Tuesday, 7 June 2011

Mira jumpa Semangat Tariq

Korg sume msti knal dgn Tariq Bin Ziyad... Dia seorg panglima Islam yg gagah n berani.... Tp ta sume taw psal kisah mcm mna dy bule takhluk Andalusia... >nma Sepanyol zaman dulu< Kt bwah ni Mira ada tulis psl dy... So klaw na taw lbih lnjut psal penakhlukan dy follow larr ceta ni... k..



Panglima Islam - Tariq Bin Ziyad

Kedatangan Islam ke Andalusia (Sepanyol) bukan sahaja membawa cahaya tauhid 
malah membebaskan rakyat negara itu dari penindasan serta kezaliman. Ketika 
itu Sepanyol diperintah oleh Raja Roderic yang berbangsa Gothic. Dia dan 
orang-orangnya hidup penuh kemewahan sedangkan rakyat dibiarkan 
dalam kesengsaraan. Para petani dipaksa membayar cukai yang tinggi.

Kaum wanita terutama anak-anak gadis yang cantik berasa tidak selamat kerana 
sering diperkosa oleh Raja Roderic ataupun konco-konconya. Mereka yang cuba 
melawan dibunuh malah ada yang dibakar hidup-hidup. Akibat penindasan yang
tidak berperikemanusiaan itu, rakyat hidup dalam ketakutan. Ramai antara mereka 
terpaksa melarikan diri ke Afrika, sebuah negara yang aman makmur di 
bawah pemerintahan kerajan Islam.

Panglima Julian iaitu Gabenor Ceuta, menaruh perasaan marah dan dendam kepada 
Raja Roderic kerana memperkosa Florida, puterinya yang cantik jelita. Bagi 
membalas dendam kepada raja yang zalim itu, dia berangkat ke Afrika lalu 
menghadap Musa bin Nusair, wakil khalifah Islam di Afrika. Julian meminta 
bantuan tentera Islam bagi menumbangkan pemerintahan Raja Roderic.

Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Musa bin Nusair segera mempersiapkan 
sebuah angkatan perang seramai 12 belas ribu orang bagi menawan Andalusia 
(Sepanyol) serta membebaskan rakyat negara itu daripada penindasan. Dia melantik 
Tariq bin Ziyad bagi memimpin angkatan perang itu.

Dengan menaiki 12 buah kapal perang, tentera islam menuju ke benua Eropah itu. 
Selepas mendarat di Andalusia, Tariq bin Ziyad segera memerintahkan kapal-kapal 
perang yang mereka naiki dibakar. Pada mulanya, tindakan itu mendapat 
bantahan daripada sebahagian besar tentera Islam. Mereka menganggap perbuatan 
itu kurang siuman dan bertentangan dengan hukum Islam yang melarang 
merosakkan harta benda awam. Apatah lagi, kapal perang kepunyaan mereka 
sendiri. Mereka juga mempersoalkan bagaimana hendak pulang ke tempat asal 
apabila kapal yang mereka naiki sudah dibakar.

Untuk memecahkan kebuntuan tenteranya, Tariq bin Ziyad segera 
mengumpulkan tenteranya di sebuah bukit yang kini dikenali nama Gibraltar 
(Jabal Tariq) lalu Tariq bin Ziyad berucap dengan ucapannya yang terkenal 
sehingga ke hari ini,

“Wahai saudara-saudaraku, di belakang kita laut, dihadapan kita musuh. Kita tidak 
dapat melarikan diri. Demi Allah, kita datang ke sini bagi syahid ataupun 
mencapai kemenangan. Dan kita tidak akan pulang sebelum mencapai matlamat itu!”

Kata-kata keramat Tariq bin Ziyad itu berjaya meniupkan kambali semangat 
jihad di kalangan tentera Islam. Dengan semangat yang berkobar-kobar mereka 
mara menentang tentera Raja Roderic yang berjumlah 100 ribu orang.

Tariq bin Ziyad asalnya seorang hamba atau budak suruhan milik Musa bin Nusair. 
Dia akhirnya dilantik oleh Musa bin Nusair menjadi pembantunya kerana mempunyai 
sifat-sifat yang terpuji. Seterusnya diberi kepercayaan memimpin 12 ribu tentera Islam 
ke Andalusia. Pada mulanya tujuan penghantaran tentera adalah bagi meninjau 
keadaan tempat dankekuatan musuh sebagai persediaan menunggu ketibaan tentera 
yang akan dipimpin oleh Musa bin Nusair. Tetapi Tariq bin Ziyad berfikiran 
sebaliknya. Dia menganggap mereka Andalusia demi mati syahid ataupun 
mengalahkan musuh. Oleh itu, dia sanggup membakar kapal perang yang mereka
naiki supaya tentera Islam di bawah pimpinannya tidak bercita-cita untuk pulang 
ke tanah air.

Pada 19 Julai 711 masihi, terjadilah pertempuran antara tentera islam yang dipmpin 
oleh Tariq bin Ziyad dengan tentera Gothic yang dipimpin oleh Raja Roderic. Peristiwa
itu berlaku berhampiran dengan sungai Barbat kerana di situlah tentera Gothic 
berkumpul bagi menghalang kemaraan tentera Islam. Walaupun pasukan tentera Islam 
jauh lebih kecil berbanding musuh ditambah pula dengan kelengkapan senjata yang 
serba kekurangan namun dengan semangat jihad yang membakar dalam diri, 
mereka berjaya memberi pukulan hebat kepada musuh. Akhirnya, tentera Gothic tewas 
dan Raja Roderic mati lemas di sungai Barbat ketika cuba melarikan diri.

Kekalahan itu amat memalukan tentera Gothic lalu mereka mengumpul semula 
kekuatan bagi mengusir tentera Islam daripada tanah air mereka. Tetapi tentera 
Islam bertambah kuat dengan kedatangan tentera tambahan dari Afrika yang 
dipimpin sendiri oleh Musa bin Nusair.

Kemudian terjadilah satu lagi pertempuran paling sengit di Ecija. Dalam pertempuran
itu, tentera yang dipimpin oleh Tariq bin Ziyad bergabung dengan tentera yang 
dipimpin oleh Musa bin Nusair. Dan sekali lagi tentera Islam mencapai kemenangan. 
Tariq bin Ziyad belum berpuas hati dengan kemenangan itu. Dengan persetujuan 
Musa bin Nusair, tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan sebelum dihantar 
ke Cordoba, Malaga dan Granada. Tariq bin Ziyad sendiri memimipin pasukan 
utama menuju ke Toledo, ibu kota Andalusia. Keempat-empat kota itu dapat 
ditakluki dengan mudah oleh tentera Islam tanpa mendapat tentangan sengit.

Antara faktor kejayaan gemilang tentera Islam di Andalusia kerana rakyat negara 
itu sememangnya sudah benci dengan pemerintahan Raja Roderic yang zalim. Oleh 
itu, kedatangan tentera Islam dianggap sebagai penyelamat malah ada yang 
sanggup bergabung dengan tentera Islam bagi memerangi tentera Gothic.

Rakyat Andalusia yang sekian lama hidup menderita di bawah kekuasaan tentera 
Gothic tertarik dengan dengan kebaikan perilaku tentera Islam. Seorang ahli sejarah 
Philip K.Hitti berkata,
“Penaklukan Sepanyol merupakan perjuangan pertama dan terakhir yang paling 
sensasi bagi bangsa Arab. Mereka berjaya menakluki wilayah Eropah yang paling 
luas ke dalam kekuasaan Islam.”

Penaklukan Andalusia oleh orang-orang Islam mendorong timbulnya revolusi 
sosial di mana kebebasan beragama benar-benar diakui. Rakyat Andalusia yang 
sudah lama menderita akibat penindasa digantikan dengan kebaikan pemerintahan 
Islam.

Rakyat tidak lagi merasa tertindas dan harta mereka terpelihara. Paderi-paderi Kristian 
yang pada mulanya menyembunyikan diri kerana khuatir dengan tindak balas 
orang-orang Islam kembali semula ke kampung halaman bagi memulakan kehidupan 
baru di bawah kekuasaan Islam yang adil.

Tariq bin Ziyad bercadang hendak menakluk seluruh Eropah. Tetapi manusia 
cuma merancang, Allah yang menentukan. Ketika persiapan sedang giat dilakukan, 
tiba-tiba Tariq bin Ziyad diperintahkan oleh khalifah kembali ke Damsyik. 
Sebagai panglima tentera yang berdisiplin, dia mematuhi arahan itu. Niat mahu 
menakluki Eropah terpaksa dibatalkan. Tariq bin Ziyad maninggal dunia di 
Damsyik. Namanya tercatat dalam sejarah sebagai panglima yang menggerunkan 
pasukan tentera Sepanyol di bawah pimpinan Raja Roderic. Hingga kini, Gibraltar 
atau asalnya Jabal Tariq yang bermakna Bukit Tariq masih abadi di Andalusia, 
Sepanyol.

Atas usahanya, kerajaan Islam al-Andalus bertapak di Sepanyol selama 781 tahun. 
Di Sepanyol beliau telah menjadi legenda sehingga digelar “Tariq El-Tuerto” 
yang bermaksud “Tariq bermata satu”. Semoga Allah merahmatinya. Amin.


Amin ya Rabbal A'lamin... 
Luv ya.. 
Mira

Jum Like banyak 2 . . hehe ^^

No comments: