
Dy tolong buat perbandingan specs dan harga antara Lenovo dengan Xperia.


At the end dia kata, "You kalau you nak cari smartphone dengan camera yang MP tinggi I suggest you ambik yang ni laa."
Dy keluar kan hand phone Ninetology tersebut pastu dy buka plastik nak tunjuk betapa cameranya santekk!
Mira pun terus laa jatuh hati.
Kalau korang nak tengok specs hand phone nii boleh ke GSM Arena.
Mira pasal dah alang-alang ada kat situ so, terus tanya je laa.
Di samping memang cadang nak survey harga sekalian.

Mira tanya uncle tuu harga phone tu. Sebab macam memang dah berkenan pun.
Harga asal dy 1000++.
Tapi sekarang ni tengah promotion. Jadi harga dy tinggal dalam range 600 - 700 je.
Giler!
Sapa nak bagi kau hand phone specs RM1000 dengan harga RM700?
Awesome!
Mira teringin warna putih.
Tapi warna putih tuu dalam range 800 - 900.
Sebab dy ada tambahan function. Hehe.
Model u9z1+ haa.

So, Mira terfikir-fikir nak beli ke tak.
Sebab selalunya benda yang Mira nak beli mesti akan ada kawan Mira yang pakai dulu.
Nanti diorang mesti kata "Eh! Ko tiru aku kenapa?"
Itu yang Mira macam sangsi je nak beli tuu.
Tahan je laa pakai Samseng nii haa.
After this kalau nak beli pun nak usha Ninetology jugak laa.
Buatan Malaysia~
Actually jenama tuu tak penting.
Yang penting dy tahan. Itu je.

Korang mesti hairan kenapa Mira takde nak wish for I-Phone yang santekk tuu kan?
Okayy. Dulu memang ada pasang niat nak pakai I-Phone.
Tapi, bila pikir balik, rugilaa!
Lagipun Mira memang tak berapa nak mampu sangat dengan barangan keluaran Apple Inc. nii.


Student lagi kan?
Pastu masa trend orang pakat guna Blackberry, pun ad pasang angan-angan.


Nak mintak abah belikan?
Memang tak dapatlah.
Memang kena usaha sendiri untuk dapatkan benda yang Mira nak.
Selalunya abah support dari segi duit minyak kereta dan duit shopping buku and barang-barang kelengkapan diri.
Gadjet semua tuu sponsor sendiri.
Duit tuu bukan senang nak cari.
Haa~ Kan Mira dah merapu lebih dari tajuk.
So, korang! Doa-doakanlah Mira ada bajet nak beli phone baru.

Kalau bukan macam yang Mira impikan pun tak pa laa.
Hopeful! Please!
Tata ^^

Love ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Thursday, 22 May 2014

GIVEAWAY: I LOVE PERFUME


One more GA for tonight!
Jom! KLIK! kat banner kalau nak join.


KENAPA AWAK SUKA PERFUME?

1. First of all, saya memang suka minyak wangi. Saya suka kumpul minyak wangi selain dari suka pakai. Saya ada banyak koleksi minyak wangi. Setiap minyak wangi tuu ada moment dia yang tersendiri. Dan setiap minyak wangi ada masa dan ketikanya saya nak guna. Contohnya, minyak wangi untuk ke kelas, minyak wangi untuk bersukan, dan sebagainya. 

2. Bagi saya setiap minyak wangi tuu ada auranya yang tersendiri. Kalau macam saya ada presentation, saya akan kenakan minyak wangi yang boleh beri keyakinan diri kepada saya untuk berhadapan dengan orang ramai. Lagipun saya study dalam bidang Kesetiausahaan. 

3. Last sekali saya suka perfume sebab bentuk botol perfume nii pelbagai. Cantik. Boleh buat koleksi. Selain dari bau dia yang wangi. Kalau saya jumpa perfume dengan botol yang unik plus harga dy pun murah dan mampu milik saya akan usahakan sampai dapat. =) 

**************
Okey korang. 
GA nii tamat pada
25 MEI 2014 : 11.59.00 p.m.
*bestnya kalau dapat perfume nii~

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

GIVE AWAY CONTEST: WIDE HALFMOON SHAWL MARJAN FOR FREE !


Hai!
Tak mau cakap banyak dah.
Jom join Give Away nii.
Awesome baq hang.
Kalau naseb baik boleh menang haa.
Dapat shawl boleh pakai raya nanti~
Yang laki pun boleh join.
Jadi.....

KLIK! banner bawah nii untuk join this awesome GA.


Satu Malaysia boleh join!
Tarikh tamat GA nii:

28 MEI 2014!

Hari nii baru 22 Mei.
So, anda ada masa lagi nak join.

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Tuesday, 20 May 2014

Pertandingan Sempena Hari Pengguna Malaysia 2014


dan salam sejahtera.
Hai alls~~ Kekeke.
Rindu Mira tak?
Tak rindu? Alaaaa~
"Rindu rindukanlah diriku
Sepanjang hari-harimu"
Eh! ternyanyi lagu Encik Mimpi pulak~
Alahaii.
maaf yaa~

Okay. Since dah lama Mira tak berupdate, malam nii Mira nak update something kat LLM nii.
Apa dia?
Mehh! Check it out gambaq yang Mira printscreen nii.


Boleh klik! klik! kat gambar nii.
Mira sebenarnya dah dua tahun tak join pertandingan Hari Pengguna nii.
Sebab Mira terlupa dan tak sempat.

Kalau anda semua nak tahu setiap tahun Hari Pengguna Malaysia(HPM) akan mengadakan pertandingan untuk celebrate HPM nii.
Dalam banyak-banyak pertandingan esei yang Mira masuk, pertandingan anjuran FOMCA nii antara pertandingan paling best yang Mira pernah join.
Bukan setakat hadiahnya lumayan tapi Mira boleh menambah ilmu pengetahuan Mira sekali.
Ya lah, tajuk-tajuk yang diberikan selalu up-to-date dan berkenaan isu semasa yang ada kaitan dengan kehidupan seharian kita.

Anda semua merupakan PENGGUNA.
Ini Fakta!
Seriously, betul kan?
Jangan nak tipulah anda bukannya seorang pengguna.
Orang sediakan pengangkutan awam, anda guna. Kan?
Kalau tak pun, orang sediakan 'public phone'. anda guna? Walaupun sekarang nii memang laa teknologi canggih dengan gadjet2 bagai. Tapi kalau kecemasan, mostly mesti nak cari public phone kan?
Oh ya! Sumber air, tenaga, line internet, line telefon.
Mesti korang guna kan?
So, terbuktilah anda seorang pengguna.
(Yang nii Mira sebut random je. Kalau anda tak guna tak pe lah)

Oraite!
Ada tak yang berminat nak join Pertandingan HPM nii?
Kalau ada klik je kat gambar atas tuu.
Kalau tak nak join pun tak pe. Bukan paksaan laa.

Okayy.
Before apa-apa Mira nak out dulu nii.
Nak rehatkan otak.
Main Candy Crush jap!
Siang tadi letih jalan-jalan and lepakKing area Pokok Sena nii haa. 


#Throwback!!
*Nii pic masa Mira menang 1st place dalam pertandingan Esei kategori Menengah Atas HPM 2010.
Masa nii baru form 4. Ekekeke. Alhamdulillah. Rezeki.
#PhotoSource: Facebook saye. Hehe.

Tata ^^


Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Monday, 19 May 2014

Segmen Geng Blogwalkers by Nurfaezah Abdullah


Okayy~
Rajin sikit nii.
Jalan-jalan tadi terjumpa satu segmen.
Bunyinya menarik.
lagipun segmen nii datang jauh dari Brunei.
Hai FAE~ Selamat berkenalan. (lambai tangan)
Salam dari Kedah, Malaysia~


Klik banner kalau nak JOIN.

Mira nak jawab soalan Fae bagi untuk segmen nii.

Soalan:
Translate kan ayat bahasa Melayu Brunei ini ke Bahasa Malaysia.
"Inda ku merati kurapak Brunei"

Jawapan:
"Aku tidak pandai/reti cakap Brunei"

Hehehe. Betul tak Fae?
Mira tanyakan encik Google je tadi. Hehe.
So, jom laa sama-sama kita meriahkan segmen Fae nii!! Klik gambar kat atas ea.
Tata ^^

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Saturday, 17 May 2014

Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

Join jom segmen Kak Emas Putih nii.
As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 


Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^