Saturday, 30 March 2013

Gambarass Sekitar Forum kat PTSS

haii~~~ 
dah hujung bulan 3 dah kan . . .
Now, nak tunjuk kat korang gambar2 yang dijanjikan dalam entry lepas . ..
Yang x baca lagi . .  Please . .  HIT ME!
Without wasting time~~ Now scroll down! 
1. Woottt~~~

2. Hafiz Hamidun tengah perform #Astaghfirullah and #HasbiRabbi 
Damainya perasaan 


3. Belakangnya tempat duduk Mira 


4. Ramainya student PTSS. Kalau buat perjumpaan dengan warden konpem x penuh macam ni . 


5. Hanya mampu capture gmbaq di layar . .  Walaupun jelas di mata namun tidak di henfon.

6. Turn Hafiz memberikan pandangan 
7. Turn Fizo pulak~~~

8. 'Saya balik dulu' - Fizo Omar 


9. Class mates with Prof MAZA


10. Picture with Hafiz Hamidun


11. With Hafiz again . .  Walaupun penat dia tetap luangkan masa ber'posing' 


12. With Aziz Desa yang sangat FRIENDLY . . . Orang Langkawi memang camni . .  


13. Posing dengan kumpulan nasyid PTSS -Al-Aqashah- woottt woottt 


14. With the MC for the forum ~~~ 


15. Gadis PINKYLICIOUS


16. Our outfit is similar~~ Kan? hehe . .  x berjanji okayy~~~


k, nak out dulu . .  
Daa~~~ bye~~ 
Tata ^^

Luv ya . . 
Mira 

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Wednesday, 20 March 2013

Bagaikan Mimpi!

salam sejahtera kepada para pembaca setia dan para pembaca yang baru sahaja menjengahkan diri anda ke blog LLM neh . . .
(This entry is drafted on 17MAC2013 and now Published! Have a nice read!)

sekarang dah minggu ke- 3 bulan Mac! 
Fuhh! Kurang sebulan dari sekarang nak final~~ Ketaq~~ cuak~~
Tapi, that's not my point tonight~~
Malam neh Mira nak story pasal something yang dirasakan fantasi tetapi sebenarnya realiti yang terjadi dalam hidup Mira beberapa hari yang lepas. 
So, jum laa . . . Scroll down bawah lagi ~~ 
Minggu lepas dekat PTSS ada minggu Konvokesyen yang melibatkan semua student PTSS dari semester 1 sampailaa semester 6 ~~
Mira kalau ikutkan tu memang malas giloss nak participate dalam hal2 neh . . 
But, that evening, habeh ko-k bola jaring kat court, trus cabut pi ATM kat pondok guard depan tuu. .  .
Sekali Mira terpandang satu banner kat situ~~
>Mira x sempat nak capture sebab Mira x bawak fon<
Then, hatiku menjerit riang apabila mengetahui 2 orang pujaan hatiku akan datang ke PTSS pada Selasa malam 12/3.
"FORUM PERDANA EHWAL ISLAM"
"BERSAMA PANEL JEMPUTAN"
1. FIZO OMAR
2. HAFIZ HAMIDUN
3. PROF MADYA DR. ASRI ZAINAL ABIDIN
4. AZIZ DESA
Wahhh!! Nak jerit!!!!
Lepas tu cepat pi cocok duit kat mesin ATM. . .
Setelah itu, mula menghitung hari nak jompa dua orang yang Mira minat sangat tuu  . .
Malam Selasa tuu~~
Mira bersiap punyala awal . . 
Takut lambat karang dapat tempat belakang ~~ 
Lepas solat maghrib terus bersiap. . .
Nak pakai tudung. . . ergghhh! tudung pulak susah nak bentuk . . .
Lima belas minit saja habeh kat tudung ~~ Aieeee

Fuh! Lastly siap jugak~~
Naik ja ke atas tengok perkarangan Dewan harum Manis tu dah penuh dengan manusia2 yang bercop PTSS -_-! shit! lambat sudah! 
Takpa . .  Dengan muka separa tension sebab kena duduk belakang, digagahkan jugak kaki ni melangkah ~~~ 
Dan yang bestnya dapat seat tepi red carpet iaitu sangat dekat dengan tempat jemputan VVIP akan lalu. . .
wweeeehhhhhuuuuuu! 
Hampir sejam menunggu dengan penuh sabar dan tenang . . .
akhirnya yang ditunggu berkunjung tiba juga . . .
First sight Mira tengok FIZO OMAR melangkah masuk ke karpet merah, Mira rasa macam dalam mimpi saja . .  
Aieeeee .  . . mimpi pulokk kan . . . 
Mira terpaku dengan kesegakkan Fizo Omar malam tu . . .
Bila tengok dengan mata kepala sendiri, fuhh! x tergambar dengan kata-kata . .  
Tapi, in shaa Allah. . tak dapat menandingi keindahan kiblat umat Islam yang satu iaitu KAABAH  . .
Sebaik saja Fizo Omar melintasi depan Mira, terus kaki ini tidak boleh menampung badan sendiri . .  
Terduduk Mira dekat kerusi tuu . .  And x perasan pun bila masanya HAFIZ HAMIDUN melintasi Mira . .  
Speechless and dalam hati dah terjerit-jerit sebab boleh tengok pojaan hati dalam fantasi tu depan mata . . .
Dengan outfit dy baju melayu biru turqoise yang sangat padan dengan kulit dy then lengkap bersampin bagai . . .
Perghhh! tak salah lagi dia memang HERO REMAJA yang kita cari~~~ 
Tanpa membuang masa, Mira cuba menangkap gambarnya Fizo, tapi tak dapat . .  
Akhirnya, seludup kat member je r  ..  
Neh ! 

So ok . .  Super hensem kan dy . . . 
Hehe . . 
#superhensem #superfizo #superheromalaya~~~

Ohsem kan? 
Huhu . . . So cute ~~ Ok! enough~~ Satgi berjela-jela entry sebab duk keja puji abe fizo omar tuu . . 
Yang penting dia ada ciri-ciri lelaki idaman Mira and in shaa Allah ada pada mr. doctor jugak . . 
Amiin. . 

Seronok dengar ahli2 panel kat atas pentas tu berceloteh . . 
Tapi bukan celotehan kosong . .
Celoteh yang berilmu . . 
Alahai~~~ 
Paling best Hafiz Hamidun buat persembahan LIVE zikir terapi diri . . 
Beliau menyampaikan zikir #Astaghfirullah and #Hasbi Rabbi Jalallah
Begitu tenang damai aman dan sayu ja dengar . . .
Lapang dada nak dengar pengalaman yang bakal disampaikan oleh mereka . . .

Forum malam tu bertambah meriah dengan kehadiran AZIZ DESA. 
Kenal x aziz desa? 
Takkan x kenal . .  yang pengacara kat Nasi Lemak Kopi 'O' tu . . .
Perhatian~~ Aziz Desa orang Langkawi~~~ (x dak kaitan)
Seronok dengar dia menjadi moderator antara panel2 jemputan yang lain . . .
Without skrip . .  Dia banyak ingat sajak2 sasterawan negara, kata-kata ilmuwan dan ulama' pastu x kurang jugak dengan lagu2 hindustane dy tu , . .
Memang sangat ohsem dan menarik . . 
Paling best pasal Aziz Desa is dia sangat PERAMAH dan HUMBLE . . . 
Dia banyak cakap dan suka sembang dengan orang . . .
Mira sempat jugak sembang2 kosong sikit dengan dia . . . (^^)

Di akhir program tu, Mira sempat capture beberapa gambar dengan orang2 yang pemes2 neh . . .
Tapi alangkah sayangnya x dapek nak gambor dengan FIZO OMAR . . 
Kuciwa sat~~~ 
Aduhaii . . . Nak buat camna . .  Orang ramai peminat. . .
lagipun Fizo terpaksa balik awal sebab esoknya dia ada program apa tah kat Johor Bharu~~ 
Sibuk kan karier dia . .
Tapi, dia tetap my #superHERO . .  #superFI2O . . 
Kawan2 Mira yang sebelum ni cakap kat Mira  ... 
"ek eleh setakat FIZO tu, apalaa sangat . .  Aaron aziz hensem lagi . .  ."
"Please~~ fizo x ohsem okay . . X hensem macam Kamal adli ~~"
"Fizo x rare~~~Aiman Hakim baru rare~~"
"tak style la Fizo~~Amar Asyraf baru style~~" 
Alih-alih mereka pulak mengaku minat kat FIZO OMAR sebab kekacakkan che abe from negeri cik siti wan kembang tersebut . .  
Baru hampa tau RARE x RARE Fizo Omar . .  Fizo sangat ohsem,hensem, stylish, adorable, and jejaka idaman malaya okayy~~ 
Mira memang x dinafikanlah sebab sejak Fizo main bola sepak lagi memang Mira dah minat kat dy walaupun dy player Perlis time tu . . Pastu, dia jadi Hero Remaja. Walaupun telah kalah dengan Kamal Adli , , Kesah pulok haku~~~ Janji Fizo Omar hensem . .  Haha . .  Next, dia start berlakon . .  Lagi la Mira jatuh hati maa   . . . Tambah2 pulok si Farid Kamil tu telah pun berkahwin . .  Jadi, x rare laa nak gilakan laki orang . .  So, kita gilakan orang yang masih belum jadi laki orang lagi  ..  (apa punya falsafah daa) 
BTW . .  Lelaki yang disebut kat atas tu pun tak kurang hebatnya . .  Cuma untuk Fizo Omar Mira terpaksa lebihkan sikit bintang . .  Hihi . .  

Tapi, dalam pada tu, Mira sempat  snap gambor dengan Hafiz Hamidun~~~ 

Hafiz Hamidun neh pulak Mira minat dia since dy join kumpulan nasyid UNIC dulu . . .
Mira suka sebab dalam empat orang anggota tu, vokal Hafiz Hamidun yang paling best Mira dengar . . 
And Mira memang ada buat koleksi lagu-lagu Hafiz Hamidun with UNIC . . 
Banyak tersusun dalam External Hard Disk Mira tu . . 
Suara yang cukup mendamaikan dan mampu memberikan ketenangan jiwa . . 
Untungnya abang Hafiz ni dikurniakan anugerah sebegini . . 
And satu sifat encik hafiz hamidun ni, HAFIZ SUKA BERCAKAP ~~~
Dan masa dalam forum tu dy ada mention cita-cita dy . . 
Paling menarik minat is STEWARD . . .
Perghh! Ada hati nak jadi steward ..  Tapi, dy kata x hado rezeki . . 
sebab tak cukop ketinggian . .  (Buat lawak pulak Hafiz hamidun ni) 
Akhirnya, dia pun masuk bidang seni suara . .  
and now, dy dah ada studio sendiri and syarikat rakaman kot. . 
Daebak kan Hafiz Hamidun ni? 
That's why laa Mira a bit kagum with HAFIZ HAMIDUN . .
Dan satu lagi fakta yang perlu awok2 suma tau . . 
Hafiz Hamidun sangat sangat sangat minat pasukan Manchester United! Weeehuuuu~~~ 
Kalu x percaya cer usha twitter @HAFIZHAMIDUN time MU tengah lawan . . 
Every second and every minute he will update it . . 
#GGMU . .  dah macam pengulas sukan . . hehe . . 

Dan neh gambar Mira and kawan-kawan with Hafiz Hamidun sesudah program  .. 
Beliau pun dah nak kena berangkat balik dah . . . 

Next is AZIZ DESA . . .
he's the best one . . . 
And Mira sempat capture gambar dengan dia jugak . .

Okeh korang~~~ 
Mira nak kena berundur dulu ni . .  
Nanti ada masa dan umur yang panjang, Mira akan update next entry. . 
Maybe just PICTURES ENTRY kot . .  
Tengok lah dulu camne . . 
GTG . .  Daa . .
Tata ^^
Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Sunday, 3 March 2013

Larian Amal Politeknik Kasih


hai hai . . .
Hola hola . . . 
opppsss . .  terlupa . .  'salam sejahtera' 
Salam 1 Malaysia . . .
Cepatnya masa berlalu . . 
Mira ada beberapa bulan ja lagi untuk menamatkan semester 2 kat sini. . 
And seriously cakap, lepas cuti raya Cina hari tu, macam tak dak hari rehat . . .
Bayangkanlahh 
Minggu lepas hari sabtu ada kelas ganti, then ahad sukaneka blok . . .
This week,  Mira ada event lagi . ..
Event tu merupakan tajuk entry Mira malam neh . . .

So, Mira ingat nak chow bebeh balik rumah ja minggu neh sebab letih yang teramat sangat. . . 
Then, kepala pun rasa terpusing-pusing . . . Ponin eden. 
Tapi, disebabkan malas nak balik dan malas nak jawab soalan pak guard . .  Juga malas nak p panjat HEP semata-mata nak amek borang pelepasan balik, maka ku gagahkan jua diri ini stay at KAMSIS this week . .

Mira ingat nak duduk KAMSIS neh nak la jugak skip ja larian amal neh . . .
Sebab Mira sakit kaki maa . . . 
Lagipun penat sangat , , ,
Hari Khamis tu join Kelab Fasilitator punya program . . .
AMBUSH PASAQ MALAM . . 

letih sampai tertido ^^

best gila wookkk! . ..
Sampai letih sangat. . . Tak dan nak recharge energy . . .
Esok tu kelas suma kena panjat tingkat 4 . . .
Rasa macam dah tak dak kaki dah . . .
Wakakaka  ..  *'ter'hiperbola la plak . . . 
aduhaiii~~~
So, hari Jumaat tu nasib baik sekerat hari ja kelas . . sampai pukul 12 . . 
Lepas tu dah boleh chow kebebeh da . . . 

Nak dijadikan cerita, roommate Mira balik rumah abang dy kat Shah Alam. . .
So, terpaksalah Mira bersendirian bertapa di bilik ini . . .
Privacy giloss~~~
tapi satu azab dy ~~~ Boring!! 
Akhirnya, Mira decide nak tido kat bilik member dy memandangkan bilik dy pun x dak org ., , ,
Jadi, bila tido bilik org tu memang x boleh nak skip r kan . . .
Tambah2 plak kawan Mira neh jenis yang rajin libatkan diri . . . 
So, terpaksalahh gue ngikutinnya . . 
Aduii . .  Penat neh . .  
Last2 Mira pun join saja laa Larian Amal tersebut . . .. 
Bagi peserta yang mendaftar awal akan dapat t-shirt free . . . 
Wahhhh!!! 
Mira daftar awal and dapatla t-shirt tersebut . . . 

Kasihnya Mira kat PTSS . . . Weehuuuu . . . 

Pastu mula majlis dengan acara senam robik sikit  . .. 
warm up la . . . 
Wahhh! Masa untuk berlepas~~~ 
Kelaur ja dari pagar poli wahhh! bestnya . .  Jalan ini AKU yang punya . .  
hehehe . . .
Lepas hampir sejam berjalan, >maklumlaa jalan melenggang kangkung< baru la nak sampai kat tempat yang dituju . .  
Rupa-rupanya sampai kat rumah mak angkat KFC (kelab fasilitator)
Punyalah jauh berjalan . .  penat eden . . . 

cc: Aidatul Nadia
Neh la hasilnya melenggang cek kiah sebentar tadi . . . hehe . . 

Mira pakai baju merah tudung kuning tu  .. . Chubby kan? AAK . .  wakakaka . . 
Lepas buat kerja 'bermoral' tu, kitorang teruskan perjalanan ke dewan org ramai berdepan dengan rumah Mak Dara . . .

Sampai sana pun duk sibuk capture gambar lagi . . . 
Meh Mira nak tempek . .  

Neh namanya x dak kerja . .  hehe 

And Mira jugak menjalankan aktiviti selingan yang Mira suka . . . 
Iaitu Self-Cam-Photoshot ~~
Dan hasilnya . . . 

Tengok ~~ Merah muka saya .. . Blushing macam malu2 . .  
Wee~~ 

Lepas habis cakap2 kat situ kami semua berangkat balik ke Poli . .
penatnya hanya Allah yang tahu . . .
Sampai ja kat pagaq politeknik, terus serbu ATM . . 
Pastu terus balik bilik without tulis nama untuk check in balik dan untuk sijil  . .
Aduhaii . . . xpa sijil penyertaan jaa . . 
heheehe . .  
So, esok merupakan hari rehat sedunia ..  Mira harap x dak org kacau laa . .  
then, sampai sini saja cerita Mira untuk hari neh . . 
Tata . .  ^^

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^