Friday, 29 November 2013

Kalau Nak Nikah Gantung Okay ke Tak?


Dan salam sejahtera.


Okayy~ Mohon jangan terkejut.
Gambar sekadar hiasan.

Cuti-cuti sekolah ni ada banyak sangat-sangat kenduri.
Kenduri kesyukuran, doa selamat, Kenduri masuk rumah baru, Kenduri saja-saja. Kenduri arwah pun ada. Tapi paling banyak time cuti-cuti macam ni of course lerr KENDURI KAWEN.

Selamat pengantin baru~
Selamat berkekalan.
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.
Lalalala~

Dah dah. Pitching dah cabut lari dah ni.
Dalam banyak-banyak kenduri ada dua kenduri kawan Mira punya.
Jadi dalam kesibukan dan kemalasan Mira ni digagahkan jugak diri ni menghadiri majlis mereka.
Alhamdulillah.
Semuanya berjalan lancar.

Masa di kenduri tu seorang dari kawan Mira ni bertanya satu soalan.
"Mira, agak-agak kalau aku nak nikah gantung okay ke tak?"

Jawapan Mira.
"Ask your parents la. Tapi kalau bagi aku. Ok kot. Huhu."

Balik dari rumah pengantin tuu Mira terus google untuk mengetahui pasal nikah gantung ni.
Rupa-rupanya ada ustaz pernah cakapkan mengenai hal ini dulu.
Nampaknya mira yang tidak mengambil kisah.

Bagi yang tak berapa tahu macam Mira ni.
Nikah gantung dalam bahasa Arab dipanggil Nikah Khitbah.
Nikah Khitbah ni sama seperti pernikahan biasa kita tengok.
Cumanya selepas akad nikah pasangan berkenaan tidak boleh tinggal sebumbung.
Si suami pulak TAK wajib bagi nafkah zahir mahupun batin.
Senangnya si isteri masih di bawah tanggungan ayahnya sehinggalah keluarga sebelah isteri itu menghantar si isteri tersebut ke rumah keluarga lelaki itu.

Ada keistimewaankah?
Haruslah ada.
Pasangan yang bernikah gantung ini boleh keluar bersama-sama, berpegangan tangan, berpelukan, dan sebagainya sebab mereka ini suami isteri. Sekiranya si isteri itu mengandung sekalipun, anak itu adalah anak yang sah.

Nikah gantung ni tak perlu disembunyikan.
Hebohkan saja penikahan kita supaya tidak timbul isu fitnah.
Yelah, lagipun sekarang ni masyarakat ni berjenis-jenis.
Ada yang baik ada yang kurang baik.
Ada jugak yang kaki fitnah.
So, sebelum anda difitnah oleh si kaki fitnah ni baiklah anda umumkan tentang pernikahan anda itu.

Okay, setakat ni saja perkongsian Mira dengan kalian tengah hari ni.
Back to work.
Daa! 
Tata ^^

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: