Sunday, 5 August 2012

Program Mesra Ramadhan Kelab Fasilitator

dan salam sejahtera . .
adoii . .  penat x habeh2 lag neh . . 
kelmarin seharin membanting tulang untuk menjayakan program anjuran 
Kelab Fasilitator PTSS
Program Mesra Ramadhan bersama Orang Kampung . .
Wahh ! it was super AWESOME !! >gaya sangat teruja< 
Fuh fuh fuh ! >melepaskan penat< 

Firstly , sorry sangat2 sebab Mira baru update hari neh . . 
Sepatutnya benda neh kena update semalam . .
Tapi , sampai je kat bilik , terus nmpk bantal n katil . . . 
terasa mereka memanggil-manggilku untuk landing . . .
Sedar2 je da waktu sahur . . 
haha . .  apa daaaa . .  
x pa laa . .. let it be . . .

Pendapat mira tentang program tu . . 
Wahhh ! Awesome !
>x habeh2 nk sbut awesome<
series best . .  terasa mcm duk kt kampung tok su . . . 
Meh Mira ceta pengalaman Mira sepanjang sehari terlibat dengan program tersebut . . 

Oke . program tu start 11 pagi . . 
Kiranya , 11 pagi tu pendaftaran semula >nk confirm bilangan peserta<
kitorang berkumpul depan Pusat Islam . . 
hmm . .  yg ramai join sah2 la perempuan . .  yang lelaki ada berapa kerat ja . . 
>dunia akhir zaman< 
okay . . let it be . .
kitorang bergerak ke destinasi about 11.40 cmtu laa . . 
Mira punya excited , berada di depan skali . . 
Habeh tu sapa lagi nak duk depan da suma pakat lari duk kt blakang . .  
kitorang bergerak ke sana dengan 'MOTOMIT'
iaitu JALAN KAKI . . 
bila jalan konvoi ramai2 neh , series best . . gotcha ! 
Lebih kurang setengah jam lepas tu , kitorang pun sampai la ke tempat yang dituju . . 
Masjid tu warna biru . . 
Kecik je . .  Jadi mudah la tugas kitorang nak gotong royong kat situ . .  

Sesampainya kat situ semua pakat cari tempat untuk berteduh . . 
Panas doohhh ! Puasa plak kan . .  
Dugaan kat sini . . >lapaq ayaq< . .  adoii  !
Pastu kitorang bahagikan kumpulan . .  
Mira dpat bahagian masak -memasak . .  
>I like it . .  memang Mira suka menyibuk kat bahagian tu . . <
Kalau ada kenduri kat kampung pun Mira akan berusaha menyibukkan diri kat bahagian masakan . . 
So that , secara x langsung dapat belajar masak . .  .
hmmm . . . mira da merapu . . .

Oke , team yang ditugaskan untuk memasak telah dihantar ke rumah mak dara . .
Kak Erna cakap , budak2 poli sume panggil mak dara tuu 'IBU' . . 
ada lahh sebabnya . . 
Memang best memasak dengan ibu a.k.a mak dara . . 
beliau sangat peramah dan sangat x kedekut ilmu . . .
senang cakap , kita x segan nak berkomunikasi dengan beliau sebab beliau memang suka bercakap dan bergurau . .  Riuh suasana kat situ . . .'
macam dah dekat stadium dahh . . . >hiperbola gila<
Masa memasak menjadi lagi best bila rumah mak dara tu diriuhkan dengan celoteh DJ radio Peqelih FM . .
Lagu raya yang diputarkan menjadikan suasana lebih da bomb . .
adoi . .  terasa macam esok nak raya . .
Sebab , ada yang tengah memasak , ada yang tengah kemas rumah mak dara , ada jugak yang kemaskan dewan depan rumah mak dara . .  
Masa duk bergurau sambil memasak tu macam2 kitorang belajar . .
Mak dara cakap , 'pungkoq' tu makna dy sayang . .  x ingat plak bahasa tu asal mana . . 
Abang aidil dengaq tquih dy cakap  . . .
"Abang 'pungkoq' semua yang ada kat sini"
pasu semua orang gelak . .  termasuklah dengan dy . .  Adoiii . . . 
Mira diberi tugas membuat kuih gula melaka . . >ada setengah org panggil kuih tu onde-onde<
apa pun nama dy , let it be . . . 
Hmm . . Yang buat kuih time tuu Mira , pastu kawan Mira yang bernama mira jugak , pastu ad sorang tu student DDV , x hengat la nama dy , Kak Erna . . 
Tibe2 abang Aidil datang menyibuk . .  Haha . .  Penat gelak dia buat lawak . . 
ohhh . . . F.I.Y . ..  
Abang aidil neh Presiden kelab Fasilitator . . 
Paling x tahan dia kacau sorang akak senior neh . . . Akak tu chinese ..  
aduiii . ..  kesian kat akak tuu . ..  malu2 je . .  
Tapi kitorang salute sama akak cina tu sebab dy mampu tahan lapar dan dahaga . 
walaupun cuaca sangat panas . . 
>jadi x ada alasan untuk kita tidak berpuasa<
yang diberi cuti tu lain cerita la . . 
Hasan dengan Husin pun puasa walaupun masih kecil . . 

oke2 . . . 
Lepas habis masak2 , yang x buat kerja apa2 dihantar ke Masjid semula . .  
Termasuklah Mira . . Bab2 menghidang neh memang Mira  x berapa reti . . 
Jadi , Mira serahkan kepada yang lebih pandai . .  
Mira pun pergilah ke masjid semula . . 
Nak join aktiviti kat sana pulak . . 
Masyuukkk !!! Beshhhh oww ! Rugi sapa x join the club . . 
Masa berkumpul ramai2 depan Masjid tuu , kitorang maen macam game . . 
first . . kitorang bwt senaman lagu . .  
Lagu yang dimainkan ialah lagu :-
1 - Orang Bilang . . >Mira x hapai step . .  adoii . , , tp bnyk kali bwt bule ikot jugak <
2 - Pokok . .  >yang neh beshhh . . first time bwt da bule ikot sikit2 . . nanti bule praktis lagi . . <
3 - Chicken Dance . . >yg neh paling bestt . . . sebab bwt tarian Chicken puasa . . idea abang Aidil la neh .< Hahaha . .  
next , kitorang pun maen macam yang dalam SPONTAN . . 
Kalau dalam spontan , permainan tu dipanggil 'Pemberita Berkepala Tiga'
Tapi , kitorang panggil permainan tu 'Pemberita berpala-pala' 
Sebabnya dalam satu kumpulan ada lebih kurang 7 atau 6 orang . .  
haduiii . .  Hilang lapaq bila maen benda macam neh . .  
Best sangat . .  
Pastu kitorang maen , yang ABJAD plak . . 
tapi yang neh x semua maen . . 
sebab dah x cukup masa . . Haduii . .  Lawok bebenor . . 
Kalah citer spontan . .  

Habeh maen2 n riadah2 . . 
kitorang pun berceap-ceap untuk berbuka puasa . . 
Juadah berbuka puasa hari nehh . . 
Cendol , air sirap limau , cucur udang , kuih gula melaka , nasi putih , ayam masak merah , sayur kobis goreng , sambal belacan , ulam timun . .  
Super kenyang la makan berbuka hari neh . .  
sebelum makan makanan yang berat2 , kitorang disajikan dulu dengan makanan ringan-ringan . .
Cucur udang , kuih gula melaka , dengan segelas cendol jadi pilihan mira . .
Tu pun makan x sempat habeh da kenyang . . .
Sebab terasa best sangat bole join aktiviti neh . . .
After Maghrib , kitorang dijamu dengan nasi plak . . . 
adoii . . sengkak baq hianggg . .  
Sedap hingga menjilat jari . . 

Habeh makan , and kemas-kemas . . 
Kitorang get ready konvoi balik poli . .  
Berjalan malam tepi jalan memang kena berhati-hati . . 
Ramai yang bawak torchlight . . 
Masing-masing on torchlight nak memeriahkan suasana perjalanan pulang . . .
Pastu sampai kat POLI balik . . .
series penat . . .
Tapi , penat tu terbayar dengan keseronokan aktiviti anjuran Kelab Fasilitator neh . . 

InsyaAllah , kalau ada peluang lagi , Mira nak join lagi . . 
Dengar kata lepas neh ada program lepas raya .. 
Program Ambush Pasar Malam . .  
InsyaAllah , Mira akan libatkan diri lagi dengan aktiviti neh . . .
bukan senang nak timba pengalaman . .  
Bukan semua orang dapat pengalaman macam neh . .  
Oke , itu saja dari Mira . .
teruskan membaca entry Mira masa akan datang . . 
Tata ^^

*entry kali neh x de lampiran gambaq . . sebab Mira snediri x sempat nk bergambar . . Maklumlah busy . .   
Luv ya . . .
Mira 

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: