Tuesday, 31 December 2013

Last Post For 31122013


dan salam selamat malam!

Mira nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kat semua viewers dan readers Mira yang selalu support Mira and also my followers Mira yang sudi baca belog Mira ni sepanjang 2013.
Mira hargai kritikan membina dan semangat yang padu kalian berikan.

Untuk tahun 2014 in sha Allah, akan ada perubahan sikit kat belog ni.
Tapi, itu pun kalau Mira tak sibuk. Kalau sibuk tak upayalah.
Harap kalian semua tak jemulah nak datang jenguk this belog.
Always support Mira!

GOODBYE 2013! 

HELLO 2014!

Di kesempatan ni jugak Mira nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU 2014 kat semua followers, friends, readers, anonymous, dan sesiapa saja yang mengenali Mira. (perasan femes!)
FYI, Mira ada buat satu entry kat A&D.
Lebih kurang short timeline review for this 2013 year.
Tergerak jugak nak mengenang semula apa yang jadi kat Mira sekitar 2013.
Nak baca?

Jemput singgah!
KLIK SINI

Dah jom. Mata nii pun dah nak berlabuh.
Nite.
Jumpa tahun depan.
Tata ^^

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Thursday, 19 December 2013

Tahniah! Congratulations! Mabruk!


dan salam sejahtera.
Short entry neh ditujukan khas kepada adik-adik yang ambil result PMR hari neh.
Ya, saya faham.
Agak terlewat entry ini disiarkan.
Maklum sahaja kekangan masa.
(Amboi skema bapak cik Mira malam neh kan?)

Okay!
Actually, hari neh keluar result.
So, adinda kesayangan saya iaitu 
MAISARAH MOHD BUKHORI 
jugak menerima keputusan PMRnya hari neh.
Just guess dia dapat berapa?

8A baq hang~
(tediaa~ keluar loghat Kedah tuu)
Hebat kan?
Well~ Neh laa pewaris Nuramira Mod Jauhari neh.
Cuma Mira Sejarah gelong sikit. So, B laa.

Tahniah tak terhingga untuk adik Saqahh ni.
Nanti kita jumpa ea.
Tiada hadiah seindah KASIH SAYANG kak Mira yang lagi tinggi dari KLCC.
Love you Sarah!
Tadaa!




Okeyy~ Nak jugak tempek gambar Sarah and da gang masa ambil result tadi.
pssttt!
Gambar neh Mira curik kat FB Nana.
Sorry Nana!




Sarah yang mana?
Teka sendiri laa~
Btw, CONGRATULATIONS to all of you!
Tata ^^

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Sunday, 15 December 2013

Pi Ti Pi Ti eN = ?


salam sejahtera kepada penjengah setia belog ini.
Amboii. Lamanya tak menaip kat belog ni.
Bukan apa, neh pun balas line kat office time rehat.
Banyak nak bagitau sebenarnya.

Tapi, baru-baru ni Mira ada pergi melawat PTSS.
Niat sebenaq nak jumpa kawan.
Okayy.
Bila dah berjumpa neh macam-macam benda la nak cerita.
Yang Mira shocked sangat tuu bila dapat tau pasal peraturan KAMSIS yang baru.
Dan juga kehidupan seorang student yang hanya mengharapkan duit PTPTN semata-mata tanpa ada side income.
Sedih perih dan jerih mendengar mereka bercerita.
Mira pun menerima kesan yang sama even Mira sekarang tengah praktikal.
Duit makan pakai mak ayah tanggung.
Tapi, terkesan kat duit poket dengan duit minyak keta or motor.
Nak naik bas hari-hari pun duit tambang nak kena mintak kat mak ayah.
Haishh. Parah betul laa.
Duit minyak pun 'pow' abah sendiri.
Nak buat macam mana duit PTPTN yang ditunggu tak masuk-masuk hingga ke saat ini.
Amboii~
Yang duduk kat Arau nun lagi laa.
Tah depa makan apa hari-hari dengan duit pun tak ada.
NAk bayar duit buku? Tuu pun kena mintak tangguh dulu sebabnya duit makan pun tak ada nii kan pulak nak beli buku.

Hai laa PTPTN.
Muncullah dikau di saat kami memerlukanmu.
Haisshh~

Dah2. Guna line neh kena berhemah.
Mira nak p onine FB pulak.
So, chatting maybe?
Hohoiii~~

ps: mesti PTPTN ada problem sebab tu masuk lambat kan? Hurmm. Mira simpati kat kawan-kawan yang duk kat poli nun. Kesian depa. 

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Friday, 29 November 2013

Kalau Nak Nikah Gantung Okay ke Tak?


Dan salam sejahtera.


Okayy~ Mohon jangan terkejut.
Gambar sekadar hiasan.

Cuti-cuti sekolah ni ada banyak sangat-sangat kenduri.
Kenduri kesyukuran, doa selamat, Kenduri masuk rumah baru, Kenduri saja-saja. Kenduri arwah pun ada. Tapi paling banyak time cuti-cuti macam ni of course lerr KENDURI KAWEN.

Selamat pengantin baru~
Selamat berkekalan.
Semoga satu tujuan.
Semoga aman.
Lalalala~

Dah dah. Pitching dah cabut lari dah ni.
Dalam banyak-banyak kenduri ada dua kenduri kawan Mira punya.
Jadi dalam kesibukan dan kemalasan Mira ni digagahkan jugak diri ni menghadiri majlis mereka.
Alhamdulillah.
Semuanya berjalan lancar.

Masa di kenduri tu seorang dari kawan Mira ni bertanya satu soalan.
"Mira, agak-agak kalau aku nak nikah gantung okay ke tak?"

Jawapan Mira.
"Ask your parents la. Tapi kalau bagi aku. Ok kot. Huhu."

Balik dari rumah pengantin tuu Mira terus google untuk mengetahui pasal nikah gantung ni.
Rupa-rupanya ada ustaz pernah cakapkan mengenai hal ini dulu.
Nampaknya mira yang tidak mengambil kisah.

Bagi yang tak berapa tahu macam Mira ni.
Nikah gantung dalam bahasa Arab dipanggil Nikah Khitbah.
Nikah Khitbah ni sama seperti pernikahan biasa kita tengok.
Cumanya selepas akad nikah pasangan berkenaan tidak boleh tinggal sebumbung.
Si suami pulak TAK wajib bagi nafkah zahir mahupun batin.
Senangnya si isteri masih di bawah tanggungan ayahnya sehinggalah keluarga sebelah isteri itu menghantar si isteri tersebut ke rumah keluarga lelaki itu.

Ada keistimewaankah?
Haruslah ada.
Pasangan yang bernikah gantung ini boleh keluar bersama-sama, berpegangan tangan, berpelukan, dan sebagainya sebab mereka ini suami isteri. Sekiranya si isteri itu mengandung sekalipun, anak itu adalah anak yang sah.

Nikah gantung ni tak perlu disembunyikan.
Hebohkan saja penikahan kita supaya tidak timbul isu fitnah.
Yelah, lagipun sekarang ni masyarakat ni berjenis-jenis.
Ada yang baik ada yang kurang baik.
Ada jugak yang kaki fitnah.
So, sebelum anda difitnah oleh si kaki fitnah ni baiklah anda umumkan tentang pernikahan anda itu.

Okay, setakat ni saja perkongsian Mira dengan kalian tengah hari ni.
Back to work.
Daa! 
Tata ^^

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Saturday, 23 November 2013

Sekilas Fakta Anak Pertama



Salam sejahtera penuh kehormatan.
Hari ini Mira nak share tentang beberapa Fakta Anak Pertama ataupun Anak Sulung.
Fakta ini Mira ambil sumber dari Facebook.
So, wahai anak-anak pertama adakah fakta ini terkena kepada anda?
Jom baca!

FAKTA ANAK PERTAMA
  1. ANAK MANJA EMAK dalam apa jua hal pun , anak pertama memang akan diutamakan oleh Ibu Ummi , Mama , Emak , Mak , Mummy .  
  2. DEGIL anak pertama dikatakan lebih degil , keras kepala dan tidak mendengar kata . Dah dimanjakan Ibu tak dengar kata lahh pulakk. Semua dia je yang betul . Dalam ramai2 adik beradik dialah yang paling degil . Kemahuan dia kuat , kalau buat sesuatu bersungguh-sungguh . Kalau tak nak tu , maka taknak lahh jawapannya . Boleh dipujuk , tapi selalunya tak jalan .
  3. TAK PANDAI PUJUK memang anak pertama ni dia tak pandai pujuk makwe / pakwe dia. Kawan dia pun belum tentu dia pandai pujuk.
  4. BERCINTA. Kalau bercinta , anak pertama adalah seorang yang sangat setia dan sanggup berkorban dalam apa jua hal . 
  5. HITAM PUTIH apa yang dikatakannya semuanya akan dipegang . Kalau hitam , hitam lah . Kalau putih , putih lah . Degil tak boleh toleransi . 
  6. HATI anak pertama ni nampak je keras ,tapi hati dia lembut . Dan tak boleh ditegur . 
  7. BERDIKARI very independent . Kadang2 sampai terOver independent . Mudah bergaul . 
  8. ARAHAN anak pertama ni dia tak suka terima arahan . Dia lebih suka buat kerja atau apa2 yang dia sendiri nak buat .P endek kata tak boleh kerja dengan orang lahh . 
  9. PEMAAF DAN CARING tak dinafikan anak pertama ni pun seorang yang pemaaf dan caring . Tapi AWAS .Jangan buat dia marah , kalau tak nanti , paham2 jelaaa yaa.
  10. PAKAIAN nak semua up to date . Nak kemas. Amat mementingkan keterampilan diri.
  11. CEMBURU anak pertama memiliki sifat cemburu yang tinggi ! Dengan kawan , teman istimewa , mahupun dengan adik beradik sendiri.
Hurmm.
Macam mana?
Ada yang terkena atau dikenakan?
Haha.
Tepuk dada tanya diri.
Buka mata buka hati kenali diri. :)

How about me?
Meh tengok SINI!

Tata^^

Luv ya . .
Mira


Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Friday, 22 November 2013

Main-main Photoshop

Salam sejahtera.
Hai hai hai.
I would like to share something today.
Wahh!
Sejak-sejak menceburkan diri dengan photoshop neh Mira dah belajar banyak benda.
Antaranya cara nak edit gambar, cara nak lukis doodle dan warnakannya, cara nak buat vector.
And the latest one Mira baru habis belajar buat poster.
Mana belajar semua neh?
Haaa. Kalau nak belajar photoshop neh kena rajin sikit.
Rajin belajar cepatlah pandai.
Ilmu apa-apa pun kalau nak pandai kuncinya RAJIN.
Mira banyak google kat internet tutorial photoshop neh.
Thanks a lot kepada penyumbang entry2 berkaitan photoshop.
Lepas tu Mira banyak discover and cuba-cuba sendiri.
Memang awal-awal tu rasa macam susah giler.
Tapi bila dah banyak kali buat rasa macam eleyyhh senang je tuu.
Cuti neh banyak pulak kenduri kahwin.
Mira neh entah bila pulak nak kahwinnya.
Sibuk study saja.
Sampaikan nak cari pakwe tak sempat.
Kahkahkah.
Huiii. Dah2. Merapu saja.
Beberapa hari yang lalu si Marwan mintak tolong lukis poster untuk dia.
Poster untuk pertandingan Dota.
Dia pun macam tahu-tahu ja yang Mira baru belajar lukis poster.
Siang tu Mira aplikasikan sajalah ilmu yang da dibelajar tu.
Neh versi yang pertama sebelum diedit.

Yang neh Mira main tarik conteng-conteng saja.




Yang first neh background dy lawa sikit. Tapi tulisan tak brapa nak elok.
Wakakaka.
Lepas Mira dah hantar kat Marwan, dia submit kat lecturer dia.
Esoknya si Marwan inbox Mira cakap lecturer tu berkenan dengan this poster.
Cuma nak kena adjust beberapa benda.
So hasil editing tuu terhasillah yang neh.

Yang kali neh punya yang second version.
Updated!

Tadaa! Neh hasilnya.




Yang neh background dy cam caca marba sikit.
Memang caca marba pun.
Sebabnya background asal tu Mira tak save.
agak-agak okay tak?
Anyway I am newbie in photoshop.
Lalala.

Okay. Sampai sini dulu.
Tata ^^
Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Result Semester 3 Dah Keluar.

Hey guys.
Maaf laa. Lama tak berupdate kan?
Result exam Mira dah keluar tau.
Alhamdulillah.
Masih tersenarai dalam Anugerah Ketua Jabatan (AKJ).
Walaupun result kali drop teruk tapi Mira tak akan berputus asa.
Praktikal neh Mira akan buat yang terbaek.
Kalau buat elok-elok, result praktikal pun elok-elok.
Okay guys. Mira tak boleh nak berceloteh panjang sebab Mira sakit tangan.
Nak tahu cerita kenapa sakit.
Jom singgah ke entry neh. KLIK! KLIK! KLIK!
Okayy. Now Mira nak menempek result Mira.
Jangan gelak pulak.
Neh hasil dari effort Mira.
What did you give you get back.
Mira banyak main. Dan inilah kesudahannya.
(KLIK gambar untuk view yang besaq sikit huh.)
Result semester 1.


Macam lawa kan? Lalala.
Perasan sikit. 

Result semester 2.
Semester dah banyak merapu neh.
Jugak banyak main.


Look! Turun sikit kan?
Ok la tuu.
Tak terkejut sangat.
Meh tengok yang neh.

Result semester 3.
Semester yang banyak mengadap GAMES dari BUKU.
Dan semester yang paling banyak keluar melagha.
Tutup mata. Surprise. Tadaa!


Jyeahhh!
Amacam? Ada kejutan BUDAYA tak kat situ?
Kalau tak ade kejutan BUDAYA kejutan 'BUAYA' pun boleyy.
Kekeke.
Lawa kan result Mira tu.

Okayy. I hope orang yang cakap I tak rock sebab tak share result tuu mohon tarik balik kata-kata anda.
Sebab Mira dah share pun.
Sat lagi ada pulak orang yang mengata kat Mira.
Eleyyhh~ Result ntah hape2. Poyo je lebeyhh~
Fine. Mira tak kesah.
Jeles laa tuu tak boleh update kat entry belog sebab tak ada blog.
Lalalala.
Okayy laa. 
Sampai sini dulu.

Ada jodoh kita jumpa lagi di hari dan waktu yang sama.
"Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi berdiri di atas bakat sendiri."
Ekekekeke.
Bajet macam pengacara melodi sikit.
Tata. ^^

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Friday, 15 November 2013

Latihan Industri Student Poli Macam Saya!


dan salam sejahtera. 
Rindunya kat LLM neh. Muah sikit~ lalalala.
Hey yaa! 
Can't wait for the date laa.
Bila?

2 DISEMBER 2013

Kenapa ya? 
Sebab tu tarikh Mira mula melapor diri kat firma tempat Mira praktikal.
Kat mana?
Kat mana lagi haruslah kt tempat yang Mira apply hari tu.
Pejabat MARA Negeri Kedah.
Tapi, ditempatkan di Pejabat MARA Dareah Kuala Nerang.
Agak dekatlaa dengan rumah.
And paling penting tak payah susah payah nak redah jamm pagi-pagi kat Alor Setar sana.

FYI. Bagi yang tak tahu.
Student politeknik memang akan ada praktikal ataupun Latihan Industri.
Selalunya semester 4 laa.
Masa semester 3 tu konfirm sibuk nak usha tempat praktikal bagai.
Nak isi borang tu borang ni.
Agak renyah. Tapi kenyataannya itulah benda yang kita nak kena buat bila kita melangkah ke alam pekerjaan nanti.
Pada Mira, seriesly memang praktikal neh agak membantu.
Sebab dari situ kita nak dapat pengalaman buat resume, buat application letter, buat surat pembatalan dsb.
Pengalaman praktikal selama satu semester atau lebih tepat bersamaan dengan 5 bulan tu boleh dijadikan pengalaman bekerja. 
Almaklumlah, industri apa-apa pun sekarang neh amat-amat mengutamakan graduan2 yang berkemahiran dan berpengalaman untuk memulakan kerja.

So jangan pandang rendah dengan KAMI.
KAMI student POLI. KAMI bersemangat tinggi~


p/s : Blogger kisah emas putih pun student poli tau~ 

Luv ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Saturday, 2 November 2013

Jom Merenung Seketika


Cerita ini sekadar renungan dan juga peringatan kepada sekalian insan termasuklah diri Mira yang mudah leka dan alpa ini.
Sumber cerita neh Mira dapat dari perkongsian seorang sahabat Mira di akaun Facebook.
Meh kita baca dan sama-sama renung-renungkan. 

*************

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik mambancuh simen ..melihat logam kecil itu , tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama , tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya . Lelaki itu menoleh ke kiri ,kanan dan sekelilingnya.Tiada siapa yang berdekatan dengan nya .Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya . Tidak lama kemudian , lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya .Pun sama , dia mengambil dan menyimpannya . "Rezeki aku !" Kata lelaki itu dalam hati . Lelaki itu tidak sedar , logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya dari aras lapan bangunan separuh siap yang mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya. Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan , cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. Namun , jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut. Dek kerana itulah , ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas. Mudah-mudahan dapatlah dia menyampaikan pesanannya kepada pekerjanya itu. Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah , lelaki itu masih belum jugak mendongak ke atas. Lantas , ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai. Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah. Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu . Setelah merasa sakit , lelaki itu mendongak ke atas , melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yang menyerang tadi. Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan. Sahabat sekalian , Allah sering menjatuhkan rezeki (syiling ) , rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita. Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sbg satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas utk mengingati dan bersyukur dengan kurniaanNya. Tetapi , acap kali kita lalai utk 'mendongak' ke atas, sebaliknya terus menikmati pemberiann-Nya tanpa ucapan syukur. Seperti kisah ketua dan pekerja tadi , apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian ,lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yg berupa musibah , kegagalan , keperitan dan pengalaman yg menyakitkan. Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu , barulah kita teringat utk mendongak , menadah tangan utk bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.

*************
Okay, Mira harap perkongsian Mira malam neh membawa 1001 manfaat kepada kita semua.
Betullah seperti cerita di atas.
Bila kita nampak duit turun dari atas, kita akan terus ambil pastu tengok kiri kanan terus masuk poket bila tak ada orang.
Tapi, I know that bukan semua orang akan buat macam tu.
Ada jugak yang bila kala dia nampak that coins jatuh dari atas terus dia dongak ke atas lalu mencari dari mana datangnya rezeki itu.
Kalau jenis yang macam tu memang laa bagus. 
Setiap kali diberikan rezeki sentiasa mengucapkan syukur kepada-Nya tanpa putus.
Semoga kita sentiasa berada di bawah rahmat-Nya.
In sha Allah.

p/s : Mira pun sedang dalam usaha memperbaiki diri sendiri~ 


Love ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Sunday, 20 October 2013

Blog LLM Direview oleh . . .


hey ya!
Masih belum terlambat kot nak ucapkan 
Selamat Hari Raya Aidil Adha.
Tapi kalau dah terlambat pun tak apa laa.
Postpone untuk tahun depan.

Okay.
Beberapa hari yang lalu.
Yakni sebelum raya haji.
Mira ada blogwalking.
Tapi takda mood nak hapdett entry laa.
Tiba-tiba terjumpa satu entry review.

Tanpa membuang masa Mira pun menerjah ke entry tersebut.
Hasilnya Mira mendapati bahawa blog Mira neh telah di'review'
Terima kasih pemilik blog tersebut.
Cik Hanna atau pun Miss always Late.


Okay that's all.
Tata^^

Love ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Ketupat Cina Tapi Melayu yang Buat


Hai kawan-kawan.
Aduss. Makin lembab ea blog neh diupdate.
Sori ea. 
Faham-faham laa student bila nak dekat exam kan?
Well.
Hari neh Mira nak share sumthing yang menarik walaupun Mira yakin ramai yang dah tahu pasal this hidangan.
Tak kesahlaa. Bagi yang tak pernah tengok apa itu 

KETUPAT CINA

so neh laa rupa dia.



Gambar neh Mira amek kat Google je.
Sebab masa raya ary tu Mira tak bawa sebarang gadjet
Termasuklah my handphone.
Bawak diri aje.

Untuk pengetahuan korang
Ketupat neh selalunya dibalut dengan daun buluh lepas tu diikat.
Secara jujurnya,
Mira pun tak tahu apa resipi ketupat cina neh.
Yang Mira tau warna dia kekuningan macam bengkang ubi.
Rasanya tawar dan sesuai dimakan dengan susu pekat apa2 brand sekalipun.

Rasanya dia?
Sedappp! Tambah2 kalau makan kat rumah orang pulak.
Lagi ummpphhh laa~ 
Hahaha.

Satu fakta penting.
Ketupat Cina ini nama saja 'Cina'
Tapi tak semestinya orang Cina yang buat.
Orang Melayu pun ada buat tau.
Cuma nama saja yang ada 'Cina'.

Kenapa nama dia Ketupat Cina even orang Melayu yang buat?

Err~
Mungkin sebab dia balut guna Daun pokok Buluh kot.
Pokok buluh kan banyak kat China.
Pastu Beruang panda kat banyak China.
beruang panda suka duduk kat pokok buluh.

So, conclusion dia.
Beruang panda banyak kat China.
Jadi China ada banyak pokok buluh yang menghasilkan daun buluh.
Disebabkan daun buluh banyak jatuh berguguran.
Lebih baik dikutip dan dibuat balut ketupat.
Lalalalalaa
Mengarut dah nehh~ 

Okay~ Tata^^

Love ya . . 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Wednesday, 18 September 2013

Jawapan Teka-Teki Si Einstein

Hai semua. Sori baru boleh update.
Sejak dua menjak neh busy sikit ehh. 
Haha. 
Okay hari neh Mira nak share jawapan untuk teka-teki yang Einstein buat dulu. 
Ingat tak? 
Kalau tak ingat bukak ENTRY NEH!!
Okay. Dah cuba jawab? 
Macam mana dapat tak jawapannya?
Haa. masa mula2 cuba jawab teka-teki neh pun caca marba otak Mira. 
Okay jum kita reveal dia punya teka-teki.
Punya panjang dia bagi teka-teki and hint lastly soalan dia 
"Siapa yang memelihara IKAN?"
kalau ikutkan logik akal.
Dah terang-terang laa jawapan dia ORANG JERMAN.
Kalau sapa yang tak tau pasal Albert Einstein neh, beliau ialah salah seorang ahli fizik termuka dunia yang berasal dari negara Jerman.
Haa. einstein sangat setia dengan negaranya dan mempunyai nila patriotisme yang tinggi dalam dirinya terhadap Jerman.
Beliau sangat berbangga kerana berbangsa Jerman.
Tapi, untuk mendapatkan kepastian tentang jawapan logik akal tu, Mira dah cuba buat ala-ala jalan kira matematik jugak. 
Bersama-sama sumber yang didapati dan disedut daripada Encik Google.
**************
Mula-mula ambil sekeping kertas dan sebatang pen/pensel.
Lukis 5 petak mewakili 5 buah rumah.
Buat numbering kat petak2 tersebut so, that kita x kan terkeliru.
Dalam banyak-banyak point yang dia bagi tu, kita kena susun dulu yang mana yang boleh dikelas dulu.
Kalau ikut Mira, Mira letak point no. 9 dulu.
Point 9 
Orang Norway tinggal di rumah yang paling pertama.
So, dekat kertas yang korang dah lukis petak tadi, korang tulis laa Rumah 1 tu orang Norway yang duduk. 
Next, point ke 7.
Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah sedang minum susu.
Tulis pula kat kertas tu rumah yang tengah2 means rumah ke-3 tu minum susu.
Point 13
Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway

Jadinya, rumah kedua tu laa yang berwarna Biru. Sebab orang Norway tinggal di rumah yang pertama.

Point 4, 5
Rumah hijau terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna putih.
Penghuni rumah hijau sedang minum kopi

Point 4 tu ckap rumah hijau terletak TEPAT means bersebelahan laa dengan rumah putih.
Pastu point 5 ckap penghuni rumah hijau minum kopi.
So, tak mungkin rumah ketiga sebab dia minum susu. 
Tak mungkin jugak rumah kedua. Sebab warnanya biru. 
Rumah 1 pulak bersebelahan dengan rumah kedua. 
Jadi yang paling tepat ialah 
RUMAH 4 berwarna HIJAU
RUMAH 5 berwarna PUTIH 

Next point 1
Orang Inggeris tinggal di rumah yang berwarna merah.

Tak mungkin Rumah 1 sebab rumah 1 tinggal orang kebangsaan Norway
Rumah 2 pulak, warna biru.
No. 4 and 5 masing-masing warna hijau and putih.
So, yang tinggal ialah rumah 3. Jadi, rumah 3 tuu laa Rumah Merah dan orang Inggeris.
Point 8
Penghuni rumah berwarna kuning merokok rokok Dunhill
Rumah 5,4,3,2 tak mungkin sebab masing-masing sudah ada warna sendiri. 
Jadi yang tinggal RUMAH 1.
Point 11
Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill

Macam yang kita dah tahu. Orang yang merokok rokok Dunhill ialah orang yang Norway yang tinggal di RUMAH 1.
sebelah rumah dia ialah Rumah 2 yang berwarna biru.
Jadi, RUMAH 2 yang membela kuda.

Point 12 
Orang yang merokok rokok Winfield sedang minum Bir.

Tak mungkin Rumah 1. Sebab dia rokok Dunhill
Tak mungkin jugak Rumah 3. sebab dia minum susu.
Rumah 4 pun tak mungkin sebab dia minum kopi. 
Kemungkinan di sini Rumah 2 / 5
So, K.I.V dulu.

Kumpulkan semua point yang ada mention pasal BANGSA.
Point 1, 2, 3, 9 &14

Orang Inggeris tinggal di rumah yang berwarna merah.
Orang Sweden memelihara anjing
Orang Denmark sedang minum teh
Orang Norway tinggal di rumah yang paling pertama
Orang Jerman merokok rokok Rothmans

Untuk reveal Point 12 tadi, korang kena determine point2 neh pulak.

Orang Inggeris rumahnya merah minumannya susu. RUMAH 3. so, tak mungkin.
Orang Sweden memelihara anjing. Tapi, tak tahu rumahnya yang mana.
Begitu juga dengan rumah orang Denmark yang minum teh.
Orang Norway pulak rumahnya Kuning, merokok dunhill. Pun tak mungkin.
Pastu dia ada cakap yang orang Denmark minum teh kan?
So, kita boleh assume orang yang minum bir and merokok winfield tu ialah berbangsa Swedia (Sweden)

Tengok pulak untuk klu no 2.
Orang Sweden memelihara anjing

Tak mungkin rumah 1 sebab berbangsa Norway.
Rumah 2 pun tak mungkin sebab dia membela Kuda.
Rumah 3 pula berbangsa Inggeris.
So, kemungkinan sekarang Rumah 4 and Rumah 5.

Check! 
Rokok Winfield , Minum bir, Kebangsaan Sweden and bela anjing.

Tak Mungkin!
Rumah 1 sebab orang norway and rokok dunhill
Rumah 2 sebab bela kuda
Rumah 3 sebab orang Inggeris, minum susu
Rumah 4 sebab minum kopi.
So, conclusion nya sekarang. RUMAH 5.
Now, isi cepat point2 neh under no. 5.
Tengok point seterusnya.
Point 3.
Orang Denmark sedang minum teh.

Sangat Tak Mungkin. 
Rumah 5. Sebab kita dah dapat semua detail pasal dia. 
Rumah 4. Sebab dia minum kopi. Kita nak cari orang yang minum teh. 
Rumah 3 pun. Dia minum susu.
Rumah 1 pun tak mungkin. Sebab dia berbangsa norway.

Jadi, yang tinggal RUMAH 2.

Next point. Point 14
Orang Jerman merokok rokok Rothmans

Semua rumah kita dah kebangsaan mereka kecuali rumah 4.
So, yang tinggal rumah 4 la jawapannya.

Point ke-6.
Orang yang merokok rokok PallMall memelihara burung.

Takkan Mungkin.
Rumah 1. sebab dia rokok Dunhill.
Rumah 2. Sebab dia bela kuda.
Rumah 4. sebab dia rokok Rothmans.
Rumah 5. sebab dia bela anjing and rokok winfield.

Jadi, jawapannya tentu2 dah Rumah 3.

Akhir sekali, gabungkan point ke-10 dan 15
Orang yang merokok rokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing
Orang yang merokok rokok Marlboro tinggal berjiran dengan orang yang minum air.

Kita akan dapat tahu yang. 
1.  Orang Denmark ialah perokok rokok Marlborro
2.  Orang Norway sebenarnya minum air dan memelihara kucing.

JADI.
Confirm anda dah dapat jawapannya.
Haruslahh yang bela IKAN tu orang JERMAN.

Cuba tengok schedule bawah nii.


p/s: mohon abaikan tulisan buruk tu. hihi.

So, dari jadual tu nampak sangat yang ORANG JERMAN laa satu-stunya yang masih takda haiwan peliharaan. Jadi, konklusi mudah kat sini. ORANG JERMAN yang memelihara IKAN.

Terbukti sebenarnya jawapan logik akal tu sebenarnya memang logik.
hehe. Amacam? susah kan? 


Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Monday, 16 September 2013

T-SHIRT I ❤ BLOGGING GIVEAWAY



Klik Banner
Bermula 16 September - 23 September 2013

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Sunday, 25 August 2013

Teka-Teki Si Einstein


Halluuu~ Yeah!
Dah baca entry tadi?
Okay. Sekarang neh jum kita main teka-teki sikit. 
Petang-petang neh kan.
Sedikit fakta tentang orang yang memberikan teka-teki ini.



Haa. Kenal x orang dalam gambar neh?
Beliau ialah salah seorang ahli teori fizik yang berasal dari Jerman.
Dilahirkan pada 14 mac 1879 dan mati pada usia 76 tahun.
Beliau banyak mengutarakan teori-teori berkenaan dengan ilmu fizikal (FIZIK)
dan pernah merangkul beberapa anugerah antaranya ialah penganugerahan NOBEL PRIZE in PHYSICS pada 1921.


Neh gambar semasa tahun 1921. Tahun beliau mendapat Nobel prize tersebut. 
Beliau adalah ALBERT EINSTEIN.

Okay. Einstein ada memberikan satu teka-teki bersama HINT jawapan.
Untuk mengetahui jawapan soalan itu, kita hanya perlu menyusun semula HINT yang dah diberikan oleh Einstein.
Teka-teki beliau berbunyi begini.


Ada 5 buah rumah yang masing-masingnya mempunyai warna yang berbeza.
Setiap rumah dihuni oleh seorang lelaki dengan negara berbeza-beza.
Setiap penghuni menyukai satu jenis minuman tertentu.
Merokok sejenis rokok tertentu dan memelihara seekor haiwan tertentu.
Tidak ada satu pun antara lima orang tersebut memiliki rumah yang sama warnanya, menyukai minuman yang sama, merokok jenis rokok yang sama dan membela haiwan yang sama.

Soalannya: Siapakah yang memelihara IKAN?

PETUNJUK : 
  1. Orang Inggeris tinggal di rumah yang berwarna merah.
  2. Orang Sweden memelihara anjing
  3. Orang Denmark sedang minum teh
  4. Rumah hijau terletak tepat di sebelah kiri rumah berwarna putih.
  5. Penghuni rumah hijau sedang minum kopi
  6. Orang yang merokok rokok PallMall memelihara burung
  7. Penghuni rumah yang terletak di tengah-tengah sedang minum susu.
  8. Penghuni rumah berwarna kuning merokok rokok Dunhill
  9. Orang Norway tinggal di rumah yang paling pertama
  10. Orang yang merokok rokok Marlboro tinggal di sebelah orang yang memelihara kucing
  11. Orang yang memelihara kuda tinggal disebelah orang yang merokok Dunhill
  12. Orang yang merokok rokok Winfield sedang minum Bir.
  13. Di sebelah rumah berwarna biru tinggal orang Norway
  14. Orang Jerman merokok rokok Rothmans
  15. Orang yang merokok rokok Marlboro tinggal berjiran dengan orang yang minum air.

Albert Einstein telah meyusun teka-teki ini pada abad yang lalu.
Beliau menyatakan bahawa 98% penduduk dunia tidak mampu memecahkan teka-teki ini. Adakah anda termasuk dalam 2% tersebut?

Nak tahu jawapan? Tunggu nanti Mira update kan ea. 
Tata^^

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

W.A.N.I.T.A


Hari neh Mira nak buat satu perkongsian tentang KITA yang wanita neh.
Lepas baca, confirm anda akan lebih menghargai diri anda sendiri kalau yang wanitalah.
Kalau yang lelaki kalau lepas baca anda mungkin akan berasa lebih menghargai insan yang bergelar WANITA ini.

**********

Sewaktu Allah SWT menciptakan wanita, datang Malaikat lalu bertanya.

"Mengapa begitu lama ya Tuhanku?"

Maka Tuhan menjawab. "Sudahkah kamu melihat semua detik yang AKU ciptakan untuknya?"

Dua tangan mesti dibersihkan, setidaknya terdiri daripada 200 bahagian yang boleh di gerakkan & berfungsi dengan baik agar dapat mengolah pelbagai jenis makanan.

Mampu memberikan kenyamanan kepada anak-anaknya.

Mempunyai pelukan yang boleh menyembuhkan kedukaan dan kesengsaraan.

Dan semuanya cukup untuk dilakukan oleh dua tangan ini.

Malaikat menjawab pula, "Hanya dengan dua tangan ini?" "Tetapi Engkau membuatnya dengan begitu halus dan lembut."

"Ya. AKU membuatnya begitu lembut, tapi kamu belum dapat bayangkan kekuatan yang AKU berikan kepadanya agar ia dapat mengatasi banyak hal luar biasa."

"Apakah dia mampu berfikir?" tanya Malaikat lagi.

Tuhan menjawab, "Tidak hanya berfikir. Dia juga bisa berunding dan mampu mengutarakan pendapatnya."

Malaikat itu lalu menyentuh dadanya. "Tuhan, Engkau buat ciptaan ini kelihatan lemah dan rapuh, seolah banyak sekali beban untuknya."

"Itu bukan kerapuhan. Itu air mata. AKU berikan kepadanya supaya dia boleh mengekspresikan perasaannya (kegembiraan, kegalauan, kesedihan, rasa bangga, cinta, kesepian dan penderitaan)"

"Engkau memikirkan segala sesuatunya, wanita ciptaan-Mu ini sungguh menakjubkan."

"Ya! Harus. Wanita ini mempunyai kekuatan untuk mempersona lelaki. Dia dapat mengatasi beban hidup, mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri. Mampu tersenyum meskipun hatinya menjerit. Mampu tertawa saat hatinya menangis. Dia boleh berkorban demi orang yang dikasihinya. Dia juga boleh melawan ketidak adilan. Dia bersorak di saat melihat temannya bahagia. Hatinya terluka saat melihat kesedihan. CINTANYA TANPA SYARAT."

Malaikat kelihatan sangat kagum. "Lalu apa kekurangannya?"

Tuhan menjawab, "Hanya SATU. Kadang-kadang dia terlupa betapa berharganya dia."

**********
Sayangnya Tuhan kepada kita WANITA.




Sebelum Mira mengundur diri.
Jom kita dengarkan lagu dari KRU yang bertajuk WANITA neh.
Sebelum tu pause dulu lagu dekat blog neh ea. Tu pun kalau ada lagu laa.


Tata^^

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Monday, 12 August 2013

Jalan Raya di Hari Raya


salam sejahtera. 
Hai sumer.
apa khabar?
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Okeh. Semalam Mira jalan-jalan beraya dengan kawan-kawan.

KLIK SINI 

untuk baca cerita hari raya Mira dengan kawan-kawan.

KLIK SINI 

untuk tengok gambar sepanjang short reunion kami.



Rayo rayo selamat hari rayo~
Tata^^

Luv ya . .
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

Sunday, 4 August 2013

Kad Raya itu Lame? Sila Betulkan Tanggapan Anda.


dan salam sejahtera. 
Tak berapa hari lagi ja nak raya. 
Macam mana persiapan raya korang? 
Awesome ke idok? 
Hahaha. Apa-apa pun biarlah bersederhana. 
Satgi terlebih jadi riak pulok ann.~ haa. 

Semakin berkembang teknologi negara kita, semakin berkurang tradisi yang dijadikan amalan masyarakat Melayu di Malaysia.
 Kau tahu dok benda apa? 
Haa. Meh Mira nak story kat korang. 
Mira yakin korang sempat dengan zaman neh. 
Tau dak mende? 
Haa. Amalan menghantar dan membalas~ 

KAD RAYA

Tipulah kalau masa sekolah dulu korang tak pernah main hantar-balas kad raya.
Siap simpan duit lagi nak beli kad raya kat kedai buku. 
almaklumlahh zaman kita dulu kad raya yang jenis kartun2 bunga2. 
Tak kurang jugak yang bunyi2 lagu. 
Tapi yang tu, kita x mampu laa nak beli. Mahai kan?
Dah beli bukannya beli sekeping dua. Satu pack, dua packs, tiga packs.
Ada jugak yang beli bundle terus. 
Haa. Pastu siap buat list lagi nak bagi kat sapa kad raya tersebut. 
Wahh! Macam Mira tahu? 
Okay! Mira dulu pun main jugak macam tu. 
Buat list sebab takut ada yang tak dapat nanti. 
Pastu ada jugak yang Mira hantar kat orang yang Mira suka masa tu. 
Ahh! Rindunya zaman tu. 
Tak cukup tu, ada yang nak jimat bajet. 
Tak beli pun kad raya, tapi, menggunakan kreativiti sendiri untuk membuat kad raya tersebut. 
Cantik2 ja kad tu. 
Pastu kan ada lagi yang main tukar2 kad raya tu. 
So, sweet. Tak da la yang nak terasa. 
Bila hari raya ja time nak kemas rumah ambik semua kad2 raya tu pastu gantung. 
Awesome kan? 

Tapi, sejak teknologi kita neh dah beralih maju, amalan menghantar - balas kad raya neh dah semakin pupus. Betulkah?
Okay~ 
Sebenarnya tak lah pupus terus. 
Ada pun segelintir saja yang masih meneruskan tradisi neh. 
Ramai orang cakap kad raya tu LAME sebab ketinggalan zaman. 
Maklumlahh sekarang kan zaman IT. 
Orang lebih suka guna SMS, MMS, E-mail, FB, Wechat, LINE and so lagi laa medium sosial untuk hantar ucapan hari raya. 
Okay, kepada yang berkata begini mohon betulkan tanggapan anda itu. 
Sebenarnya kad raya itu bukan LAME tapi SWEET! 
Bila kita hantar kad raya kat orang, lagi mengeratkan silaturrahim antara kita. 
Sebab orang dah tak hantar kad raya sekarang ialah:-
Malas
Tak larat nak tulis kad raya banyak-banyak.
Tak larat nak pegi pejabat pos nak poskan kad raya tu.
Malas nak cari alamat kawan-kawan dalam address book.
Tak nak orang tengok tulisan dia.
Nak jimat dakwat pen. 
Dan 1001 lagi sebab musababnya. 

Tahun neh pun Mira ingat Mira dah tak dapat kad raya.
Balik saja dari Arau, terus mak cakap ada kad raya untuk Mira. 
Yayy! Kad raya pertama tahun nii. 


Jeng jeng jeng.
Best ja tengok. 
From Sabah. 
Jauh kad raya neh merantau.
Dy naek mel udara dulu sebelum sampai kat tangan Mira.
seronok dy travel. 
Bila bukak saja sampul surat tu ada 2 kad raya. 

Kat bawah neh Mira nak tunjuk satu kad raya yang Mira dapat.
Kalau sesama blogger yang kenal dengan akak kita neh pun mesti dapat. 
Sapa lagi kalau bukan blogger 

Emas Putih and Puan Qalesya Umaira. 


Okay, sekarang sapa yang LAME?
Tak payah tulis pun. 
Guna la photoshop ka, photoscape ka, pizap ka bwt kad raya. 
Pastu beli glossy paper, print out, buh dalam sampul, hantar. 
Senang ceta.

Akhir kata, 
marilah sama-sama kita perkasakan kembali amalan hantar-balas kad raya neh. 
Best ohh. 
Eh ! Kuih raya tak siap lagi tu. Jum! Mira chow dulu. Adios! 
Selamat menghantar kad raya! 

Luv ya . . 
Mira 

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^