Friday, 29 November 2013

Kalau Nak Nikah Gantung Okay ke Tak?


Dan salam sejahtera.


Okayy~ Mohon jangan terkejut.
Gambar sekadar hiasan.

Cuti-cuti sekolah ni ada banyak sangat-sangat kenduri.
Kenduri kesyukuran, doa selamat, Kenduri masuk rumah baru, Kenduri saja-saja. Kenduri arwah pun ada. Tapi paling banyak time cuti-cuti macam ni of course lerr KENDURI KAWEN.

Selamat pengantin baru~
Selamat berkekalan.
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.
Lalalala~

Dah dah. Pitching dah cabut lari dah ni.
Dalam banyak-banyak kenduri ada dua kenduri kawan Mira punya.
Jadi dalam kesibukan dan kemalasan Mira ni digagahkan jugak diri ni menghadiri majlis mereka.
Alhamdulillah.
Semuanya berjalan lancar.

Masa di kenduri tu seorang dari kawan Mira ni bertanya satu soalan.
"Mira, agak-agak kalau aku nak nikah gantung okay ke tak?"

Jawapan Mira.
"Ask your parents la. Tapi kalau bagi aku. Ok kot. Huhu."

Balik dari rumah pengantin tuu Mira terus google untuk mengetahui pasal nikah gantung ni.
Rupa-rupanya ada ustaz pernah cakapkan mengenai hal ini dulu.
Nampaknya mira yang tidak mengambil kisah.

Bagi yang tak berapa tahu macam Mira ni.
Nikah gantung dalam bahasa Arab dipanggil Nikah Khitbah.
Nikah Khitbah ni sama seperti pernikahan biasa kita tengok.
Cumanya selepas akad nikah pasangan berkenaan tidak boleh tinggal sebumbung.
Si suami pulak TAK wajib bagi nafkah zahir mahupun batin.
Senangnya si isteri masih di bawah tanggungan ayahnya sehinggalah keluarga sebelah isteri itu menghantar si isteri tersebut ke rumah keluarga lelaki itu.

Ada keistimewaankah?
Haruslah ada.
Pasangan yang bernikah gantung ini boleh keluar bersama-sama, berpegangan tangan, berpelukan, dan sebagainya sebab mereka ini suami isteri. Sekiranya si isteri itu mengandung sekalipun, anak itu adalah anak yang sah.

Nikah gantung ni tak perlu disembunyikan.
Hebohkan saja penikahan kita supaya tidak timbul isu fitnah.
Yelah, lagipun sekarang ni masyarakat ni berjenis-jenis.
Ada yang baik ada yang kurang baik.
Ada jugak yang kaki fitnah.
So, sebelum anda difitnah oleh si kaki fitnah ni baiklah anda umumkan tentang pernikahan anda itu.

Okay, setakat ni saja perkongsian Mira dengan kalian tengah hari ni.
Back to work.
Daa! 
Tata ^^

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Saturday, 23 November 2013

Sekilas Fakta Anak Pertama



Salam sejahtera penuh kehormatan.
Hari ini Mira nak share tentang beberapa Fakta Anak Pertama ataupun Anak Sulung.
Fakta ini Mira ambil sumber dari Facebook.
So, wahai anak-anak pertama adakah fakta ini terkena kepada anda?
Jom baca!

FAKTA ANAK PERTAMA
  1. ANAK MANJA EMAK dalam apa jua hal pun , anak pertama memang akan diutamakan oleh Ibu Ummi , Mama , Emak , Mak , Mummy .  
  2. DEGIL anak pertama dikatakan lebih degil , keras kepala dan tidak mendengar kata . Dah dimanjakan Ibu tak dengar kata lahh pulakk. Semua dia je yang betul . Dalam ramai2 adik beradik dialah yang paling degil . Kemahuan dia kuat , kalau buat sesuatu bersungguh-sungguh . Kalau tak nak tu , maka taknak lahh jawapannya . Boleh dipujuk , tapi selalunya tak jalan .
  3. TAK PANDAI PUJUK memang anak pertama ni dia tak pandai pujuk makwe / pakwe dia. Kawan dia pun belum tentu dia pandai pujuk.
  4. BERCINTA. Kalau bercinta , anak pertama adalah seorang yang sangat setia dan sanggup berkorban dalam apa jua hal . 
  5. HITAM PUTIH apa yang dikatakannya semuanya akan dipegang . Kalau hitam , hitam lah . Kalau putih , putih lah . Degil tak boleh toleransi . 
  6. HATI anak pertama ni nampak je keras ,tapi hati dia lembut . Dan tak boleh ditegur . 
  7. BERDIKARI very independent . Kadang2 sampai terOver independent . Mudah bergaul . 
  8. ARAHAN anak pertama ni dia tak suka terima arahan . Dia lebih suka buat kerja atau apa2 yang dia sendiri nak buat .P endek kata tak boleh kerja dengan orang lahh . 
  9. PEMAAF DAN CARING tak dinafikan anak pertama ni pun seorang yang pemaaf dan caring . Tapi AWAS .Jangan buat dia marah , kalau tak nanti , paham2 jelaaa yaa.
  10. PAKAIAN nak semua up to date . Nak kemas. Amat mementingkan keterampilan diri.
  11. CEMBURU anak pertama memiliki sifat cemburu yang tinggi ! Dengan kawan , teman istimewa , mahupun dengan adik beradik sendiri.
Hurmm.
Macam mana?
Ada yang terkena atau dikenakan?
Haha.
Tepuk dada tanya diri.
Buka mata buka hati kenali diri. :)

How about me?
Meh tengok SINI!

Tata^^

Luv ya . .
Mira


Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Friday, 22 November 2013

Main-main Photoshop

Salam sejahtera.
Hai hai hai.
I would like to share something today.
Wahh!
Sejak-sejak menceburkan diri dengan photoshop neh Mira dah belajar banyak benda.
Antaranya cara nak edit gambar, cara nak lukis doodle dan warnakannya, cara nak buat vector.
And the latest one Mira baru habis belajar buat poster.
Mana belajar semua neh?
Haaa. Kalau nak belajar photoshop neh kena rajin sikit.
Rajin belajar cepatlah pandai.
Ilmu apa-apa pun kalau nak pandai kuncinya RAJIN.
Mira banyak google kat internet tutorial photoshop neh.
Thanks a lot kepada penyumbang entry2 berkaitan photoshop.
Lepas tu Mira banyak discover and cuba-cuba sendiri.
Memang awal-awal tu rasa macam susah giler.
Tapi bila dah banyak kali buat rasa macam eleyyhh senang je tuu.
Cuti neh banyak pulak kenduri kahwin.
Mira neh entah bila pulak nak kahwinnya.
Sibuk study saja.
Sampaikan nak cari pakwe tak sempat.
Kahkahkah.
Huiii. Dah2. Merapu saja.
Beberapa hari yang lalu si Marwan mintak tolong lukis poster untuk dia.
Poster untuk pertandingan Dota.
Dia pun macam tahu-tahu ja yang Mira baru belajar lukis poster.
Siang tu Mira aplikasikan sajalah ilmu yang da dibelajar tu.
Neh versi yang pertama sebelum diedit.

Yang neh Mira main tarik conteng-conteng saja.




Yang first neh background dy lawa sikit. Tapi tulisan tak brapa nak elok.
Wakakaka.
Lepas Mira dah hantar kat Marwan, dia submit kat lecturer dia.
Esoknya si Marwan inbox Mira cakap lecturer tu berkenan dengan this poster.
Cuma nak kena adjust beberapa benda.
So hasil editing tuu terhasillah yang neh.

Yang kali neh punya yang second version.
Updated!

Tadaa! Neh hasilnya.




Yang neh background dy cam caca marba sikit.
Memang caca marba pun.
Sebabnya background asal tu Mira tak save.
agak-agak okay tak?
Anyway I am newbie in photoshop.
Lalala.

Okay. Sampai sini dulu.
Tata ^^
Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Result Semester 3 Dah Keluar.

Hey guys.
Maaf laa. Lama tak berupdate kan?
Result exam Mira dah keluar tau.
Alhamdulillah.
Masih tersenarai dalam Anugerah Ketua Jabatan (AKJ).
Walaupun result kali drop teruk tapi Mira tak akan berputus asa.
Praktikal neh Mira akan buat yang terbaek.
Kalau buat elok-elok, result praktikal pun elok-elok.
Okay guys. Mira tak boleh nak berceloteh panjang sebab Mira sakit tangan.
Nak tahu cerita kenapa sakit.
Jom singgah ke entry neh. KLIK! KLIK! KLIK!
Okayy. Now Mira nak menempek result Mira.
Jangan gelak pulak.
Neh hasil dari effort Mira.
What did you give you get back.
Mira banyak main. Dan inilah kesudahannya.
(KLIK gambar untuk view yang besaq sikit huh.)
Result semester 1.


Macam lawa kan? Lalala.
Perasan sikit. 

Result semester 2.
Semester dah banyak merapu neh.
Jugak banyak main.


Look! Turun sikit kan?
Ok la tuu.
Tak terkejut sangat.
Meh tengok yang neh.

Result semester 3.
Semester yang banyak mengadap GAMES dari BUKU.
Dan semester yang paling banyak keluar melagha.
Tutup mata. Surprise. Tadaa!


Jyeahhh!
Amacam? Ada kejutan BUDAYA tak kat situ?
Kalau tak ade kejutan BUDAYA kejutan 'BUAYA' pun boleyy.
Kekeke.
Lawa kan result Mira tu.

Okayy. I hope orang yang cakap I tak rock sebab tak share result tuu mohon tarik balik kata-kata anda.
Sebab Mira dah share pun.
Sat lagi ada pulak orang yang mengata kat Mira.
Eleyyhh~ Result ntah hape2. Poyo je lebeyhh~
Fine. Mira tak kesah.
Jeles laa tuu tak boleh update kat entry belog sebab tak ada blog.
Lalalala.
Okayy laa. 
Sampai sini dulu.

Ada jodoh kita jumpa lagi di hari dan waktu yang sama.
"Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi berdiri di atas bakat sendiri."
Ekekekeke.
Bajet macam pengacara melodi sikit.
Tata. ^^

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Friday, 15 November 2013

Latihan Industri Student Poli Macam Saya!


dan salam sejahtera. 
Rindunya kat LLM neh. Muah sikit~ lalalala.
Hey yaa! 
Can't wait for the date laa.
Bila?

2 DISEMBER 2013

Kenapa ya? 
Sebab tu tarikh Mira mula melapor diri kat firma tempat Mira praktikal.
Kat mana?
Kat mana lagi haruslah kt tempat yang Mira apply hari tu.
Pejabat MARA Negeri Kedah.
Tapi, ditempatkan di Pejabat MARA Dareah Kuala Nerang.
Agak dekatlaa dengan rumah.
And paling penting tak payah susah payah nak redah jamm pagi-pagi kat Alor Setar sana.

FYI. Bagi yang tak tahu.
Student politeknik memang akan ada praktikal ataupun Latihan Industri.
Selalunya semester 4 laa.
Masa semester 3 tu konfirm sibuk nak usha tempat praktikal bagai.
Nak isi borang tu borang ni.
Agak renyah. Tapi kenyataannya itulah benda yang kita nak kena buat bila kita melangkah ke alam pekerjaan nanti.
Pada Mira, seriesly memang praktikal neh agak membantu.
Sebab dari situ kita nak dapat pengalaman buat resume, buat application letter, buat surat pembatalan dsb.
Pengalaman praktikal selama satu semester atau lebih tepat bersamaan dengan 5 bulan tu boleh dijadikan pengalaman bekerja. 
Almaklumlah, industri apa-apa pun sekarang neh amat-amat mengutamakan graduan2 yang berkemahiran dan berpengalaman untuk memulakan kerja.

So jangan pandang rendah dengan KAMI.
KAMI student POLI. KAMI bersemangat tinggi~


p/s : Blogger kisah emas putih pun student poli tau~ 

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Saturday, 2 November 2013

Jom Merenung Seketika


Cerita ini sekadar renungan dan juga peringatan kepada sekalian insan termasuklah diri Mira yang mudah leka dan alpa ini.
Sumber cerita neh Mira dapat dari perkongsian seorang sahabat Mira di akaun Facebook.
Meh kita baca dan sama-sama renung-renungkan. 

*************

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya . Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya . "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati . Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberiann-Nya tanpa ucapan syukur. Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

*************
Okay, Mira harap perkongsian Mira malam neh membawa 1001 manfaat kepada kita semua.
Betullah seperti cerita di atas.
Bila kita nampak duit turun dari atas, kita akan terus ambil pastu tengok kiri kanan terus masuk poket bila tak ada orang.
Tapi, I know that bukan semua orang akan buat macam tu.
Ada jugak yang bila kala dia nampak that coins jatuh dari atas terus dia dongak ke atas lalu mencari dari mana datangnya rezeki itu.
Kalau jenis yang macam tu memang laa bagus. 
Setiap kali diberikan rezeki sentiasa mengucapkan syukur kepada-Nya tanpa putus.
Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat-Nya.
In sha Allah.

p/s : Mira pun sedang dalam usaha memperbaiki diri sendiri~ 


Love ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^