Saturday, 2 November 2013

Jom Merenung Seketika


Cerita ini sekadar renungan dan juga peringatan kepada sekalian insan termasuklah diri Mira yang mudah leka dan alpa ini.
Sumber cerita neh Mira dapat dari perkongsian seorang sahabat Mira di akaun Facebook.
Meh kita baca dan sama-sama renung-renungkan. 

*************

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya . Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya . "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati . Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberiann-Nya tanpa ucapan syukur. Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

*************
Okay, Mira harap perkongsian Mira malam neh membawa 1001 manfaat kepada kita semua.
Betullah seperti cerita di atas.
Bila kita nampak duit turun dari atas, kita akan terus ambil pastu tengok kiri kanan terus masuk poket bila tak ada orang.
Tapi, I know that bukan semua orang akan buat macam tu.
Ada jugak yang bila kala dia nampak that coins jatuh dari atas terus dia dongak ke atas lalu mencari dari mana datangnya rezeki itu.
Kalau jenis yang macam tu memang laa bagus. 
Setiap kali diberikan rezeki sentiasa mengucapkan syukur kepada-Nya tanpa putus.
Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat-Nya.
In sha Allah.

p/s : Mira pun sedang dalam usaha memperbaiki diri sendiri~ 


Love ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: