Sunday, 25 August 2013

Teka-Teki Si Einstein


Halluuu~ Yeah!
Dah baca entry tadi?
Okay. Sekarang neh jum kita main teka-teki sikit. 
Petang-petang neh kan.
Sedikit fakta tentang orang yang memberikan teka-teki ini.



Haa. Kenal x orang dalam gambar neh?
Beliau ialah salah seorang ahli teori fizik yang berasal dari Jerman.
Dilahirkan pada 14 mac 1879 dan mati pada usia 76 tahun.
Beliau banyak mengutarakan teori-teori berkenaan dengan ilmu fizikal (FIZIK)
dan pernah merangkul beberapa anugerah antaranya ialah penganugerahan NOBEL PRIZE in PHYSICS pada 1921.


Neh gambar semasa tahun 1921. Tahun beliau mendapat Nobel prize tersebut. 
Beliau adalah ALBERT EINSTEIN.

Okay. Einstein ada memberikan satu teka-teki bersama HINT jawapan.
Untuk mengetahui jawapan soalan itu, kita hanya perlu menyusun semula HINT yang dah diberikan oleh Einstein.
Teka-teki beliau berbunyi begini.


Ada 5 buah rumah yang masing-masingnya mempunyai warna yang berbeza.
Setiap rumah dihuni oleh seorang lelaki dengan negara berbeza-beza.
Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
Merokok sejenis rokok tertentu dan memelihara seekor haiwan tertentu.
Tidak ada satu pun antara lima orang tersebut memiliki rumah yang sama warnanya, menyukai minuman yang sama, merokok jenis rokok yang sama dan membela haiwan yang sama.

Soalannya: Siapakah yang memelihara IKAN?

PETUNJUK : 
  1. Orang Inggeris tinggal di rumah yang berwarna merah.
  2. Orang Sweden memelihara anjing
  3. Orang Denmark sedang minum teh
  4. Rumah hijau terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna putih.
  5. Penghuni rumah hijau sedang minum kopi
  6. Orang yang merokok rokok PallMall memelihara burung
  7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah sedang minum susu.
  8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok rokok Dunhill
  9. Orang Norway tinggal di rumah yang paling pertama
  10. Orang yang merokok rokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing
  11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill
  12. Orang yang merokok rokok Winfield sedang minum Bir.
  13. Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway
  14. Orang Jerman merokok rokok Rothmans
  15. Orang yang merokok rokok Marlboro tinggal berjiran dengan orang yang minum air.

Albert Einstein telah meyusun teka-teki ini pada abad yang lalu.
Beliau menyatakan bahawa 98% penduduk dunia tidak mampu memecahkan teka-teki ini. Adakah anda termasuk dalam 2% tersebut?

Nak tahu jawapan? Tunggu nanti Mira update kan ea. 
Tata^^

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

W.A.N.I.T.A


Hari neh Mira nak buat satu perkongsian tentang KITA yang wanita neh.
Lepas baca, confirm anda akan lebih menghargai diri anda sendiri kalau yang wanitalah.
Kalau yang lelaki kalau lepas baca anda mungkin akan berasa lebih menghargai insan yang bergelar WANITA ini.

**********

Sewaktu Allah SWT menciptakan wanita, datang Malaikat lalu bertanya.

"Mengapa begitu lama ya Tuhanku?"

Maka Tuhan menjawab. "Sudahkah kamu melihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri daripada 200 bahagian yang boleh di gerakkan & berfungsi dengan baik agar dapat mengolah pelbagai jenis makanan.

Mampu memberikan kenyamanan kepada anak-anaknya.

Mempunyai pelukan yang boleh menyembuhkan kedukaan dan kesengsaraan.

Dan semuanya cukup untuk dilakukan oleh dua tangan ini.

Malaikat menjawab pula, "Hanya dengan dua tangan ini?" "Tetapi Engkau membuatnya dengan begitu halus dan lembut."

"Ya. AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa."

"Apakah dia mampu berfikir?" tanya Malaikat lagi.

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir. Dia juga bisa berunding dan mampu mengutarakan pendapatnya."

Malaikat itu lalu menyentuh dadanya. "Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah dan rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya."

"Itu bukan kerapuhan. Itu air mata. AKU berikan kepadanya supaya dia boleh mengekspresikan perasaannya (kegembiraan, kegalauan, kesedihan, rasa bangga, cinta, kesepian dan penderitaan)"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan."

"Ya! Harus. Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki. Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri. Mampu tersenyum meskipun hatinya menjerit. Mampu tertawa saat hatinya menangis. Dia boleh berkorban demi orang yang dikasihinya. Dia juga boleh melawan ketidak adilan. Dia bersorak di saat melihat temannya bahagia. Hatinya terluka saat melihat kesedihan. CINTANYA TANPA SYARAT."

Malaikat kelihatan sangat kagum. "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya SATU. Kadang-kadang dia terlupa betapa berharganya dia."

**********
Sayangnya Tuhan kepada kita WANITA.




Sebelum Mira mengundur diri.
Jom kita dengarkan lagu dari KRU yang bertajuk WANITA neh.
Sebelum tu pause dulu lagu dekat blog neh ea. Tu pun kalau ada lagu laa.


Tata^^

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Monday, 12 August 2013

Jalan Raya di Hari Raya


salam sejahtera. 
Hai sumer.
apa khabar?
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Okeh. Semalam Mira jalan-jalan beraya dengan kawan-kawan.

KLIK SINI 

untuk baca cerita hari raya Mira dengan kawan-kawan.

KLIK SINI 

untuk tengok gambar sepanjang short reunion kami.



Rayo rayo selamat hari rayo~
Tata^^

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Sunday, 4 August 2013

Kad Raya itu Lame? Sila Betulkan Tanggapan Anda.


dan salam sejahtera. 
Tak berapa hari lagi ja nak raya. 
Macam mana persiapan raya korang? 
Awesome ke idok? 
Hahaha. Apa-apa pun biarlah bersederhana. 
Satgi terlebih jadi riak pulok ann.~ haa. 

Semakin berkembang teknologi negara kita, semakin berkurang tradisi yang dijadikan amalan masyarakat Melayu di Malaysia.
 Kau tahu dok benda apa? 
Haa. Meh Mira nak story kat korang. 
Mira yakin korang sempat dengan zaman neh. 
Tau dak mende? 
Haa. Amalan menghantar dan membalas~ 

KAD RAYA

Tipulah kalau masa sekolah dulu korang tak pernah main hantar-balas kad raya.
Siap simpan duit lagi nak beli kad raya kat kedai buku. 
almaklumlahh zaman kita dulu kad raya yang jenis kartun2 bunga2. 
Tak kurang jugak yang bunyi2 lagu. 
Tapi yang tu, kita x mampu laa nak beli. Mahai kan?
Dah beli bukannya beli sekeping dua. Satu pack, dua packs, tiga packs.
Ada jugak yang beli bundle terus. 
Haa. Pastu siap buat list lagi nak bagi kat sapa kad raya tersebut. 
Wahh! Macam Mira tahu? 
Okay! Mira dulu pun main jugak macam tu. 
Buat list sebab takut ada yang tak dapat nanti. 
Pastu ada jugak yang Mira hantar kat orang yang Mira suka masa tu. 
Ahh! Rindunya zaman tu. 
Tak cukup tu, ada yang nak jimat bajet. 
Tak beli pun kad raya, tapi, menggunakan kreativiti sendiri untuk membuat kad raya tersebut. 
Cantik2 ja kad tu. 
Pastu kan ada lagi yang main tukar2 kad raya tu. 
So, sweet. Tak da la yang nak terasa. 
Bila hari raya ja time nak kemas rumah ambik semua kad2 raya tu pastu gantung. 
Awesome kan? 

Tapi, sejak teknologi kita neh dah beralih maju, amalan menghantar - balas kad raya neh dah semakin pupus. Betulkah?
Okay~ 
Sebenarnya tak lah pupus terus. 
Ada pun segelintir saja yang masih meneruskan tradisi neh. 
Ramai orang cakap kad raya tu LAME sebab ketinggalan zaman. 
Maklumlahh sekarang kan zaman IT. 
Orang lebih suka guna SMS, MMS, E-mail, FB, Wechat, LINE and so lagi laa medium sosial untuk hantar ucapan hari raya. 
Okay, kepada yang berkata begini mohon betulkan tanggapan anda itu. 
Sebenarnya kad raya itu bukan LAME tapi SWEET! 
Bila kita hantar kad raya kat orang, lagi mengeratkan silaturrahim antara kita. 
Sebab orang dah tak hantar kad raya sekarang ialah:-
Malas
Tak larat nak tulis kad raya banyak-banyak.
Tak larat nak pegi pejabat pos nak poskan kad raya tu.
Malas nak cari alamat kawan-kawan dalam address book.
Tak nak orang tengok tulisan dia.
Nak jimat dakwat pen. 
Dan 1001 lagi sebab musababnya. 

Tahun neh pun Mira ingat Mira dah tak dapat kad raya.
Balik saja dari Arau, terus mak cakap ada kad raya untuk Mira. 
Yayy! Kad raya pertama tahun nii. 


Jeng jeng jeng.
Best ja tengok. 
From Sabah. 
Jauh kad raya neh merantau.
Dy naek mel udara dulu sebelum sampai kat tangan Mira.
seronok dy travel. 
Bila bukak saja sampul surat tu ada 2 kad raya. 

Kat bawah neh Mira nak tunjuk satu kad raya yang Mira dapat.
Kalau sesama blogger yang kenal dengan akak kita neh pun mesti dapat. 
Sapa lagi kalau bukan blogger 

Emas Putih and Puan Qalesya Umaira. 


Okay, sekarang sapa yang LAME?
Tak payah tulis pun. 
Guna la photoshop ka, photoscape ka, pizap ka bwt kad raya. 
Pastu beli glossy paper, print out, buh dalam sampul, hantar. 
Senang ceta.

Akhir kata, 
marilah sama-sama kita perkasakan kembali amalan hantar-balas kad raya neh. 
Best ohh. 
Eh ! Kuih raya tak siap lagi tu. Jum! Mira chow dulu. Adios! 
Selamat menghantar kad raya! 

Luv ya . . 
Mira 

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^