Wednesday, 18 September 2013

Jawapan Teka-Teki Si Einstein

Hai semua. Sori baru boleh update.
Sejak dua menjak neh busy sikit ehh. 
Haha. 
Okay hari neh Mira nak share jawapan untuk teka-teki yang Einstein buat dulu. 
Ingat tak? 
Kalau tak ingat bukak ENTRY NEH!!
Okay. Dah cuba jawab? 
Macam mana dapat tak jawapannya?
Haa. masa mula2 cuba jawab teka-teki neh pun caca marba otak Mira. 
Okay jum kita reveal dia punya teka-teki.
Punya panjang dia bagi teka-teki and hint lastly soalan dia 
"Siapa yang memelihara IKAN?"
kalau ikutkan logik akal.
Dah terang-terang laa jawapan dia ORANG JERMAN.
Kalau sapa yang tak tau pasal Albert Einstein neh, beliau ialah salah seorang ahli fizik termuka dunia yang berasal dari negara Jerman.
Haa. einstein sangat setia dengan negaranya dan mempunyai nila patriotisme yang tinggi dalam dirinya terhadap Jerman.
Beliau sangat berbangga kerana berbangsa Jerman.
Tapi, untuk mendapatkan kepastian tentang jawapan logik akal tu, Mira dah cuba buat ala-ala jalan kira matematik jugak. 
Bersama-sama sumber yang didapati dan disedut daripada Encik Google.
**************
Mula-mula ambil sekeping kertas dan sebatang pen/pensel.
Lukis 5 petak mewakili 5 buah rumah.
Buat numbering kat petak2 tersebut so, that kita x kan terkeliru.
Dalam banyak-banyak point yang dia bagi tu, kita kena susun dulu yang mana yang boleh dikelas dulu.
Kalau ikut Mira, Mira letak point no. 9 dulu.
Point 9 
Orang Norway tinggal di rumah yang paling pertama.
So, dekat kertas yang korang dah lukis petak tadi, korang tulis laa Rumah 1 tu orang Norway yang duduk. 
Next, point ke 7.
Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah sedang minum susu.
Tulis pula kat kertas tu rumah yang tengah2 means rumah ke-3 tu minum susu.
Point 13
Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway

Jadinya, rumah kedua tu laa yang berwarna Biru. Sebab orang Norway tinggal di rumah yang pertama.

Point 4, 5
Rumah hijau terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna putih.
Penghuni rumah hijau sedang minum kopi

Point 4 tu ckap rumah hijau terletak TEPAT means bersebelahan laa dengan rumah putih.
Pastu point 5 ckap penghuni rumah hijau minum kopi.
So, tak mungkin rumah ketiga sebab dia minum susu. 
Tak mungkin jugak rumah kedua. Sebab warnanya biru. 
Rumah 1 pulak bersebelahan dengan rumah kedua. 
Jadi yang paling tepat ialah 
RUMAH 4 berwarna HIJAU
RUMAH 5 berwarna PUTIH 

Next point 1
Orang Inggeris tinggal di rumah yang berwarna merah.

Tak mungkin Rumah 1 sebab rumah 1 tinggal orang kebangsaan Norway
Rumah 2 pulak, warna biru.
No. 4 and 5 masing-masing warna hijau and putih.
So, yang tinggal ialah rumah 3. Jadi, rumah 3 tuu laa Rumah Merah dan orang Inggeris.
Point 8
Penghuni rumah berwarna kuning merokok rokok Dunhill
Rumah 5,4,3,2 tak mungkin sebab masing-masing sudah ada warna sendiri. 
Jadi yang tinggal RUMAH 1.
Point 11
Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill

Macam yang kita dah tahu. Orang yang merokok rokok Dunhill ialah orang yang Norway yang tinggal di RUMAH 1.
sebelah rumah dia ialah Rumah 2 yang berwarna biru.
Jadi, RUMAH 2 yang membela kuda.

Point 12 
Orang yang merokok rokok Winfield sedang minum Bir.

Tak mungkin Rumah 1. Sebab dia rokok Dunhill
Tak mungkin jugak Rumah 3. sebab dia minum susu.
Rumah 4 pun tak mungkin sebab dia minum kopi. 
Kemungkinan di sini Rumah 2 / 5
So, K.I.V dulu.

Kumpulkan semua point yang ada mention pasal BANGSA.
Point 1, 2, 3, 9 &14

Orang Inggeris tinggal di rumah yang berwarna merah.
Orang Sweden memelihara anjing
Orang Denmark sedang minum teh
Orang Norway tinggal di rumah yang paling pertama
Orang Jerman merokok rokok Rothmans

Untuk reveal Point 12 tadi, korang kena determine point2 neh pulak.

Orang Inggeris rumahnya merah minumannya susu. RUMAH 3. so, tak mungkin.
Orang Sweden memelihara anjing. Tapi, tak tahu rumahnya yang mana.
Begitu juga dengan rumah orang Denmark yang minum teh.
Orang Norway pulak rumahnya Kuning, merokok dunhill. Pun tak mungkin.
Pastu dia ada cakap yang orang Denmark minum teh kan?
So, kita boleh assume orang yang minum bir and merokok winfield tu ialah berbangsa Swedia (Sweden)

Tengok pulak untuk klu no 2.
Orang Sweden memelihara anjing

Tak mungkin rumah 1 sebab berbangsa Norway.
Rumah 2 pun tak mungkin sebab dia membela Kuda.
Rumah 3 pula berbangsa Inggeris.
So, kemungkinan sekarang Rumah 4 and Rumah 5.

Check! 
Rokok Winfield , Minum bir, Kebangsaan Sweden and bela anjing.

Tak Mungkin!
Rumah 1 sebab orang norway and rokok dunhill
Rumah 2 sebab bela kuda
Rumah 3 sebab orang Inggeris, minum susu
Rumah 4 sebab minum kopi.
So, conclusion nya sekarang. RUMAH 5.
Now, isi cepat point2 neh under no. 5.
Tengok point seterusnya.
Point 3.
Orang Denmark sedang minum teh.

Sangat Tak Mungkin. 
Rumah 5. Sebab kita dah dapat semua detail pasal dia. 
Rumah 4. Sebab dia minum kopi. Kita nak cari orang yang minum teh. 
Rumah 3 pun. Dia minum susu.
Rumah 1 pun tak mungkin. Sebab dia berbangsa norway.

Jadi, yang tinggal RUMAH 2.

Next point. Point 14
Orang Jerman merokok rokok Rothmans

Semua rumah kita dah kebangsaan mereka kecuali rumah 4.
So, yang tinggal rumah 4 la jawapannya.

Point ke-6.
Orang yang merokok rokok PallMall memelihara burung.

Takkan Mungkin.
Rumah 1. sebab dia rokok Dunhill.
Rumah 2. Sebab dia bela kuda.
Rumah 4. sebab dia rokok Rothmans.
Rumah 5. sebab dia bela anjing and rokok winfield.

Jadi, jawapannya tentu2 dah Rumah 3.

Akhir sekali, gabungkan point ke-10 dan 15
Orang yang merokok rokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing
Orang yang merokok rokok Marlboro tinggal berjiran dengan orang yang minum air.

Kita akan dapat tahu yang. 
1.  Orang Denmark ialah perokok rokok Marlborro
2.  Orang Norway sebenarnya minum air dan memelihara kucing.

JADI.
Confirm anda dah dapat jawapannya.
Haruslahh yang bela IKAN tu orang JERMAN.

Cuba tengok schedule bawah nii.


p/s: mohon abaikan tulisan buruk tu. hihi.

So, dari jadual tu nampak sangat yang ORANG JERMAN laa satu-stunya yang masih takda haiwan peliharaan. Jadi, konklusi mudah kat sini. ORANG JERMAN yang memelihara IKAN.

Terbukti sebenarnya jawapan logik akal tu sebenarnya memang logik.
hehe. Amacam? susah kan? 


Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Monday, 16 September 2013

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^