Wednesday, 23 January 2013

5 Kategori Cinta

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia ~~~ (wah, ada gaya PM x ?)
Haha . .  abaikan . . .
okeh, hari neh Mira nak sharing is caring dengan korang tentang artikel yang Mira baca dekat sebuah majalah tadi . . . 
fresh lagi tau . . . baru baca tadi . . . 
hehehe . . .
Tanpa membuang masa, jom baca  . . . 
Semua orang tahu apa itu CINTA . . .
Sapa yang x tau cepat angkat tangan ~~~ 
Okeh, berdasarkan beberapa definisi tentang perkataan CINTA neh . . 
Mira boleh simpulkan yang cinta neh satu perasaan yang wujud dalam diri setiap insan . . .
Bukan saja insan malah, semua makhluk di muka bumi neh punyai rasa cinta tersebut . . 
Untuk entri kali neh Mira cuba fokuskan antara 5 kategori cinta . . .
Kategori 1 
CINTA SEGERA 
Cinta segera ? Okeh, dengar macam lawak kan ? Macam mi segera pun hado . . .
Okeh, mai sini dengaq Mira nak habaq pasai cinta segera neh . .  (tudieenn . . keluaq bahasa utara)
Cinta segera neh ala-ala Cinta Pandang Pertama jugak laa . .  (First Sight Love)
Biasanya terjadi bila kita terpandangkan seseorang yang memiliki rupa atau style yang memang perfect di mata kita pada pertama kali, kita dah jatuh suka kat dia . . 
Awas yerr ~~~ Selalunya keadaan macam neh lebih cenderung kepada cinta yang bersifat luaran . . .
tapi, boleh tahan ramai jugak laa yang boleh survive dgn cinta kategori neh . . . Asalkan hati tu ikhlas . . .
Mesti kawan2 pernah dengar ungkapan neh . . .
'Jika cinta kepada seseorang itu berdasarkan kecantikan paras rupanya, maka makin lama, cinta itu makin pudar bersama pudarnya kecantikan itu.'

Kategori 2

CINTA PSIKO

Psiko di sini bukan bermaksud gila yer kawan2 . . . Psiko di sini lebih kepada tingkah laku atau perlakuan orang yang mengalami cinta psiko ini. Menurut kajian, orang yang menghidap 'penyakit' cinta jenis ini bersifat lebih sensitif dan mudah cemburu. Fuhh . .  Macam bahaya pulak cinta kategori neh . . . 
Orang yang memiliki cinta psiko neh sentiasa mahukan perhatian daripadanya. Mereka juga sentiasa mahu bersama setiap masa. Kalau terasa diri mereka diabaikan mulalah nak tarik muka, merajuk bagai dan minta dipujuk . . . *Hurm . .  manja jugak orang yang berkategori cinta psiko neh . .  

tapi make sure dah kahwin dulu yerr nak psiko macam neh pun . . . Biar halal disisi agama . . . 

Kategori 3 

CINTA MAINAN

Okay, next point . .  Cinta Mainan . .  Cinta kategori neh lebih merujuk kepada playerlah khususnya . .  Tapi, bukan player bola sepak . . . Neh 'playboy' and 'playgirl' . . .
Lafaz cinta yang diorang ucapkan seakan permainan bibir . .  Mereka mudah mengucapkan cinta, juga mudah melupakan cinta . . . Orang yang terlibat dalam kategori camni selalunya selfish sebab dia hanya ucapkan cinta sekadar untuk kepentingan diri dia saja . .  Once dia dah dapat apa yang dia nak, dia akan tinggalkan pasangan semudah ABC . . . Umpama habis madu, sepah dibuang laa. . . .


Kategori 4 

CINTA PERSAHABATAN

Okay. Kategori cinta neh boleh meng'konfius'kan diri kita. Sebabnya kita bercinta dengan kawan kita sendiri . . . Senang cakap kawan yang rapat dengan kita laa. .  Tapi bukan kawan yang sama jantina, sebab kita x bercakap pasal cinta sejenis sekarang okehh . . . 
Cinta persahabatan neh boleh wujud bila ada persefahaman antara dua orang lelaki dan perempuan yang berkawan baik. So, cuba fikirkan, kalau kita dah memang faham perangai dia luar dalam, pastu tahu apa kesukaan dia semua, apa jadi bila tiba-tiba dia hilang dari hidup korang? Mesti korang terasa kosong kan? Secara perlahan-lahan perasaan cinta akan wujud. . . 

Okeh, kita semakin ke penghujung topik. . . 
Sekarang Mira nak bagitau kategori cinta yang terakhir . . 

Kategori 5 

CINTA BUTA 

Orang yang terlibat dalam cinta buta neh orang yang nekad nak korbankan apa saja asalkan diorang dapat apa yang diorang nakkan tu . . . 
Diorang jugak sanggup bergadai harta, merana jiwa, seksa perasaan diorang sendiri janji diorang dapat apa yang diorang idamkan . . Korang mesti pernah dengar ungkapan ayat kat bawah ni . . 

'Demi cinta kupadamu ku serahkan seluruh jiwa dan raga ku. Gunung sanggup ku daki. Lautan luas ku renangi. Asalkan kau terima diriku.'
Oraitee . . . selesai sudah apa yang Mira nak sampaikan . . 
Semoga pengetahuan yang Mira sampaikan tu terbenam ke dasar hati korang ye . .
next time kalau Mira terjumpa apa-apa yang menarik untuk dikongsikan, in sya Allah . . Mira akan cuba sharekan kat sini . .  
Terus baca entry2 Mira akan datang . .  Adiosa ! 
Tata ^^

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: