Sunday, 25 August 2013

Teka-Teki Si Einstein


Halluuu~ Yeah!
Dah baca entry tadi?
Okay. Sekarang neh jum kita main teka-teki sikit. 
Petang-petang neh kan.
Sedikit fakta tentang orang yang memberikan teka-teki ini.



Haa. Kenal x orang dalam gambar neh?
Beliau ialah salah seorang ahli teori fizik yang berasal dari Jerman.
Dilahirkan pada 14 mac 1879 dan mati pada usia 76 tahun.
Beliau banyak mengutarakan teori-teori berkenaan dengan ilmu fizikal (FIZIK)
dan pernah merangkul beberapa anugerah antaranya ialah penganugerahan NOBEL PRIZE in PHYSICS pada 1921.


Neh gambar semasa tahun 1921. Tahun beliau mendapat Nobel prize tersebut. 
Beliau adalah ALBERT EINSTEIN.

Okay. Einstein ada memberikan satu teka-teki bersama HINT jawapan.
Untuk mengetahui jawapan soalan itu, kita hanya perlu menyusun semula HINT yang dah diberikan oleh Einstein.
Teka-teki beliau berbunyi begini.


Ada 5 buah rumah yang masing-masingnya mempunyai warna yang berbeza.
Setiap rumah dihuni oleh seorang lelaki dengan negara berbeza-beza.
Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
Merokok sejenis rokok tertentu dan memelihara seekor haiwan tertentu.
Tidak ada satu pun antara lima orang tersebut memiliki rumah yang sama warnanya, menyukai minuman yang sama, merokok jenis rokok yang sama dan membela haiwan yang sama.

Soalannya: Siapakah yang memelihara IKAN?

PETUNJUK : 
  1. Orang Inggeris tinggal di rumah yang berwarna merah.
  2. Orang Sweden memelihara anjing
  3. Orang Denmark sedang minum teh
  4. Rumah hijau terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna putih.
  5. Penghuni rumah hijau sedang minum kopi
  6. Orang yang merokok rokok PallMall memelihara burung
  7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah sedang minum susu.
  8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok rokok Dunhill
  9. Orang Norway tinggal di rumah yang paling pertama
  10. Orang yang merokok rokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing
  11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill
  12. Orang yang merokok rokok Winfield sedang minum Bir.
  13. Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway
  14. Orang Jerman merokok rokok Rothmans
  15. Orang yang merokok rokok Marlboro tinggal berjiran dengan orang yang minum air.

Albert Einstein telah meyusun teka-teki ini pada abad yang lalu.
Beliau menyatakan bahawa 98% penduduk dunia tidak mampu memecahkan teka-teki ini. Adakah anda termasuk dalam 2% tersebut?

Nak tahu jawapan? Tunggu nanti Mira update kan ea. 
Tata^^

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: