Sunday, 14 July 2013

Resepi KEK COKLAT KUKUS BERLAPIS

dan salam sejahtera.
salam ramadhan buat semua pembaca-pembaca belog LLM.
So, hari neh Mira nak share kan satu reseipi kek yang yummy. deliciouS!!
Resipi ini dikreditkan sepenuhnya kepada 
CHEF ANUAR DERAMAN
NASI LEMAK KOPI O
Mira tengok NLKO pagi td. 
Chef tu buat kek coklat yang awesome tu. 
Haishh. Mencabar keimanan betul laa kek tu.
Oke, bagi yang terlepas, tak sempat tengok, tak sempat salin meh Mira nak bagitau bahan-bahan dan cara buat kek neh. 
Bahan-Bahan Kek:
2 biji telur gred B
1 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 sk soda bikarbonet
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 cawan air panas
1 pek kek lapis

Bahan-bahan Ganache:
400 gm coklat masakan
200 ml krim putar segar (Dairy Cream)

Cara-Cara Membuat Kek:
1. Kacau telur bersama gula sehingga sebati,
2. Masukkan susu pekat, minyak dan kacau rata.
3. Masukkan tepung, serbuk koko dan soda (diayak bersama), kacau sehingga sebati diikuti dengan air panas.
4. Potong nipis kek lapis dan letakkan kedalam acuan kek.
5. Isikan adunan kek coklat kedalam acuan tadi dan kukus selama 45 minit.

Cara-cara membuat Ganache:
1. Potong kecil coklat masakan dan letakkan didalam bekas stainless steel.
2. Panaskan krim dalam periuk kecil sehingga mendidih dan tuangkan kedalam coklat tadi, kacau rata.
************
So, tunggu apa lagi? 
Boleh dah kot nak pegi shopping cari barang untuk buat kek neh.
Before tuu jom tengok dulu kek yang sudah ceap dimasak.
Decoration dy pun dah buat cheq menangis nangis~~
haih~ sabar sabar. Puasa~~ kiki. 
I
I
I
I
I
I
I
nah ambik kau~

Haa~ Camna?
Tercabar tak?
Gambar neh full credit to :  abe Fizo Omar. 
adeh! Sedapnyaa~~~ 

Oke! Mira nak pegi shopping dulu neh. Nak try buat kek neh~ 
#nampakTakBetapaBajetnyaMira? 
Wuhuuu.. 
Tata ^^
Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: